20 December 2009

Azrie ke Sekolah Berasrama Penuh

Putera ke 2 pasangan Rosyatimah dan Ismail, Muhd Azri telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajarannya ke Tinkatan 1 pada tahun 2010 ke Sekolah Menengah Agama Tinggi Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Sabak Bernam, Selangor (SBP). Azrie yang mendapat keputusan 'Mumtaz' semasa peperiksaan PSRA sememangnya berminat untuk meneruskan pelajaran di Sekolah beraliran Agama. Kita doakan semuga Azrie akan dapat memberikan tumpuan yang sepenuhnya dan berjaya menghadapi sessi orientasi dan penghidupan seorang pelajar berasrama penuh nanti sehingga tamat. Semangat yang teguh dengan ketekunan dan kesabaran Insaallah akan membolehkan anak ini berjaya didalam bidangnya dan mengharumkan nama keluarga dan Massupi. Kepada Azrie, Tahniah dan teruskan perjuangan semuga cita-cita yang murni ini akan tercapai demi masa depan.
Warga Massupi akan sentiasa mendoakan kejayaan cemerlang kepada semua cucu-cucu Massupi yang berada di persekolahan dan pengajian semuga beroleh kejayaan dan kecemerlangan di dalam bidang pelajaran, salsiah dan kokurikulum. InsaAllah......

20 November 2009

Terima slip 5A depan jenazah ibu

Kisah di petik dari akhbar Harian Metro pada 21.11.2009 untuk renungan bersama.......
Betapa kegigihan seorang insan ini dan bagaimana anak ini akan meneruskan hidupnya yang yatim piatu.... pernah kah anda terbayang kesedihan yang akan dilalui anak ini? Bagaimanakah perasaan dan jiwanya? Semuga Allah memberikan perlindungan, hidayah dan rahmat kepada 2 beradik ini...... dan bersyukurlah diatas apa yang telah Allah berikan kepada kita selama ini......
SEREMBAN: Tidak seperti murid tahun enam lain yang kegirangan ketika menerima keputusan cemerlang 5A Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Siti Amynur Ain Putri Rosdy, kesedihan menerima keputusan itu di hadapan jenazah ibunya.Apabila keputusan UPSR diumumkan di pejabat Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior kelmarin, Siti Amynur Ain Putri berada di surau rumah rakyat Taman Dusun Nyior untuk membantu kaum keluarga yang lain menguruskan jenazah ibunya, Rusmah Abdullah, 47, yang meninggal dunia akibat tekanan darah rendah pada tengah malam Rabu, selepas terlantar di wad hospital selama dua minggu.Berderai air mata Siti Amynur Ain Putri dan kaum keluarga yang lain apabila guru besar sekolah itu, Noreha Adam menyampaikan keputusan ke tangan pelajar itu sendiri di hadapan tubuh kaku ibunya beberapa minit sebelum solat jenazah dimulakan pada jam 11.30 pagi semalam.“Saya sedih sangat, ibu tidak dapat melihat keputusan ini. Ibu selalu berpesan ketika hidup bahawa saya ini harapan dia, ayah pula sudah meninggal dunia empat tahun lalu,” kata Siti Amynur Ain Putri dengan linangan air mata.

Pelajar itu kini hidup yatim piatu bersama abangnya yang berusia 14 tahun.
Selepas ayahnya meninggal dunia akibat sakit tibi, ibu Siti Amynur Ain Putri bekerja sebagai pencuci di sebuah hotel bajet rendah di Seremban dengan pendapatan RM500 sebulan.Pada April lalu, ibunya terpaksa berhenti kerja apabila pelajar itu mengalami kemalangan sehingga patah kaki dan keluarga itu terpaksa hidup dengan bantuan kewangan RM400 sebulan.Setiap hari selepas berhenti kerja, ibunya akan berjalan kaki sejauh satu kilometer untuk menghantar nasi bungkus kepada Siti Amynur Ain Putri kerana pelajar itu tidak balik rumah untuk menunggu kelas bimbingan UPSR.Guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior, yang terkejut ketika dimaklumkan ibu Siti Amynur Ain Putri meninggal dunia, berkata: “Siti adalah ketua murid di sekolah kami. Kami tahu dia akan mendapat keputusan cemerlang. Pagi-pagi saya sudah ke Pejabat Pelajaran Daerah untuk mengambil keputusan (UPSR) seawal mungkin. “Saya nekad untuk mendapat keputusan cepat dan sampaikan sendiri ke tangan Siti sebelum jenazah ibunya dikebumikan di tanah perkuburan Makam Tuan Haji Said,” katanya.Beliau dengan ditemani seorang guru hampir sahaja terlewat dan Noreha tidak putus-putus berdoa supaya Siti Amynur Ain Putri menerima berita baik di sebalik ujian berat yang menimpa pelajar itu.Ketika menyampaikan keputusan itu ke tangan murid tahun enam itu, Noreha berkata suasana sangat hiba dan puluhan orang termasuk ahli surau terdiam tetapi beliau mengumpul semangat untuk memberitahu kepada murid itu: “Ibu tentu tahu Siti mendapat keputusan cemerlang.”Noreha, yang berpengalaman dalam bidang perguruan selama 24 tahun, kini berusaha membantu Siti Amynur Ain Putri mendapat tempat di sekolah berasrama penuh. “Siti tabah orangnya, kami tidak tahu pun ibunya dimasukkan ke wad,” katanya.-Bernama

19 November 2009

UPSR 2009

Keputusan UPSR 2009 telah diumumkan pada 19.11.2009, bagi cicit-cicit Massupi seramai 3 orang yang terlibat telah menduduki peperiksaan ini. Natasha Binti Hanafi @Nicholas Barry, mendapat 3A2B, Mohd Azri Bin Ismail mendapat 3A2B dan Mohd Syahmi Bin Haji Kasim mendapat 1A4B. Kepada mereka ini diucapkan tahniah kerana di atas kejayaan cemerlang mereka dan ini merupakan titik mula bagi mereka untuk pergi lebih jauh lagi. Ucapan tahniah kepada Azri kerana beliau turut mendapat 'Mumtaz' untuk keputusan PSRA baru-baru ini. Semuga dengan keputusan ini membolehkan beliau untuk mendapat tempat di mana-man Sekolah Menengah Agama yang diiktiraf. Insa Allah.....

13 November 2009

Renung-Renungkan la.... (Satu pengajaran dari email yang saya diterima)


SUATU PERJALANAN
"Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan." Teringat pesan ayah di suatu petang."Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati," ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya.. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.
SILAP ISTERI
Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud : Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka". Seorang wanita lalu bangun bertanya, 'Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, 'Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:
1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah 2. Kamu kufurkan kebaikan suami.' Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.

YANG LEBIH, YANG KURANG
" Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa, " luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata." Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap, " jawab saya supaya dia buka mata." Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia." pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ' memandang tinggi ' kehadiran seorang suami.
ENGKAU TERBAIK UNTUKKU
" Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi." Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan. Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, " Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini." Ingat, kehidupan didunia adalah sementara dan jikalau kita dijodohkan, maka harus untuk mencari kebaikan dari apa jua kesalahan.Mencari dan terus mencari cinta Ilahi. Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..

29 October 2009

Hajjah Aliah Binti Haji Abdul Munir - Puteri ke 6

Hajjah Aliah bersama suami, Haji Basri, anak-anak dan cucu...
ketika perjumpaan Massupi 2001

Hajjah Aliah meneriama dari Massupi

Puteri ke 6 pasangan Haji Abdul Munir dan Hajjah Suppiah ini dilahirkan pada tanggal 26.4.1941 di Kanchong Darat, Banting. Hajjah Aliah Binti Haji Abdul Munir atau lebih senonim dengan panggilan 'Lil' dikalangan saudara, teman juga jiran. Beliau telah bernikahkan dengan Haji Basri Bin Badot yang merupakan seorang guru waktu itu. Pasangan ini telah dikurniakan seramai 5 orang cahaya mata. Yang pertama Norabeah, Mohd Norfarizat, Umi Nazrah, Mohd Nazrul dan Mohd Nazreen. 3 dari anak beliau telah berumah-tangga dan beliau telah dikurniakan seramai 9 orang cucu. Manakala anak bongsu mereka telah pun mengikat tali pertunangan dengan gadis berdarah kerabat dari Negeri Pahang Darul Makmur.

Mengimbas kembali bagaimana pasangan ini dijodohkan, mempunyai cerita yang menarik. Haji Basri yang pada masa mudanya membayar makan dengan kakak sulung Aliah atau mesra dengan nama panggilan Kak Nong, telah terpaut dengan keayuan Aliah semasa mudanya dan menyatakan hasrat hatinya untuk menyunting Aliah sebagai teman hidupnya..... begitulah cerita permulaanya....

Merupakan seorang wanita yang serba-serbi berkebolehan, beliau sebenarnya merupakan isteri pertama kepada Haji Basri yang berpoligami. Sebagai isteri Hajjah Aliah begitu tabah dengan ketentuan Illahi untuknya. Untuk membantu ekonomi keluarga beliau turut menjalankan perniagaan hardware di Kampung Sri Cheeding. Dan merupakan satu-satunya kedai yang menjual peralatan hardware di kampung. Menetap di Taman Sri, Teluk Datok, Banting bersama anak sulungnya, Norabeah dan keluarga juga Umi Nazrah, puteri beliau yang ke 3 yang masih belum berumahtangga. Beliau yang masih sihat tubuh badan merupakan wanita yang aktif dengan kerja-kerja persatuan dan kebajikan ditempat beliau tinggal. Beliau sering kelihatan dimana-mana majlis keluarga diadakan akan sentiasa cuba hadir sekiranya dimaklumkan. Beliau yang begitu mengambil berat tentang hubungan kekeluargaan amat disenangi oleh saudara tua juga anak-anak saudara. Merupakan seorang yang bersikap terbuka dan berterus-terang dalam banyak perkara. Kehadirannya sentiasa menjadikan sessi masak memasak acara Massupi lebih meriah dan ceria kerana beliau juga pandai memasak dan tidak lokek dengan petua dan ilmu. Setiap kehadirannya pasti dengan buah tangan masakan atau kuih hasil tangannya sendiri untuk dinikmati oleh tuan rumah atau kami yang hadir.........

27 October 2009

Permohonan ke Sekolah Menengah Teknik



Permohonan untuk ke Sekolah Menengah Teknik telah pun di buka sehingga 4.1.2010. Kepada yang berminat sila lah masuk ke laman web Kementerian Pelajaran Malaysia atau http://www.moe.gov.my/. Memandangkan sekiranya lewat memohon kemungkinan akan ada kesesakan talian dan kesukaran untuk menembusi talian, maka disarankan supaya memohon awal dan buat pengemaskinian selepas keputusan PMR keluar pada penghujung bulan Disember 2009 nanti. Kepada 3 cucu Massupi (Hani Hazirah Binti Haminudin, Nurul Asyiqin Binti Ismail dan Helmi Ariff Berry Bin Hanafi ) yang berhajat untuk melanjutkan pelajaran mereka ke Sekolah Menengah Teknik pada 2010 telah pun membuat permohonan 'online' dan kita doakan semuga permohonan mereka bertiga akan berjaya dan mendapat tempat sepertimana yang diinginkan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Insaallah.....

Untuk menjadikan pilihan yang dibuat itu meyakinkan, kami telah pun pergi melawat sekolah tersebut pada 1.11.2009. Melihat kawasan dan kedudukan sekolah yang boleh dikatakan selesa, cantik dan menarik. Diharapkan dapat menimbulkan perasaan keinginan melanjutkan pelajaran di sana kepada Hani, Shikin dan Helmi nanti. Kita doakan mereka ini akan berjaya untuk mendapatkan tempat disana demi masa depan mereka yang lebih cemerlang....

22 October 2009

Puteri Sulung Massupi - Hajjah Noriah Binti Haji Abdul Munir

Gambar kenangan yg tersimpan lama, arwahyarham Hajjah Noriah (Kiri) semasa mudanya bersama arwah Cik Som yang akrab dengannya sehingga mereka diusia emas mereka begitu baik

Arwah Hajjah Noriah bergambar bersama cucu 'Ainil Hazimah' semasa lawatan beliau ke Ipoh menziarahi anak perempuannya Rohana...

Gambar kenangan Arwahyarhamah Hajjah Noriah dan Arwah Haji Salim pasangan yang setia sehingga akhir hayatnya....

Dilahirkan pada 27.03.1925, Noriah Binti Haji Abdul Munir merupakan puteri sulung dari 8 adik beradik dari hasil perkongsian Haji Abdul Munir dan Hajjah Supiah. Perkongsian ini melahirkan 5 orang anak lelaki dan 3 orang anak perempuan. Selepas kelahiran Noriah berikutnya lahirlah putera kedua, Haji Jamjuri, Hajjah Saiyah, Haji Khailani, Haji Sujai, Hajjah Aliah, Haji Kasim dan Ismail. Dalam usia yang masih muda arwah mak telah dinikahkan oleh kedua orang tuanya dengan arwah bapa ku Salim Bin Awi. Arwah bapa adalah calun pilihan orang tua untuk arwah mak ketika itu. Kalau diimbas kembali apa yang diceritakan oleh kedua-dua mereka ini, memangnya mereka tidak pernah mengenali diantara satu dengan lain dan sememangnya tiada perasaan cinta ketika itu. Arwah emak sememangnya bukan anak yang berpendidikan akademik, tapi dalam soal ugama dia tidak ketinggalan, malah dia sememangnya mendapat didikan yang baik. Berbanding dengan arwah bapa yang mendapat kedua-dua pendidikan akademik dan ugama. Walaupun begitu mak punya banyak kemahiran rumah tangga dan kerjatangan. Berkat didikan dari Ibunya (Nenek Supi) sendiri banyak membantu dalam mengurus rumahtangga dengan baik. Selain itu arwah pandai dan rajin memasak dengan berbagai hidangan menjadi kegemaran keluarga.

Hajjah Noriah dan Haji Salim telah dikurniakan seramai 6 orang anak (4 lelaki dan 2 perempuan) anak pertama pasangan ini, Abdul Hadi, Rohana, Zakaria, Azahari (telah pulang kerahmatullah dalam usia 30 tahun), Sunaina dan Ahmad (telah dijemput Illahi sedari semasa dalam kandungan lagi). Kesemua anak-anak arwah telah pun berumahtangga dan arwah telah dikurniakan seramai 13 orang cucu dan 3 orang cicit. Perit jerih pasangan ini dalam membesarkan anak-anak telah menjadikan anak-anak berjaya didalam hidup masing-masing dan ianya amat membanggakan arwah.

Kalau diimbas bagaimana arwah Nenek Supi dengan displin, amalan dan nasihat, maka arwah mak (Noriah) tidak jauh bezanya. Dia yang begitu mengambil berat soal solat kami dia tidak akan segan silu untuk mengejutkan kami untuk bangun solat subuh biarpun kala itu anak-anaknya sudah berumahtangga. Baginya jangan sampai subuh tu tertinggal.... dan pantangnya kalau bangun selepas matahari terbit!! masaklah kami kena bebelnya...... (Dikatalah nanti selimut kami tu ditukar ke kulit Babi.... bayangkan mana la kita tak melompat bangun?) Pantun nenek 'Buah durian magga emas, siapa kendian dia kemas' menjadi pusaka baginya.... Raut wajahnya tak jauh beza, cerewetnya pun tak lari kemana... itulah Emak.... Teringat bila dia berdandan... wajah yang sememangnya cantik dan manis tak perlu gincu dibibir kerana bibirnya dah sedia merah, cukup dengan bedak dan celak dia sudah cukup menarik.... teringat bila dia berbedak pangkal leher dan telinga pun akan dibedak bagi serata katanya..... aku selalu mencuri lihat bila dia berdandan.... ternyata dia memang cantik!!

Dalam usianya 82 pada tarikh 10.4.2007 ketika azan subuh berkumandang dimasjid ketika itu arwah telah dijemput menemui penciptanya disamping anak-anak dan saudara-maranya di hospital Daerah Banting. Jenazah telah disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Sri Cheeding disisi arwah bapa, suaminya tercinta, adiknya Haji Khailani dan iparnya Hajjah Hasliah. Semuga roh arwahyarham di tempatkan disamping hamba-hambanya yang soleha dan beriman..... Amin......

17 October 2009

Nenda Tersayang


Masih ingatkah lagi ahli-ahli Massupi dengan wajah di atas. Kepada ahli Massupi yang baru, inilah dia wajah idola kita Allahyarhamah Hajjah Supiah Binti Haji Yusof, nenda kita. Telah lama kami simpan gambar ini setelah ianya diperbaiki daripada kekotoran oleh saudara Johan Bokhari, barulah dapat saya menguploadkan gambar ini untuk kenangan kita bersama. Menatap wajah ini terkenang saya kepada nenda tercinta yang begitu rajin and particular tentang tatasusila. Saya amat bertuah kerana dapat membesar disamping nenda tercinta kerana banyak tatacara hidup dan pekerti melayu yang diserap ke dalam kehidupan harian saya paling tidak lupa tunjuk ajar agama yang diberi. Nenda banyak membantu saya belajar sembahyang semasa saya kecil. Ingat lagi saya dengan rutin hariannya yang begitu teratur. Dipesannya kepada kami supaya bangun tidur sebelum subuh dan seawalnya membuka tingkap supaya rezeki mudah masuk. Selepas sebahyang subuh ingat lagi pesannya sebelum ke sekolah cium tangan ibu dan ayah untuk mendapat restunya supaya berkat ilmu dikumpul. Ingat lagi pantunnya selepas makan "Buah durian, pulau emas, siapa kendian, dia kemas". Ingat lagi larangannya ketika makan jangan disulam dengan air, jangan goyangkan kaki ketika makan. Ingat lagi saya akan bau bunga tanjung dan melur yang disisir disanggulnya setiap kali selepas mandi menjadi signature bauannya. Tapi sayang, kini hanya tinggal kenangan. Kepada pembaca mari sama-sama kita sedekah Al-Fatihah kepada Arwahyarhammah semuga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan digolongan hamba-hambanya yang mukmin dan soleha, Amin....

27 September 2009

Hari Keluarga yang ke 16

The Hot Mama's menerima hadiah acara sukan berkumpulan tempat ke 2 dari Puan Rizayah....

The Diva's menerima hadiah dari Puan Rizayah..... acara berkumpulan wanita tempat ke 3.....

Pemandangan diwaktu malam di perkarangan rumah induk
Tetamu dan ahli Massupi sedang menikmati hidangan makan malam

Sambutan ulang tahun Aqila yang ke 18 & Shami yang ke 12 semasa minum petang, selepas acara sukaneka

Berbaris untuk mengambil nombor tikam-tikam (acara baru)

Permainan tradisional 'Segentel lewe2' , hanya Abang Hadi dan Kakak Ana yang expert dengan permainan ini, tanpa mereka tiada yang pandai mendendangkan lagu klasik tradisional ini..... muga ada yang akan mewarisi dendangan ini nanti.....


Acara 'Bumble Bee' wanita berkumplan, kumpulan Umi Nazrah leading nampaknya..... hebat betul kumpulan ini.....

Kerusi beracun - peserta yang hebat2 belaka... semua perserta yang 'brutal' tinggal untuk merebut tempat 1, 2 & 3. Ada kerusi yang patah petang tu dan ada juga tangan yang terseliuh...... untuk tahun depan akan disediakan khidmat Pasukan Palang Merah untuk membantu peserta yang cedera...
Pertandingan makan pisang untuk lelaki

Pertandingan makan biskut utk kanak-kanak dibawah 12 tahun.

Bermula acara sukan, seperti biasa para Ibu-ibu yang kecoh selalu.....

26.09.2009 (sabtu) bersamaan 6 Syawal 1430H merupakan majlis hari keluarga Massupi yang ke 16. Majlis diadakan di rumah induk, Kanchong Darat, Banting. Majlis berjalan lancar dengan pelbagai program yang dirancang oleh ahli-ahli Massupi dan mendapat kerjasama penuh dan sambutan baik dari warga Massupi sendiri. Sungguh menghiburkan pada malam itu, kami dihiburkan dengan persembahan karaoke hari raya. Masing-masing dengan gaya dan persembahan tersendiri.... Johan karaoke kita malam itu, Kurin tunang Nazreen dengan lagu 'Bila Takbir Bergema' dari Rafeah Buang tempat ke2, Rafidah adik ipar Rosyatimah dan tempat ke 3 Suhaila Kasim dengan lenggang yang memang menawan dan tak sangka diantara sepupu kami ada yang berbakat sebagai penghibur....... hahahaha..... :)
Sambutan yang baik dari para jemputan dan ahli-ahli sehingga makanan yang dihidangkan cukup-cukup untuk semua yang hadir. Hidangan malam itu agak lain dari Jamuan Hari Raya yang biasa kerana tiada hidangan lemang, ketupat dan rendang. AJK makanan telah menyediakan makanan lauk kampung, gulai nenas ikan masin, sambal sotong, sayur campur, ayam goreng berempah, nasi putih, buah2an dan air oren. Manakala menu makan tengahari pula Cik Odah dan Cik Wok telah menyediakan sup tulang, dalca daging, sambal tempoyak, ikan masin jeruk dan ulam-ulaman. Setelah kami penat bersukan, kami telah dihidangkan dengan minum petang bubur kacang durian dan kuih bingka suji menjadi hidangan kami dengan teh O panas... Boleh dikatakan makan memang cukup kenyang dan sempurna pada hari itu. Kebanyakan kami yang memang tidak cerewet tentang makan... apa lagi betul-betul makan.... naknya sup tulang tu memang powerla.....

Majlis kali ini agak lewat memandangkan penyertaan karaoke yang mendapat sambutan ramai. Majlis penyampaian anugerah dan hadiah agak lewat namun berjalan lancar. Walaubagaimana pun semua yang hadir berpuas hati dan gembira dengan hadiah yang diterima. Majlis bersurai pada jam 11.30 mlm setelah kami berkemas sedikit sebanyak. Bagi yang tidu tidur di rumah induk memanglah menjadi tugas mereka untuk menyudahkan mengemas esok pagi. Setelah bersalaman dan berpeluk-cium seperti biasa kami berundur diri....... diharap majlis akan berjumpa lagi di 2010 dengan majlis yang lebih meriah dan sempurna, Insaallah...............

24 September 2009

Baraan Massupi pada 3 Syawal 1430H

Bergambar beramai2 diperkarangan rumah Hj Jamjuri

Para ibu dengan anak-anak masing-masing

Di Rumah Arwah Datuk Abul, Labuan Dagang

Rombongan di rumah Hajah Zaiton, Sri Cheeding

Bersembang di beranda rumah peninggalan arwah Hj Salim/Hjh Noriah

Juraini dan Amar yang demam hari tu...... kesiankan?

Pose Jamaliah untuk memporomosikan Macaroni goreng N roti bawang putih

Tepat pada jam 10.00 pagi berkumpullah ahli-ahli Massupi di check point yang telah ditetapkan di rumah arwah Hj Salim/Hjh Noriah. Tuan rumah Puan Rohana telah menyediakan hidangan
Macaroni Goreng, Roti Bawang dan Kopi O. Selesai sarapan rombongan meneruskan perjalanan ke destinasi-destinasi yang telah ditetapkan:

1) Mengunjungi Haji Jamjuri dan Hajah Latifah, kami dihidangkan dengan sajian Mee Sup dan Laksa.



Hafis, Hj. Jamjuri, Hj Hadi & Haji Kasim di rumah Hj. Jamjuri

2) Mengunjungi Hajah Rafeah balu kepada Haji Khailani, kami disambut dengan berita gembira dimana Norshaidah anak bongsu dari keluarga ini baru dikurniakan seorang puteri. Dan berita yang kurang mengembirakan pula, Lilah anak ke 2 keluarga ini mengidap demam denggi hampir 2 minggu terlantar. Rombangan tidak lama di rumah ini memandangkan tetamu yang sedia ramai di rumah itu sendiri. Kami menumpang gembira dan duka dan meninggalkan destinasai dengan doa dan harapan muga dia akan cepat sembuh. Diraut Cik Tiah tergambar kesayuan dan kegembiraan dengan kehadiran kami yang ramai.

3) Rombongan seterusnya menuju ke rumah Hajah Zaiton (Nenek Ton), kami dimaklumkan Nenek baru mendapat cicit baru, baby boy dari cucunya Girl nicknamenya di rumah.
4) Destinasi berikutnya adalah rumah Taman Sri rumah Cik Lil, kami solat zohor sebelum berangkat ke Labuan Dagang.

5) Tiba di Labuan Dagang 2 keluarga yang boleh kami ziarahi, rumah Nenek Datuk Abul dan Paman Ahmad dan Cik Zawiyah.
6) Selesai ke Labuan Dagang rombongan ke Olak Lempit rumah Abang Hamzah dan di sana rombongan berpecah memandangkan masing-masing punya destinasi tersendiri.

14 September 2009

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1430H Massupi

26.09.2009 (Sabtu) bersamaan 7 Syawal 1430H semua anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicit arwah Haji Abdul Munir @Masdul dan Hajjah Supiah akan berkumpul dan mengadakan Jamuan dan Perjumpaan Hari Keluarga Massupi. Beberapa program telah dirancangkan bagi memeriahkan lagi majlis yang akan diadakan pada tahun ini di rumah induk di Kancung Darat, Banting. Kepada semua ahli sekali lagi dimaklumkan agenda adalah seperti :

9.00 pagi Pendaftaran/Penyediaan makan tengahari
10.00 pagi Persediaan sukanneka
12.30 tgh Makan Tengahari
10.30 tgh Solat Zohor berjemaah
2.30 ptg Sukanneka bermula
4.00 ptg Minum Petang
4.30 ptg Solat Asar berjemaah
5.30 ptg Bersedia untuk Jamuan Makan Malam
7.30 mlm Solat Maghrib berjemaah
8.00 mlm Yasin/Tahlil Massupi
9.00 mlm Solat Isyak berjemaah
9.15 mlm Ucapan Tuan Pengurusi Majlis
Jamuan Hari Raya
Penyampaian Hadiah/Anugerah
Mari berkaraoke/persembahan
11.00 mlm Majlis penutup - Acara bermaaf-maafan

Penting: Ketepatan masa aturcara akan bergantung kepada kerjasama semua ahli yang terlibat.

Kepada anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicit Massupi yang tidak dapat dihubungi dan mungkin ketinggalan semasa mesyuarat Massupi atau program-program Massupi yang telah lalu, diharapkan akan dapat bersama-sama meluangkan masa pada Hari Keluarga Massupi yang akan diadakan khas untuk meraikan kita semua semuga dengan ini ikatan hubungan yang jauh akan dapat kita didekatkan dan yang longgar akan dapat kita eratkan, ibarat pepatah 'Bulat air kerana pembentung bulat pakat kerana muafakat' Insaallah.......

Jom Kita 'Baraan'

22.09.2009 (Selasa) merupakan Hari Raya Ke 3 telah ditetapkan menjadi hari Massupi berbaraan ke rumah saudara-saudara tua. Kepada yang berhajat untuk turut serta diminta berkumpul di rumah peninggalan Arwah Hj. Salim/Hjh Noriah di Kampung Sri Cheeding pada pukul 10.00 pagi. Rumah-rumah yang akan kita ziarahi di Kampung Sri Cheeding adalah :
1) Haji Jamjuri (Paman Jam)/Hajjah Latifah
2) Hajjah Rafeah (Cik Tiah) balu kepada Arwah Haji Khailani
3) Hajjah Zaiton, balu Arwah Datuk Suboh
4) Haji Jaafar/Hajjah Esah
Selepas menziarah 4 rumah utama di Kampung Sri Cheeding, kumpulan baraan akan bergerak dan mengunjungi Hajjah Aliah/Haji Basri di Taman Seri, Banting sebelum berkunjung ke Labuan Dagang untuk mengunjungi Balu Arwah Datuk Abul yang kini tinggal bersama anak perempuannya Cik Siti.
Dengan berbesar hatinya rombongan telah menetapkan rumah terakhir yang akan dikunjungi sempena baraan adalah kediaman pasangan Zakaria dan Faridah di Saujana Puchong.
Kepada ahli yang berhajat untuk turut serta diharap akan dapat berkumpul dan bersedia sedari awal dalam menjayakan program baraan Massupi kita nanti. Kami sangat mengalu-alukan semua ahli untuk turut serta berbaraan di hari raya disamping kita dapat mengiratkan lagi hubungan silatulrahim..... Insaallah.

28 August 2009

Majlis Berbuka Puasa di Kelana Jaya













Majlis Berbuka Puasa Massupi akan diadakan di kediaman Haji Abdul Hadi dan Hajjah Saonah di No. 16, Jalan SS 5C/6, Kelana Jaya, Petaling Jaya pada 5.09.2009 bersamaan hari Sabtu. Kepada semua ahli Massupi adalah dijemput hadir sebagaimana yang telah dinyatakan semasa perjumpaan pada 15.08.2009 di kediaman Tuan Haji Kasim.

Suka juga diingatkan supaya kita dapat sama-sama hadir seawal mungkin bagi mengelakkan dari gangguan di jalanraya memandangkan lokasi berkenaan berada di kawasan yang laluan sibuk dan supaya kita dapat bersama-sama membantu tuan rumah didalam persediaan berbuka nanti. Warga Massupi juga diharap akan dapat bersama-sama meringankan tulang untuk membantu tuan rumah dalam mengemaskan kediaman selepas majlis tersebut. Umpama pepatah "Berat sama dipikul ringan sama dijinjing" dan "Muafakat membawa berkat". Semuga majlis kita nanti akan mengiratkan lagi silatulrahim dan membuahkan hasil seperti yang direncanakan. Insaalllah.......
Kepada yang berhajat untuk membuat pembayaran untuk majlis jamuah Hari Raya Massupi 1430H boleh menjelaskannya terus kepada Tuan Haji Kasim, Bendari Massupi. Bayaran adalah sebanyak RM20.00 seorang dan bagi yang berumur dibawah 12 tahun tiada bayaran yang akan dikenakan. Semuga bayaran awal kita ini akan dapat memudahkan perancangan majlis.

Majlis telah berjalan dengan baiknya, ahli yang hadir juga agak ramai biarpun lokasi berbuka agak jauh dari biasa..... yang seronok adalah juadah yang telah disediakan oleh tuan rumah, kami semua amat berterima kasih kepada Haji Hadi dan Hajjah Saonah dan anak-anak dan menantu yang telah menyediakan juadah istimewa. Lauk kampung, lemak daun soh dan tempe, sambal udang, kari daging, ayam goreng berempah, ikan masin, ulam, sambal belacan serta kuih-muih, bingka ubi, seri muka, tepung pelita, bubur lambuk, pisang dan anggur menanti kedatangan kami.

Juadah tambahan dari ahli massupi tidak kurang banyaknya, pengat keladi, begedel kentang, mertabak, tongkue (bbq tongkeng!!), pau goreng, karipap, satar, pulut panggang, wade, samosa, kurma dan jus magga, teh halia dan nescafe panas..... mungkin ada juadah yang tidak dapat disebut memandangkan ianya terlalu banyak..... kita tengok jer gambar yang telah dilampirkan.

Bagaimanapun majlis berbuka Massupi berjaya dan begitu juga denga mesyuarat untuk membincangkan Jamuan Hari Raya.... boleh dikatakan semuanya berjalan lancar dan kami gembira menjamu selera sambil bermesyuarat. Majlis bersurai pada jam 11.30 mlm dengan perut yang berat dan tangan yang berat sarat bekalan untuk bersahur dari tuan rumah.

20 August 2009

Puasa Beri Kekuatan Dalaman (Ramadhan 1430H)

Oleh: Dr. Mashitah Ibrahim

Doa disifatkan dalam salah sebuah hadis sebagai senjata orang Islam dan pada ketika yang lain diibaratkan sebagai otak dari ibadat. Orang yang berpuasa seharusnya membanyakkan berdoa kepada Allah. Doa memberi pengharapan dan menambah keyakinan seorang hamba terhadap penciptanya. Doa juga menyedarkan manusia betapa kerdil dan lemah manusia terhadap perancangan Allah.

Walau apa pun yang dirancang manusia ditangan Allah jua kuasa penentunya. Usaha manusia tidak akan dapat mengatasi qadak dan qadar Allah.

Orang yang berpuasa digalakkan untuk banyak berdoa hinggakan disebut dalam satu hadis bahawa mereka termasuk dalam 3 golongan manusia yang tidak akan ditolak doanya. Sabda Rasulullah yang bermaksud 3 orang yang tidak akan ditolak doanya ialah pemerintah yang adil, orang yang berpuasa hingga dia berbuka dan orang yang teraniaya. Dapatlah kita fahami di sini latihan jiwa hasil daripada puasa akan menyebabkan manusia hampir kepada Allah dan lantaran ia dekat kepada Allah doanya mudah diperkenankan.

Manusia yang banyak berdoa kepada Allah bukan saja akan akur pada ketentuan Allah tetapi berkeyakinan bahawa Allah memakbulkan permintaannya bahkan apa yang telah ditentukan Allah adalah yang terbaik untuk dirinya.

Dalam ayat 186 Surah Al-Baqarah yang bermaksud: ''Apabila hambaKu bertanya tentang Aku katakan (wahai Muhammad) bahwa Aku dekat dan Aku menyampaikan doa orang yang meminta kepada Ku.''

Allah menjanjikan bahawa setiap yang meminta pasti akan dimakbulkan permintaannya. Ini bermakna Dia akan mengotakan janji-Nya. Apa yang dihajati oleh orang yang berdoa tadi akan ditunaikan tetapi menurut cara Allah dan perancangan-Nya bukan perancangan manusia. Kadang-kadang perancangan Allah sama dengan perancangan orang yang meminta kadang-kadang ia berbeza. Apa pun yang pasti doanya termakbul dan Allah memberi pilihan yang terbaik untuk manusia itu.

Ibadat puasa bukan saja menggandakan pahala untuk orang yang taat melakukannya tetapi ia menambah kekuatan spirituil melalui sifat ikhlas. Amalan puasa adalah antara manusia dengan Allah. Jika kita makan atau minum dengan diam-diam mungkin tiada siapa yang melihat cuma Allah saja yang tahu. Dengan ini puasa menanam sifat jujur dalam diri sendiri dan kepada Allah. Apabila kita membiasakan diri dengan ikhlas, kita bertambah yakin dengan segala tindak-tanduk kita. Kerana pentingnya sifat ikhlas ini Allah s.w.t. sendiri yang akan membatas pahala orang yang berpuasa.

Ketahanan badan yang diperoleh melalui latihan berlapar dalam puasa juga menghasilkan ketahanan mental dan rohani. Melalui puasa dapatlah kita fahami bahawa seseorang menjadi kuat dan boleh bekerja bukanlah kerana makan saja tetapi kerana keyakinan dan iman kepada Allah akan menjadi nadi penggerak kepadanya. Ini terbukti dalam sejarah peperangan Badar yang berlaku dalam bulan Ramadan ketika pertama kali orang Islam diwajibkan berpuasa. Kekuatan seorang sahabat boleh bertambah menjadi kepada tenaga kekuatan dua puluh orang hanya kerana keimanan yang jitu pada Allah. Walaupun mereka sedang berpuasa musuh yang kenyang akhirnya tewas ditangan orang Islam yang lapar dan sedikit jumlahnya.

Kesan kerohanian ini sebolehnya dikekalkan dalam diri orang Islam. Dengan itu mereka dianjurkan meneruskan puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal supaya kekuatan rohani ini berkesinambungan. Bahkan untuk menjamin kesan kerohanian ini lebih dirasai dan berterusan, dari sebelum Ramadan orang Islam sudah mula berjinak-jinak dan berlatih melalui puasa Rejab dan Syaaban.

Puasa Ramadan berbeza dengan puasa dalam bulan lain. Ia penuh keberkatan, kedatangannya dialu-alukan dan pemergiannya ditangisi. Jika manusia tahu apa yang terkandung daripada keberkatannya mereka akan memohon supaya Ramadan itu sepanjang tahun. Sayang sedikit bagi kebanyakan kita penekanan persediaan Ramadan ialah seolah-olah Ramadan terpaksa dilalui untuk meraikan raya. Persiapan untuk raya melebihi daripada persiapan untuk puasa., Seharusnya kita bersiap untuk puasa bersedia meningkatkan kekuatan dalaman.

Bulan Ramadan sangat istimewa. Berkat dan rahmatnya membuat kebanyakan orang terpanggil untuk membuat kebajikan dan menambah ibadat. Orang yang jarang membuat amalan sunat pun akan sanggup sama-sama berjemaah, tadarus dan bertarawih. Paling tidak pun mereka terpanggil ke masjid untuk menikmati juadah berbuka dan ''moreh'' selepas tarawih yang disedekahkan oleh orang ramai.

Faktor pembangunan kekuatan manusia sebenarnya adalah terletak pada tiga perkara utama iaitu akal, rohani dan jasmani. Semua kekuatan ini dapat dibina melalui puasa. Akal menjadi kuat dengan pembacaan al-Quran. Rohani dan jiwa pula kental dengan zikir dan istighfar. Fizikal badan pula mendapat ketahanan melalui puasa.

Ibadat puasa sesungguhnya berbeza dengan ibadat yang lain. Kesannya tidak terlibat secara zahir. Ia lebih merupakan amalan dalaman yang tersirat dalam diri seseorang. Ia berupaya memberi kekuatan dalaman untuk pembangunan insan.

DR. MASHITAH IBRAHIM Penolong Profesor di Jabatan Quran dan Sunah, Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Note: 1 Ramadhan 1430 jatuh pada 22.08.2009 hari Sabtu.

04 August 2009

Kenduri Arwah di rumah Haji Sujai (Pengurusi Massupi)

Amboi beria2 Cik Wok & Bibik Mah memotong.....

Amin goreng ayam, Cik Odah pulak tumis sambal mentaram....

Nasi Ambeng..........

8.08.2009 (Sabtu) - kenduri arwah dirumah Haji Sujai (Pengurusi Keluarga Massupi) bertempat di Batu Belah, Kelang. Semua ahli Massupi adalah dijemput hadir. Kepada yang hadir minggu lepas di rumah Haji Kasim (Bendahari Keluarga Massupi) tentunya telah maklum, tetapi bagi yang tidak hadir harap anda maklum dan luangkan masa untuk hadir pada malam itu nanti. Kenduri akan diadakan selepas solat isyak, tetapi kepada ahli semua sekiranya boleh datanglah seawal mungkin untuk sama-sama membantu Cik Odah dalam menyediakan hidangan. Hidangan 'Nasi Ambeng' akan disediakan khas..... serunding, terung masak garamasam, sayur tumisan dengan tempe, ikan kering bulu ayam dan ayam golek!!memang sedap.......mmmmmmm......sure jilat jari punya lah. Bagi yang menggemari nasi ambeng jangan ketinggalan ya, kita makan nasi ambeng dalam dulang nanti.

02 August 2009

Hari Raya Aidil Fitri 1430H Massupi dan Jamuan Berbuka Puasa

Majlis kenduri arwah dan perjumpaan Massupi dan mesyuarat Massupi berjalan lancar. Mesyuarat yang bermula pada jam 10.00 malam telah memutuskan bahawa Sambutan Hari Keluarga dan Hari Raya 1430H Massupi telah dipersetujui dan ditetapkan pada 26.09.2009 bersaman hari Sabtu. Lokasi adalah di rumah induk, Kanchung Darat, Banting.
Agenda sambutan adalah seperti biasa, acara sukaneka, bacaan tahlil dan yassin, solat berjamaah, penyampaian hadiah dan anugerah kecemerlangan. Kepada yang ingin menunjuk bakat-bakat terpendam adalah dialu-alukan untuk membuat sebarang persembahan untuk santapan mata dan telinga kita nanti. Segala yang diputuskan untuk sambutan hari tersebut telah mendapat persetujuan ramai. Nampaknya mesyuarat malam itu kurang kehadiran ahli memandangkan ramai yang telah pun terikat dengan tugas dan komitment yang tidak dapat dielakkan. Walaubagaimana pun mereka-mereka ini telah pun memaklumkan akan tidak kehadiran mereka dan akan bersetuju dengan keputusan pemegang mohor-mohor besar.......... wah...wah...wah....
Dari keputusan mesyuarat jugalah satu jamuan berbuka puasa akan diadakan pada 5.9.2009 hari sabtu di kediaman Haji Abdul Hadi dan Hajjah Saonah di Kelana Jaya. Kepada yang tidak hadir pada malam mesyuarat adalah dimaklumkan dan jangan lupa supaya meluangkan masa Tuan dan Puan untuk majlis berbuka kita nanti di Kelana Jaya ya...... untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang perkembangan terbaru rajin-rajinlah buka blog keluargamassupi untuk mendapatkan infomasi terkini.
Yang seronoknya malam kenduri kita semalam, kejutan sambutan ulang tahun Johan Bokhari dan ulang tahun perkahwinan pasangan Haji Kasim dan Hajjah Rizayah yang ke 35 tahun..... sambutan yang tergempar itu walaubagaimanpun meriah dan seronok dengan kehadiran saudara-saudara, anak-anak dan cucu-cucu pasangan. Ditambah dengan kelazatan kek Secret Recipe yang enak memang memorable lah! kita tunggu gambar yang akan di upload kemudian nanti ya..... Untuk itu marilah kita ucapkan 'Selamat Ulang Tahun' kepada Johan dan 'Happy Anniversary' kepada Pamam Asim dan Cik Wok..... juga doa kita semua untuk mereka ini semuga sentiasa dirahmati dan diberkati, insallah......

27 July 2009

Kenduri Arwah & Perjumpaan Massupi di Kanchung Darat


Atas: Sambutan Ulang Tahun Johan
Bawah: Berkerja-keras Suhaila menggaul ayam dan Sunaina sedia utk menggoreng

01 August 2009 (Sabtu), Haji Kasim (Bendahari Keluarga Massupi) dan Hajjah Rezayah (Cik Wok) telah berhajat untuk mengadakan kenduri arwah sempena sambutan bulan Ramadhan yang bakal tiba. Dikesempatan ini, seperti biasa perjumpaan dan mesyuarat Massupi akan diadakan untuk kita ahli anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicit Massupi sama-sama berjumpa dan berbincang tentang sambutan Hari Keluarga Massupi dan Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2009. Bacaan Yassin Tahlil akan diadakan selepas solat Maghrib dan selepas itu acara meja bulat kita akan bermula. Dengan itu semua ahli-ahli dan semuanya adalah dijemput hadir untuk sama-sama kita membincangkan acara tahunan gilang-gemilang Massupi. Marilah kita sama-sama menyumbangkan idea, masa dan mana-mana yang patut untuk kebaikan bersama. Bak kata pepatah 'Muafakat Membawa Berkat' mudah-mudahan dapat dilaksanakan.... Insaallah.....


Kepada yang berkesempatan, harapan tuan rumah supaya dapat melapangkan masa kita untuk sama-sama bergotong-royang menyediakan hidangan malam (macam biasa.... masaklah!!!) kepada yang tidak punya kesempatan.... kami sentiasa memahami seandainya tidak dapat sama-sama masak dapat sama-sama kita makan pun tak apa ya..... yang penting kehadiran semua ahli dan saudara Massupi amat-amat diharapkan dan dihargai..... jumpa disana...... (Setiap apa yang kita korbankan untuk kebaikan nescaya akan dibalas berlipat ganda oleh yang Esa)

22 July 2009

Influanza A (Selsema Babi) atau H1N1

Kini kita dikejutkan dengan wabak yang amat dikhuatiri dan untuk setakat ini belum ada lagi vaksin yang boleh melawan atau membunuh virus H1N1 ini. Telah beribu-ribu umat manusia di seluruh dunia yang dijangkiti dan jumlah yang menemuai maut juga kian bertambah setiap hari. WHO telah meletakkan wabak ini ketahap 'Pendamic' melebih paras 6 (tahap bahaya tapi masih boleh dikawal). Bagi yang terlibat dengan tugasan dan terdedah dengan jangkitan ini, suka diigatkan supaya berjaga-jaga dan ambillah langkah-langkah pencegahan supaya terhindar dari jangkitan wabak yang merbahaya ini.

Untuk makluman terdapat IPTA telah pun ditutup beberapa minggu. Penutupan ini telah melibatkan beberapa orang cucu-cucu Massupi sedang melanjutkan pengajian mereka disana. IPTA yang terlibat adalah UITM Lendu, Melaka telah ditutup pada 12.7.2009, UPNM ditutup pada 21.7.2009, Muhammad Azaharudin Shafiq telah pun diarahkan pulang pada hari yang sama selama seminggu, UITM Permatang Pauh, Pulau Pinang ditutup pada 22.07.2009 dan UITM Sri Iskandar, Perak ditutup pada 23.07.2009, Siti Aisyah juga diarahkan pulang tidak pasti selama berapa hari. Penutupan IPTA ini adalah bergantung kepada arahan Kementerian Kesihatan diatas tahap keselamatan wabak tersebut di kawasan Universiti.

Marilah kita berdoa kehadrat Illahi semuga wabak yang menakutkan ini dapat dikawal dan penawar bagi virus ini akan segera ditemui. Insaallah...........

Dulu selsema burung… sekarang selsema babi…

Seperti yang diketahui umum (harap tahu), wabak Selsema Babi sedang melanda Mexico dan Amerika Utara beberapa hari lepas. 81 orang maut di Mexico ,menjangkiti 12 orang di Amerika Syarikat dan buat pertama kalinya pihak berkuasa di New Zealand mengesahkan 10 pelajar negara berkenaan yang baru pulang dari Mexico menghidap selesema babi dan terpaksa dikuarantin sebagai langkah berjaga-jaga..
Update! : 65 orang telah dijangkiti penyakit ini di Amerika Syarikat, California Perintah berkurung… Costa Rica pula menjadi negara pertama di Amerika Tengah pertama mengesahkan virus berkenaan disahkan menular di negara itu , manakala Eropah, Israel dan New Zealand terus menyaksikan peningkatan kes.Korea juga telah melaporkan rakyat mereka telah dijangkiti selsema babi… buat masa ni 9 orang telah dikesan.

Selsema Babi, merupakan satu penyakit respiratori (sistem pernafasan) yang selalu ditemui dalam kawanan babi, disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1) yang telah mengalami mutasi dan menghasilkan strain baru. Selsema ini yang selalunya berlegar dalam spesis babi sahaja, dilihat mula menjangkiti manusia dan mula dikesan dalam manusia sejak 1988.

Namun menurut laporan Centres of Disease Control and Prevention Amerika Syarikat atau singkatannya CDC, jumlah kes Selsema Babi dilihat semakin meningkat sejak Disember 2005 sehingga Februari 2009, dan semua kes ditemui di negeri-negeri Amerika Syarikat. Sedari Mac 2009 hingga April 2009, lebih 1000 kes Selsema Babi dikesan di Mexico, dan lebih dari 80 kematian yang dikaitkan dengan virus H1N1 dilaporkan. Tanggal 26 April 2009 (kelmarin), Jabatan Kesihatan Amerika Syarikat mengisytiharkan wabak Selsema Babi ini sebagai kecemasan kesihatan awam (public health emergency), setelah lebih 20 kes dikesan di seluruh Amerika Syarikat.

Simptom-simptom yang dipamerkan pesakit yang dijangkiti H1N1 adalah seperti, selsema, demam, batuk, kepenatan dan juga kurang selera makan. Ada juga laporan menyebut bahawa pesakit mengadu sakit tekak, loya, muntah-muntah dan cirit-birit. Virus H1N1 ini dipercayai menjangkiti manusia ke manusia melalui udara, titisan rembesan hidung mahupun mulut yang berlegar di udara. Selsema Babi mudah menjangkiti manusia lain dalam lima ke sepuluh hari pertama jangkitan. Ubat yang disarankan adalah seperti; amantadine, rimantadine, oseltamivir dan zanamivir, walaubagaimanapun, untuk wabak terbaru ini, rawatan yang disarankan adalah dengan menggunakan oseltamivir dan zanamivir. Vaksin untuk selsema manusia bermusim tidak melindungi manusia dari Selsema Babi.

Sebagai langkah pencegahan juga, orang awam digalakkan memakai topeng dan juga melaporkan diri pada klinik atau hospital berdekatan jika ada melawat negara-negara (dalam sebulan yang lepas) yang telah diisytihar dilanda wabak Selsema Babi.
Renung-renungkan :
Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai dan darah dan daging babi dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu, maka tidaklah dia berdosa), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.Surah Al-Nahl Ayat 115

GERHANA MATAHARI SEPARA - 22.7.2009

Kebesaran Tuhan yang Maha Esa, peristiwa yang menakjubkan terjadi semalam 22.07.2009 (Rabu) dapat dilihat dikebanyakkan tempat diseluruh dunia. Bagi yang peka dan maklum dengan keanggungan Allah ini tidak melepaskan peluang ini untuk menyaksikannya sendiri. Bagi yang tidak dapat melihat panorama ini, anda bolehlah melihatnya disini.....

Untuk keterangan lebih lanjut berkenaan kejadian semalam, mari kita lihat dan baca dan jadikan dia panduan dan ketahuai keajiaban Tuhan yang Maha Esa Ini.

Solar eclipse of July 22, 2009
From Wikipedia, the free encyclopedia
Jump to: navigation, search

This article documents a current event. Information may change rapidly as the event progresses.
Solar eclipse of July 22, 2009
Type of eclipse
Gamma
0.0696
Magnitude
1.0799
Saros
136 (37 of 71)
Maximum eclipse
Duration
398 s (6 min 38.8 s)
Location
Pacific Ocean
Coordinates
24°12′36″N 144°06′24″E / 24.21°N 144.10667°E / 24.21; 144.10667
Max. width of band
258.4 km
Times (UTC)
Partial eclipse
23:58:18 (Jul 21)
Total eclipse
00:51:16
Central eclipse
00:54:31
Greatest eclipse
02:35:21
The solar eclipse of July 22, 2009 will be the longest total solar eclipse during the 21st century, not to be surpassed until the eclipse of June 2132. It lasted as much as 6 minutes and 39 seconds in parts of Southeast Asia,[1] causing tourist interest in eastern China, India and Nepal.[1][2][3] This was the second in the series of three eclipses in a one-month period, being book-ended by two minor penumbral lunar eclipses, on July 7 and on August 6.
Contents[hide]
1 Visibility
2 Duration
3 Reaction
4 Images
4.1 Total
4.2 Partial
5 References
6 External links

Visibility
It was visible from a narrow corridor through northern Maldives, northern India, eastern Nepal, northern Bangladesh, Bhutan, northern Philippines, the northern tip of Myanmar, central China and the Pacific Ocean, including the Ryukyu Islands, Marshall Islands and Kiribati.
Totality was visible in many large cities, including Surat, Vadodara, Bhopal, Varanasi, Patna, Gaya, Dinajpur, Siliguri, Guwahati, Tawang in India and Chengdu, Nanchong, Chongqing, Yichang, Jingzhou, Wuhan, Huanggang, Hefei, Hangzhou, Wuxi, Huzhou, Suzhou, Jiaxing, Ningbo, Shanghai, as well as over the Three Gorges Dam in China.[4][5] According to some experts, Taregana[6][7] in Bihar, India was expected to be the "best" place to view the event.
A partial eclipse was seen from the much broader path of the Moon's penumbra, including most of Southeast Asia (all of India and China) and north-eastern Oceania.

MTSAT satellite image of solar eclipse over southeast China

Duration
This solar eclipse was the longest total solar eclipse to occur in the 21st century, and will not be surpassed in duration until June 13, 2132. Totality lasted for up to 6 minutes and 39 seconds, with the maximum eclipse occurring in the ocean at 02:35:21 UTC about 100 km south of the Bonin Islands, southeast of Japan. The uninhabited North Iwo Jima island was the landmass with totality time closest to maximum, while the closest inhabited point was Akusekijima, where the eclipse lasted 6 minutes and 26 seconds.[8]
The eclipse was part of Saros series 136, as was the solar eclipse of July 11, 1991, which was slightly longer, lasting up to 6 minutes 53 seconds (previous eclipses of the same saros series on June 30, 1973 and June 20, 1955, were longer, lasting 7 min 04 and 7 min 08, respectively). The next event from this series will be on August 2, 2027.[9] The exceptional duration was a result of the Moon being near perigee, with the apparent diameter of the Moon 8% larger than the Sun (magnitude 1.080) and the Earth being near aphelion[10] where the Sun appeared slightly smaller.

These identically scaled photos compare the apparent diameter of the full moon (near apogee) to the nearly new moon (visible by earthshine) on the day before the solar eclipse near lunar perigee.
In contrast the annular solar eclipse of January 26, 2009 occurred near lunar apogee and 7% smaller apparent diameter to the sun. And the next solar eclipse of January 15, 2010 will also be annular, with the moon 9% smaller than the sun.

Reaction
Indian scientists observed the solar eclipse from fighter jets.[11] The Chinese government used the opportunity to provide scientific education and to dispel any superstition.[12]

Images
Total
Total eclipse diamond ring from Kurigram, Bangladesh
Total eclipse from Kurigram, Bangladesh
Partial
Partial eclipse from Delhi, India
Partial eclipse from Kolkata, India
Partial eclipse from Miyazaki City, Japan
Partial solar eclipse over Sheung Shui, Hong Kong
Solar eclipse from Wuhan, China
Partial eclipse from Beijing, China
Partial eclipse from Quezon City, Philippines
Partial eclipse from Daegu, South Korea
Partial eclipse in RSHS III, Subic Bay, Zambales, Philippines(VERY BAD PHOTO, remove this please)
Partial solar eclipse in Makati City, Philippines
Partial eclipse from Incheon, South Korea
References
^ a b (AFP) – 6 days ago. "AFP: Solar eclipse sparks tourism fever in China". Google.com. http://www.google.com/hostednews/afp/article/ALeqM5ihVF0P6egD6R8AyynWO_Rm8ZZjKQ. Retrieved on 2009-07-22.
^ "Scientists: China the best place to observe longest solar eclipse in 2,000 years_English_Xinhua". News.xinhuanet.com. 2009-05-19. http://news.xinhuanet.com/english/2009-05/19/content_11402627.htm. Retrieved on 2009-07-22.
^ "Indian students on solar eclipse 'odyssey' to China - Yahoo! India News". In.news.yahoo.com. http://in.news.yahoo.com/43/20090717/860/ttc-indian-students-on-solar-eclipse-ody.html. Retrieved on 2009-07-22.
^ "NASA - Total Solar Eclipse of 2009 July 22". Eclipse.gsfc.nasa.gov. http://eclipse.gsfc.nasa.gov/SEgoogle/SEgoogle2001/SE2009Jul22Tgoogle.html. Retrieved on 2009-07-22.
^ Weather conditions for cities in China during the July 22 eclipse (Chinese)
^ "Eclipse gives Bihar village its days in the sun - Yahoo! India News". In.news.yahoo.com. http://in.news.yahoo.com/43/20090720/860/ttc-eclipse-gives-bihar-village-its-days.html. Retrieved on 2009-07-22.
^ Jaiswal, Manik (2007-12-20). "Longest & Total Solar Eclipse 2009: NASA declares Taregana in Bihar is the Best Location to View Surya Grahan News-Relay.com News-Relay.com - Online Breaking News Portal, ...". News-Relay.com. http://www.news-relay.com/latest-news/longest-total-solar-eclipse-2009-nasa-declares-taregana-in-bihar-is-the-best-location/. Retrieved on 2009-07-22.
^ "Island « Total Eclipse.Jp". Totaleclipse.jp. http://totaleclipse.jp/island/index.html. Retrieved on 2009-07-22.
^ "AUGUST 2, 2027 TOTAL SOLAR ECLIPSE". Tierrayestrellas.com. http://www.tierrayestrellas.com/skylook/eclipses/futuro/020827i.htm. Retrieved on 2009-07-22.
^ "APOD: 2009 July 3 - Perihelion and Aphelion". Apod.nasa.gov. http://apod.nasa.gov/apod/ap090703.html. Retrieved on 2009-07-22.
^ "Khabrein.info". Khabrein.info. http://www.khabrein.info/index.php?option=com_content&task=view&id=23956&Itemid=62. Retrieved on 2009-07-22.
^ "Eclipse cities put safety first". Chinadaily.com.cn. 2009-07-15. http://www.chinadaily.com.cn/china/2009-07/20/content_8447027.htm. Retrieved on 2009-07-22.

External links
Wikimedia Commons has media related to: Solar eclipse of 2009 July 22
Solar eclipse of July 22, 2009: Time & Place in Indian cities
NASA homepage for July 22, 2009 total solar eclipse
The Longest eclipse of the 21st century time – July 22 2009
Solar Eclipse July 2009 time in India
The 21st century’s longest total solar eclipse to be Internet broadcast worldwide
How To Watch July 22, 2009 Total Solar Eclipse Live On Web
City of Brass at Beliefnet.com: The longest solar eclipse of the 21st century
Solar Eclipse Could Create Chaos AP
Watch Solar eclipse live from Guwahati
Solar Eclipse July 2009 time
July eclipse is best chance to look for gravity anomaly New Scientist
Solar eclipse: All roads lead to Bihar
MTSAT-1R visible satellite imagery of the solar eclipse shadow

Solar eclipses
Previous eclipseSolar eclipse of January 26, 2009(annular)
Solar eclipse of July 22, 2009(total)
Next eclipseSolar eclipse of January 15, 2010(annular)
Previous total eclipseSolar eclipse of August 1, 2008
Next total eclipseSolar eclipse of July 11, 2010
[hide]
vdeSolar eclipses
Lists of eclipses
Antiquity · 19th century · 20th century · 21st century · Eclipses seen from: China / the United Kingdom

Individual eclipses
Mursili's eclipse · Assyrian eclipse · Battle of Halys · Crucifixion darkness and eclipse · July 11, 1991 · August 11, 1999 · June 21, 2001 · December 4, 2002 · November 23, 2003 · April 19, 2004 · April 8, 2005 · October 3, 2005 · March 29, 2006 · August 1, 2008 · January 26, 2009 · July 22, 2009 · January 15, 2010 · July 11, 2010 · November 13, 2012 · November 3, 2013 · April 29, 2014 · March 20, 2015 · March 9, 2016 · August 21, 2017 · July 2, 2019 · December 14, 2020 · December 4, 2021 · April 20, 2023 · April 8, 2024 · August 12, 2026 · August 2, 2027 · July 22, 2028
On other planets
Jupiter · Mars · Pluto
Related topics
Solar eclipses in fiction · Images
Retrieved from "http://en.wikipedia.org/wiki/Solar_eclipse_of_July_22,_2009"
Categories: Solar eclipses 2009 in science
Hidden categories: Current events Wikipedia pages semi-protected against vandalism Wikipedia protected pages without expiry