22 October 2009

Puteri Sulung Massupi - Hajjah Noriah Binti Haji Abdul Munir

Gambar kenangan yg tersimpan lama, arwahyarham Hajjah Noriah (Kiri) semasa mudanya bersama arwah Cik Som yang akrab dengannya sehingga mereka diusia emas mereka begitu baik

Arwah Hajjah Noriah bergambar bersama cucu 'Ainil Hazimah' semasa lawatan beliau ke Ipoh menziarahi anak perempuannya Rohana...

Gambar kenangan Arwahyarhamah Hajjah Noriah dan Arwah Haji Salim pasangan yang setia sehingga akhir hayatnya....

Dilahirkan pada 27.03.1925, Noriah Binti Haji Abdul Munir merupakan puteri sulung dari 8 adik beradik dari hasil perkongsian Haji Abdul Munir dan Hajjah Supiah. Perkongsian ini melahirkan 5 orang anak lelaki dan 3 orang anak perempuan. Selepas kelahiran Noriah berikutnya lahirlah putera kedua, Haji Jamjuri, Hajjah Saiyah, Haji Khailani, Haji Sujai, Hajjah Aliah, Haji Kasim dan Ismail. Dalam usia yang masih muda arwah mak telah dinikahkan oleh kedua orang tuanya dengan arwah bapa ku Salim Bin Awi. Arwah bapa adalah calun pilihan orang tua untuk arwah mak ketika itu. Kalau diimbas kembali apa yang diceritakan oleh kedua-dua mereka ini, memangnya mereka tidak pernah mengenali diantara satu dengan lain dan sememangnya tiada perasaan cinta ketika itu. Arwah emak sememangnya bukan anak yang berpendidikan akademik, tapi dalam soal ugama dia tidak ketinggalan, malah dia sememangnya mendapat didikan yang baik. Berbanding dengan arwah bapa yang mendapat kedua-dua pendidikan akademik dan ugama. Walaupun begitu mak punya banyak kemahiran rumah tangga dan kerjatangan. Berkat didikan dari Ibunya (Nenek Supi) sendiri banyak membantu dalam mengurus rumahtangga dengan baik. Selain itu arwah pandai dan rajin memasak dengan berbagai hidangan menjadi kegemaran keluarga.

Hajjah Noriah dan Haji Salim telah dikurniakan seramai 6 orang anak (4 lelaki dan 2 perempuan) anak pertama pasangan ini, Abdul Hadi, Rohana, Zakaria, Azahari (telah pulang kerahmatullah dalam usia 30 tahun), Sunaina dan Ahmad (telah dijemput Illahi sedari semasa dalam kandungan lagi). Kesemua anak-anak arwah telah pun berumahtangga dan arwah telah dikurniakan seramai 13 orang cucu dan 3 orang cicit. Perit jerih pasangan ini dalam membesarkan anak-anak telah menjadikan anak-anak berjaya didalam hidup masing-masing dan ianya amat membanggakan arwah.

Kalau diimbas bagaimana arwah Nenek Supi dengan displin, amalan dan nasihat, maka arwah mak (Noriah) tidak jauh bezanya. Dia yang begitu mengambil berat soal solat kami dia tidak akan segan silu untuk mengejutkan kami untuk bangun solat subuh biarpun kala itu anak-anaknya sudah berumahtangga. Baginya jangan sampai subuh tu tertinggal.... dan pantangnya kalau bangun selepas matahari terbit!! masaklah kami kena bebelnya...... (Dikatalah nanti selimut kami tu ditukar ke kulit Babi.... bayangkan mana la kita tak melompat bangun?) Pantun nenek 'Buah durian magga emas, siapa kendian dia kemas' menjadi pusaka baginya.... Raut wajahnya tak jauh beza, cerewetnya pun tak lari kemana... itulah Emak.... Teringat bila dia berdandan... wajah yang sememangnya cantik dan manis tak perlu gincu dibibir kerana bibirnya dah sedia merah, cukup dengan bedak dan celak dia sudah cukup menarik.... teringat bila dia berbedak pangkal leher dan telinga pun akan dibedak bagi serata katanya..... aku selalu mencuri lihat bila dia berdandan.... ternyata dia memang cantik!!

Dalam usianya 82 pada tarikh 10.4.2007 ketika azan subuh berkumandang dimasjid ketika itu arwah telah dijemput menemui penciptanya disamping anak-anak dan saudara-maranya di hospital Daerah Banting. Jenazah telah disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Sri Cheeding disisi arwah bapa, suaminya tercinta, adiknya Haji Khailani dan iparnya Hajjah Hasliah. Semuga roh arwahyarham di tempatkan disamping hamba-hambanya yang soleha dan beriman..... Amin......

1 comment:

  1. kepada semua waris-waris anak arwah Hajjah Supiah supaya dapat memberikan kerjasama didalam hasrat kami untuk memaparkan biografi anak-anak arwah untuk tatapan warga Massupi dimasa akan datang.... untuk makluman lanjut sila berhubung terus dengan Sunaina atau Suhaila pada bila-bila masa. Kerjasama anda semua amat diharapkan untuk post istimewa kita demi meningkatkan blog Massupi supaya jenarasi akan datang mengenali siapakah saudara tua mereka biarpun mereka ini hanya tinggal nama sahaja...

    ReplyDelete