24 September 2009

Baraan Massupi pada 3 Syawal 1430H

Bergambar beramai2 diperkarangan rumah Hj Jamjuri

Para ibu dengan anak-anak masing-masing

Di Rumah Arwah Datuk Abul, Labuan Dagang

Rombongan di rumah Hajah Zaiton, Sri Cheeding

Bersembang di beranda rumah peninggalan arwah Hj Salim/Hjh Noriah

Juraini dan Amar yang demam hari tu...... kesiankan?

Pose Jamaliah untuk memporomosikan Macaroni goreng N roti bawang putih

Tepat pada jam 10.00 pagi berkumpullah ahli-ahli Massupi di check point yang telah ditetapkan di rumah arwah Hj Salim/Hjh Noriah. Tuan rumah Puan Rohana telah menyediakan hidangan
Macaroni Goreng, Roti Bawang dan Kopi O. Selesai sarapan rombongan meneruskan perjalanan ke destinasi-destinasi yang telah ditetapkan:

1) Mengunjungi Haji Jamjuri dan Hajah Latifah, kami dihidangkan dengan sajian Mee Sup dan Laksa.



Hafis, Hj. Jamjuri, Hj Hadi & Haji Kasim di rumah Hj. Jamjuri

2) Mengunjungi Hajah Rafeah balu kepada Haji Khailani, kami disambut dengan berita gembira dimana Norshaidah anak bongsu dari keluarga ini baru dikurniakan seorang puteri. Dan berita yang kurang mengembirakan pula, Lilah anak ke 2 keluarga ini mengidap demam denggi hampir 2 minggu terlantar. Rombangan tidak lama di rumah ini memandangkan tetamu yang sedia ramai di rumah itu sendiri. Kami menumpang gembira dan duka dan meninggalkan destinasai dengan doa dan harapan muga dia akan cepat sembuh. Diraut Cik Tiah tergambar kesayuan dan kegembiraan dengan kehadiran kami yang ramai.

3) Rombongan seterusnya menuju ke rumah Hajah Zaiton (Nenek Ton), kami dimaklumkan Nenek baru mendapat cicit baru, baby boy dari cucunya Girl nicknamenya di rumah.
4) Destinasi berikutnya adalah rumah Taman Sri rumah Cik Lil, kami solat zohor sebelum berangkat ke Labuan Dagang.

5) Tiba di Labuan Dagang 2 keluarga yang boleh kami ziarahi, rumah Nenek Datuk Abul dan Paman Ahmad dan Cik Zawiyah.
6) Selesai ke Labuan Dagang rombongan ke Olak Lempit rumah Abang Hamzah dan di sana rombongan berpecah memandangkan masing-masing punya destinasi tersendiri.

3 comments:

  1. Meriah betul baraan raya tu! Gambar beramai2 depan rumah Hj. Jamjuri takde ke?

    ReplyDelete
  2. Seronok rasanyer dapat baraan sekali lagi tahun dan harapnyer program seperti akan diteruskan setiap tahun.....dengan cara ini sahaj kita dapat menggeratkan silaturrahim antara family MASSUPI........

    ReplyDelete
  3. Program Baraan diharap dapat dikekalkan sebagai aktiviti Massupi untuk tahun yang akan datang. Kesempatan menziarah saudara tua yang menjadi keutamaan dan mengenalkan anak muda kita kepada saudara tua membantu mengiratkan silatulrahim...... Tujuan terlaksana harapan terbina....

    ReplyDelete