10 April 2011

Perbincangan Majlis Kenduri...

Petang semalam secara kebetulan kami berjumpa di rumah Mastura, tak sangka pula Paman Jai, Cik Odah, Paman Asim, Cik Wok, Malia pun ada sekali. Dikesempatan itulah Cik Odah berbincang tentang majlis anakda Suhaimi. Melihat pada persediaan yang dibuat oleh kedua-dua orang tua ini, aku rasa majlis yang dirancang bakal meriah, pasangan pakcik dan makcik ku ini sememangnya tidak memilih kasih, kesemua majlis perkahwinan anak-anaknya dibuat dengan begitu sekali teratur dan jayanya. Terharu dengan kesungguhan kedua mereka, bertuah anak-anaknya kerana mempunyai orang tua seperti mereka. Lebih menggembirakan kami, idea kami diterima dan kerjasama yang baik diberikan. Kami anak-anak buah sebolehnya memberikan yang terbaik supaya majlis gilang-gemilangnya nanti berjalan lancar. Walaupun didalam perbincangan kami disulam dengan usik-mengusik namun perkara penting adalah kejayaan majlis dan keriangan para petugas yang sudah diamanahkan pada majlis itu nanti. Didalam pembahagian tugas di khemah mengendalikan hidangan dan tetamu diserahkan kepada Wanita Massupi bersama saudara-saudara disebelah Cik Odah dan jiran tetangga mereka seperti di majlis yang lalu. Maknanya wanita Massupi diminta supaya memainkan peranan didalam penyediaan hidangan untuk tetamu dan penyediaan tempat duduk yang selesa ketika majlis itu. Menu sebanyak 7 main dish dijangka akan disajikan.... hebatnya menu ! nyummy3x... kalau nak tahu apa menunya... jom kita tengok ni.... (Ayam panggang golek, daging palembang, kari dalca, sayur tumisan, udang berlada cili padi, otak-otak ikan, filet ikan, rojak buah, kuih-muih dan ada lagi yang aku mungkin dah terlupa ni.... wahhh hebatkan? Mungkin ada yang beranggapan ianya pembaziran, namun sebenarnya bagi aku, ini adalah seperti penghargaan bagi tuan rumah kepada pasangan pengantin yang diraikan, kepada teman-teman, sahabat-handai dan saudara-mara yang sudi datang dari jauh dan dekat dan meluangkan masa untuk memeriahkan majlis gilang-gemilang. Dipihak pengantin yang datang bertandang pastinya akan merasai dihargai bila kehadiran mereka di rumah saudara mertua disambut dengan ramah mesra dan di hidangkan dengan hidangan yang istimewa. Inilah satu-satunya kekuatan Massupi, menghargai dan melayan setiap tetamu dengan sebaik dan semesra mungkin. Yang pasti setiap upacara dibuat bukan sekadar batuk ditangga.

Amanat dan tugas penting untuk akak, Mastura, Malia, Nor, Umi, Ros, Ana, Ju, Ela, Kina, Safa dan Zana agak berat.... no ponteng to all of this ladies ya.... kalau nak ponteng baju yang disponsor oleh Cik Odah akan ditarik balik!! hahahahaha..... gurau jer ya, akak memang tau you all ni memang tahan lasak kena usik.... love u all muuuuahhhh..... Bagi nama anak-anak buah yang tidak dinyatakan mereka juga amat diharapkan di bahagian depan, menyambut tetamu, memberikan goodies beg, mengenalpasti tetamu yang yang belum makan supaya tidak pulang dengan perut kosong. Juga kepada ahli Massupi yang berbaby kelonggaran diberikan kepada mereka kerana dikhuatiri nanti ada anak-anak yang mungkin terbiar tanpa pengawasan ibubapa kerana sibuk 'rewang' tapi walaubagaimana kehadiran anda amat dialu-alukan di harapkan demi kemeriahan majlis nanti. Diharap tiada perasaan terpinggir, kerana majlis memerlukan penyertaan kalian.

Harus diingatkan lagi Wanita Massupi akan mengadakan perbincangan pada 17hb April 2011 di rumah Mastura pada jam 5.00ptg. Isu yang akan dibincangkan adalah tentang baju yang sedia ditaja oleh Cik Odah, memandangkan ada beberapa pendapat maka adalah dengan moleknya kita berjumpa sambil kita buat ukuran baju pada hari yang sama untuk menjimatkan masa dan kos yang kita bakal belanjakan. Penaja hanya akan menaja material sahaja dan apron seperti yang dicadangkan. So ladies kita jumpa nanti dan bersedialah dengan idea-idea kalian untuk kita memberikan yang terbaik untuk majlis itu nanti. Kepada others ladies and girls, always welcome to share with us.... please do come and joint us ya...... jangan lupa setiap pekerjaan yang dibuat dengan iklas dan niat yang baik pasti akan memberikan keberkataan dan kepuasan. Berpandukan kepada budaya "hidup muafakat membawa berkat, yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing..." InsaAllah... kita akan berjaya biar pun banyak pengorbanan masa dan tenaga bakal dilaburkan. Kepada bakal pengantin, kita berdoa semuga banyakkan berbincang dan bertolak-ansur supaya perjalanan majlis disana dan disini dapat berjalan lancar. Sememangnya akan ada banyak dugaan yang mendatang yang menguji kesabaran kita, namun ia merupakan latihan anda sebelum bergelar isteri atau suami dalam menangani hubungan kekeluargaan. Dan berkat doa dari orang tua, saudara-mara dan teman-teman akan sentiasa mengiringi kesejahteraan kalian....InsaAllah....