20 November 2011

Majlis pertunangan Adinda Sakinah

Bersama dulang hantaran yang berisi cincin pertunangan.... kini dia sudah pun dipunyai.... hehehehe

Seri bakal pengantin...... :)


Tanggal 20hb November 2011, bunga ditaman Haji Kasim dan Hajjah Razayah (Cik Wok) di sunting oleh jejaka pilihan hati Sakinah. Rombongan dari pihak lelaki tiba selepas solat Zohor. Bersama 7 dulang hantaran bersama sebentuk cincin tanda ikatan pertunangan disarungkan di jari manis Sakinah oleh Ibunda pihak lelaki. Detik gembira disambut gembira oleh keluarga dan sanak saudara yang hadir oleh kedua-dua belah pihak. Pihak perempuan menyediakan balasan 9 dulang untuk pihak lelaki. Airmata gembira gugur takkala gadisnya disarungkan cincin. Gembira hati seorang ibu bilamana gadisnya disunting jejaka pilihan hati. Doa kesyukuran dibaca selesai sahaja majlis pertunangan berlangsung, dan tetamu segera dijemput menjamu selera dengan hidangan istimewa yang disediakan oleh pihak tuan rumah. InsaAllah dengan izin Allah majlis walimatul urus akan diadakan pada bulan June 2012 sebagaimana permintaan pihak lelaki. Bagi pihak perempuan, sememangnya tiada halangan dan menerima baik tarikh yang ditetapkan. Bagi warga Massupi, ia merupakan berita gembira untuk dikongsikan kerana penambahan ahli baru dalam keluarga Massupi.

Sakinah yang merupakan adik sepupu kami yang cantik, berbudi pekerti mulia ini sangat disenangi oleh saudara dan keluarga. Kami doakan semuga niat sucinya akan diberkati dan beliau akan sentiasa tabah didalam menghadapi perjalanan pertunangan..... InsaAllah

22 September 2011

Sambutan Hari Keluarga dan Jamuan Hari Raya Massupi 2011 yang Happening

Ini dia barisan peserta pakaian beragam, Adam, Daim dan Zikri.... masing-masing menggunakan bendera Malaysia sebagai prob dan bangga dengan bendara kita....
Girls memperagakan fashion merdeka raya dengan gaya mereka tersendiri....

Khemah yang disediakan oleh Pengurusi Jamuan, Haji Kasim....
Peserta terakhir bola beracun..... Jamaliah, Amin, Azri dan Hani...
Pegang tangan, buat bulatan... jalan dalam bulatan siapa yang kena bola beracun tu kena keluar ya....

Sedia 1, 2, 3..... netball wanita
Macam-macam gaya, nak bagi masuk...


Masuk, jangan tak masuk.... semuanya ada 9 biji bola, bilangan terbanyak yang terkumpul dalam tong sampah yang digantung tu akan menang.....

Shafiqah ni memang boleh menang, sebab dia tinggi.....

Juara.... kamilah Juaraaaa..... alhamdulillah 1-0, gol disumbat di gawang kumpulan B.... hehehehehe.... hebat sungguhkan.....wink3x

Pemutsal dari kumpulan B....(Mastura, Elie, Ros, Jamaliah dan Suhaila) bukan main lagi mereka bergaya.... tengok nanti siapa yang menang ya...... hahahahahaha....

Barisan pemutsal dari kumpulan A.... Sunaina, Zana, Lisa, Shafiqah dan Hani.... semuanya hebat2 belaka... yer ker hebat tuuuu... (yang lain tu penyokong2 kami... :) )

Punyalah susah nak tangkap bola ni, ringan yang amat-amat dah la tu, semuanya kaki bangku tu yang tak dapat nak gol tu....!

Tengok ni... sampai bertarik-tarik sebab nak kejarkan bola.... waduh3x....perangai siapalah yang dibawak dek mak budak-budak ni..... rosak2x

Sampai tergolek si Ela, kerana nak merebutkan bola... Hani, walaupun bukan dari kumpulan yang sama, setia membantu Cik Elanya bangun.... itulah semangat kesukanan yang dapat dipupuk dalam aktiviti sukaneka ini






Barisan pemenang sepak takraw berkain, Juara 2011 ialah saudara Hafiz, tempat ke 2 dimenangi oleh Ayah Shauki dan ke 3 kerana perut perutlah dia tidak dapat mempertahankan kedudukan.... hahahaha (Sorry... Rohid, anyway still have time to reduce your tummy....)


Juara Futsal berkain.... hebat! merekalah pemenangnya.... yeeehhhh


Beginilah keadaannya bila berfutsal dengan berkain! Habis koyak kain Cik Wok.... :( Gamat dan gegak gempita dibuatnya....

Aduhai.... beginilah keadaannya bila dah tak ikut peraturan bersukan, ada ke bersukan dengan berkain? cecuba citerkan sikit....

Tempat pertama... merekalah juara.... Tahniah kepada Daim, Adam, Anis dan Syakira...Hadiah
di sampaikan oleh Haji Kasim, Bendahari Massupi.

Tempat ke 3, mereka hebat, nak tau Amar baru 3 tahun tau.... tapi dia ada skill....
Syakira, Zikri, Dania dan Amar.... (Anis tu interprem jer....tumpang sekaki)

Tempat ke 2.... amboi, lagi hebat! Tahniah.. Anis, Daim, Adam dan Syakira.... Haji Jamjori dengan senang hati menyampaikan hadiah kepada cucu-cucu yang comel dan bersemangat sukan ini.... Terima kasih kepada Haji Jamjori.... :)

Acara sukanekan untuk kanak-kanak yang menggamatkan suasana, Damia peserta pertama mengepit bola dicelah kelangkang menuju ke garis penamat.... comelnya dia.... :)

Amar, dengan hebat melompat tinggi membawa bola di kelangkangnya dengan harapan pertama menuju kegarisan penamat.... yeeeaaahhhh, Amar berjaya...!!!

Shakira, tidak kurang menunjukkan kebolehan berjalan pantas.... tak nak ketinggalan, sikap berkomuniti sudah tersemat dijawa anak-anak massupi yang cintakan persaudaraan...

Seperti yand dirancang, sambutan hari keluarga Massupi jatuh pada 10.09.2011 (bersamaan dengan 12 Syawal 1432H). Sambutan kali ini agak sederhana namun ianya tetap meriah. Walaupun kehadiran tidak seperti mana yang diharapkan, tampak nyata kekurangannya namun kemesraan dan keriangan apabila berkumpul menutup kecacatan kehadiran yang mendukacitakan. Bagi yang tidak dapat hadir kerana perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan, kami amat memahami. Semuga kalian akan dapat bersama ditahun hadapan 2012. Niat baik yang suci dan murni untuk mengiratkan silatulrahim akan sentiasa mendapat keberkataan dan keizinan Allah.....insaAllah..... :) Sekiranya aturcara kita rancang dengan baik, insaAllah kita pasti akan dapat bersama meraikan majlis silatulrahim ini dengan jayanya.Menu yang hebat telah disediakan pada malam majlis makan malam... sebahagian makanan yang ditaja juga tidak kurang hebatnya. Menu tajaan adalah, Ayam Tempayan yang ditaja oleh Haji Hadi, Otak-otak ditaja oleh Naib Pengurusi, Rohid dan Fish Fillet ditaja oleh Talha, Rojak Buah oleh Cik Odah. Manakala menu makan malam yang dimasak secara gotong-royong oleh ahli adalah, Kari Daging dan Kerabu Mangga. Buah-buahan, minuman sejuk dan panas turut disediakan. Sementara minum petang pula Cik Odah menaja roti canai dan kari dal, Kuih Pau dari Linda, dan Cik Wok pula menyediakan kuih kasui dan kuih puteri salad (pada yang menyumbang tapi tidak saya sebutkan disini, harap maaf ya... sumbangan anda tetap mendapat ganjaran Allah...).

Acara sukaneka agak berbeza kali ini, walau agak kurang acara namun yang penting missinya mencapai visi yang ditetapkan. Penggunaan probs yang lama diguna pakai, tiada pembelian probs baru dan acara yang lebih unik. Futsal berkain untuk lelaki menggamatkan dan Futsal bola plastik yang ringan untuk perempuan menggegarkan. Sepak takraw berkain juga tidak kurang hebatnya. Syabar kepada Amin and Hafis yang telah merangkakan acara sukaneka untuk tahun ini. Penampilan baru memberikan sedikit kelainan juga peluang kepada orang baru memberi sumbangan idea memeriahkan majlis. Hadiah lebih hebat dan menarik turut disediakan dengan peruntukkan kewangan yang sesuai dengan citarasa semua. Tahniah kepada Sakinah, Safawati dan Mastura yang telah bertungkus-lumus mencari dan membeli semua hadiah untuk acara sukaneka hingga ke KK Home Decor di Nilai 3.

Manakala diwaktu malam acara pakaian beragam yang berkonsepkan 'Raya Merdeka' untuk anak-anak diadakan disamping menikmati juadah makan malam, majlis diserikan dengan gelagat anak-anak yang bercat walk memperagakan pakaian raya merdeka masing-masing. Dan hadiah untuk 'The Best Dress Man dan The Best Dress Wowan" turut diberikan..... so not surprised when everybody seem like to be dressing up so nicely and make-up like an artist gitu..... memang hebatlah cousin-cousin ku ini. Sporting habis.... they dress to kill.... huh!! Tapi konsep Raya tetap tak lari ya, baju melayu lengkap untuk lelaki dan berbaju kurung atau kebaya untuk perempuan. Seperti kebiasaannya karaoke lagu raya berjalan dengan penyanyi popular Massupi, Suhaila mendendangkan lagu raya dengan lenggok mak limahnya.... sempoi dan menghiburkan. Ramai yang menyumbangkan suara sumbing mereka sambil berhibur. Boleh dikatakan malam yang happening dan meriah bagi semua ahli yang hadir.... untuk tahun hadapan, InsaAllah sambutan yang lebih meriah akan diadakan dengan idea dan sentuhan baru untuk menarik lebih ramai kehadiran dan keahlian dan semuga ikatan silatulrahim akan sentiasa berkekalan di sanubari warga Massupi.... InsaAllah


08 August 2011

Majlis Berbuka Puasa 2011

Majlis berbuka puasa Massupi ditetapkan ketika majlis kenduri doa selamat dan arwah menyambut bulan puasa di rumah Hj Sujai/Hjh Saodah. Ianya merupakan kesinambungan kekurangan kehadiran ahli majlis untuk diadakan mesyuarat sambutan Hari Raya dan Keluarga 2011. Maka dengan itu Pn. Sunaina dengan berbesar hati mengundang supaya diadakan majlis jamuan berbuka puasa di kediaman beliau pada minggu pertama puasa iaitu 06.08.2011 bersamaan hari Sabtu. Semasa majlis gotong-royong membersih kubur, menu jamuan telah dibincangkan dan dipersetujui oleh ahli yang hadir. Nasi ayam dengan ayam kukus hainan dan ayam kukus amperor juga ayam goreng (menu ayam kukus hainan dan emperor adalah sumbangan Norabeah). Bermacam-macam, kuih-muih akan dibawa oleh ahli seperti kebiasaan. Walaubagaimana pun tuan rumah juga menyediakan pulut kuning bersama kari tetel, pulut dan serawa durian, juga kuih putri salad durian. Cik Wok telah pun sedari awal datang membantu, beliau juga turut menyumbang juadah bubur caca istimewa untuk hidangan berbuka yang dimasak bersama didapur Sunaina. Boleh dikatakan banyaknya makanan malam itu. Kami dijamu dengan Ayam tempayan (Abg Hadi), Kuih Kasui (Ros), Pulut urap (Mastura), Popia goreng (Suria), Satay bonet (Rohid), Buah tembikai (Yasri/Zana), Pengat pisang raja (Malia), karipap dan macam-macam lagi yang sudah pun tidak diingati lagi di sini..... maaf ya kalau juadah yang anda bawa tidak dapat saya nyatakan disini...:)

Program berbuka memangnya meriah dan selepas solat isyak, mesyuarat untuk majlis sambutan hari raya dan hari keluarga dijalankan.

Mesyuarat berjalan lancar, walaupun kami telah dikejutkan dengan kenyataan penarikkan diri Hj. Sujai dari jawatan Pengurusi. Tiada komen yang kedengaran, ahli menghormati hasrat beliau dan memahami. Walaubagaimanapun itu adalah pilihan beliau dan kami menghormati. Massupi akan diteruskan dan kami akan memilih Pengerusi baru pada majlis makan malam Hari Raya nanti. Mudah-mudahan calun yang terpilih akan dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik dan berwibawa. Massupi memerlukan banyak idea baru dan pembaharuan untuk menarik lebih ramai lagi minat ahli untuk menyertainya. Idea yang diberikan haruslah didengar dan diperhalusi, demi menghargai pandangan dan minat ahli untuk turut serta. Tidak ada salahnya kita membuat perubahan kerana ahli juga yang akan menjalankan dan menikmati segala yang dirancang. Sikap terbuka dan positive itu perlu untuk pembangunan dan kesejahteraan warga Massupi... InsaAllah.....

31 July 2011

Nenek Sartiah


Berita kegeringan Nenek Sartiah (Balu Arwah Datuk Haji Abol) mendapat reaksi sepontan warga Massupi yang perihatin. Rombongan bergegas ke Hospital Daerah Banting untuk melawat beliau. Kehadiran kami menjadi kejutan yang manis buat Cik Esah..... :) Beliau amat berterima kasih dan terharu dengan kehadiran kami yang ramai. Masing-masing mengambil giliran menyuapkan makan dan minum untuk nenek. Sekurang-kurangnya nenek berselera dan seronok untuk makan. Nenek Sartiah merupakan seorang wanita yang lemah lembut dan tabah. Kalau dilihat dari raut wajahnya, dia memiliki kecantikan anugerah Illahi, ianya jelas kelihatan walaupun diusia yang sudah mencecah 92 tahun. Ingatannya mula kurang dan dia sering bertanyakan siapa dan siapakah kami ini. Maklumlah kami hanya menziarahi beliau ketika Hari Raya, dan sudah pastinya beliau tidak mengingati kami dan anak-anak yang cepat membesar. Kepada Nenek Sartiah, kami doakan semuga dia akan segera sembuh.... InsaAllah...


Warga Massupi - ziarah & membersih kubur

Persemadian arwah Dato Haji Abdul Munir....

Bacaan Al-Fatiha dihadiahkan kepada yang bersemadi oleh yang menziarah....
Rombongan menuju ke persemadian waris, beginilah suasana di perkuburan Jalan Aman
terjaga dengan baik....

Bunga rampai dan air mawar ditabur oleh Hjh Aliah dipusara Pakcik Ahmad (menantu)




Rombongan bersusun-susun berjalan ditepian perkuburan.... menjejak dan menjejak....

Tanggal 31.07.2011 jam 9.00 pagi, hanya di ruang FB kami merancang untuk mengadakan program ziarah dan membersih kubur di Kanchong Darat dan Sri Cheeding. Alhamdulillah rancangan berjalan dengan baik dan mendapat sambutan ahli yang perihatin dan supportive!. Kami berkumpul di Kanchong jam 9.00 pagi, dan bergerak ke perkuburan Jalan Aman pada lebih kurang jam 10.00 pagi. Hampir semua persemadian Arwah dan Arwahyarhamah warga Massupi diziarahi dan dibersihkan. Rombongan mengesan persemadian Arwah Hjh Supiah, Haji Abdul Munir, Cik Saiyah, Pakcik Ahmad, Cik Dasinem, Hjh Halimah (Mak kepada Cik Wok), Datok Sirat (Bapa kepada Cik Wok) yang sempat diziarahi. Suasana diperkuburan Jalan Aman begitu ramai dengan kehadiran sanak saudara kepada waris-waris yang menziarahi pusara keluarga masing-masing. Rombongan selepas itu menuju ke Kampung Sri Cheeding untuk meziarah persemadian Hj. Khailani (anak ke 2), Hjh Noriah (anak sulung), Hj Salim (menantu), Hjh Hasliah (menantu), Haji Azahari (cucu), Datuk Buyung (mertua Hjh Hasliah) dan Datuk Rahim (bekas mertua Mastura). Cuaca yang panas seperti memberikan kami keselesaan untuk melakukan sedikit kerja-kerja pembersihan kawasan perkuburan di Kg Sri Cheeding yang agak semak disesetengah bahagian perkuburan. Bagi Hjh Hasliah, beliau telah berjaya mengesan persemadian arwah Datuk Buyung dan memaklumkan kepada anak dan cucuda akan lokasinya. Helmi begitu berkerja keras membersih kubur moyangnya dan bunga siantan yang aku bawa dapat ditanam di perkuburannya sebagai tanda dan doa untuk arwah.

Hampir kesemua kubur dapat kami ziarahi, dan dari pengakuan adik-adik sepupuku mereka sangat berpuas hati dengan program yang dirancang dan mencadangkan supaya program ini menjadi agenda tahunan selain program sambutan Hari Raya Keluarga Massupi. Ianya memberikan kami keinsafan dan mengingati akhirat yang kekal abadi.

Selesai ziarah kami semua menuju ke rumah induk dimana program bacaan Yasin dan Tahlil pula. Selesai membersihkan diri, wanita Massupi bergotong-royang menyediakan juadah makan tenghari. Menu makan tengahari, kerabu, ikan kembong goreng, tempe goreng, bonet goreng tepung (menu istimewa......hahahahaha..) ayam gulai cili padi dengan pisang, tempoyak, budu, ulam2an, jering, sambal goreng hati dan pedal ayam (menu dan sumbangan Hjh Aliah), rojak buah dah aduhai banyak betul makanan. Sarapan pagi juga kami dihidangkan dengan meehon goreng, mee goreng, karipap, ubi rebus, sambal tumis, kelapa manis, kuih keria, pulut dan kuah durian (istimewa dari Cik Odah) dan tidak tersebut lagi disini. Selain tuan rumah yang menyumbang juadah, warga Massupi yang hadir turut membawa pelbagai makanan sebagai hidangan untuk disajikan dan dikongsikan. Boleh dikatakan meja makan dan perut kami penuh dengan makanan yang pelbagai.

Kami turut sama menikmati hidangan minum petang.....sampai tergolek dan tertidur dek penat dan kenyang! Suria dengan senang hati menyediakan Teh tarik, nescafe, ubi goreng dan cempedak goreng, manakala Sakinah pula mempromosikan biskut cornflakes pedasnya.... semuanya habis dan licin disantap oleh anak-anak dan cucu-cucuk Massupi. Kerjasama dan makan bersama, sememangnya menjalinkan ikatan silatulrahim kami. Berita kegeringan Nenek Sartiah (isteri arwah Datuk Abol) mendapat perhatian warga Massupi dan kami semua bergegas ke Hospital Daerah Banting untuk melawat. Sekali lagi warga Massupi yang perihatin ini menjalankan tanggungjawab masyarakat dengan penuh keiklasan walaupun dengan sedikit masa yang terluang. Kepada warga Massupi, "Muafakat membawa berkat" menjadi pegangan dan sikap prihatin dan saling faham memahami adalah kunci kepada permuafakatan kita..... each day we learn and there are lesson's for us, forget and forgive that we are.... live without grudge and hatred for a better person.... that what we should do..... :)



22 July 2011

Program gotong-royong Massupi

31.7.2011 (Ahad) jam 10.30 pagi, telah dirancangkan sebagai hari warga Massupi pergi menziarah dan bergotong-royong membersihkan tanah perkuburan waris-waris Massupi di Kancong Darat dan Sri Cheeding. Majlis akan dimulakan dengan bacaan Yasin di rumah induk sebelum rombongan berangkat ke tapak perkuburan. Tujuan kami adalah untuk menjejak kubur lama waris Massupi. Ramai antara kami cucu dan cicit yang tidak mengetahuai dimana tapak perkuburan arwah Datuk dan Nenek kami, semuga dengan cara ini dapatlah kami mengetahuai dimana tempat kedua orang arwah 'Massupi' ini disemadikan supaya bukan hanya anak cucu mengenal nama malah turut tahu sedikit sebanyak tentang mereka dan tempat dimana mereka disemadikan.


Kepada warga massupi, marilah kita bersama-sama berganding bahu. Lupakan sengketa dan duka sekiranya ada. Ramadan yang bakal tiba kita lalui dengan semangat dan jiwa baru kekeluargaan yang kukuh dan padu demi pembangunan dan perpaduan Massupi.

10 April 2011

Perbincangan Majlis Kenduri...

Petang semalam secara kebetulan kami berjumpa di rumah Mastura, tak sangka pula Paman Jai, Cik Odah, Paman Asim, Cik Wok, Malia pun ada sekali. Dikesempatan itulah Cik Odah berbincang tentang majlis anakda Suhaimi. Melihat pada persediaan yang dibuat oleh kedua-dua orang tua ini, aku rasa majlis yang dirancang bakal meriah, pasangan pakcik dan makcik ku ini sememangnya tidak memilih kasih, kesemua majlis perkahwinan anak-anaknya dibuat dengan begitu sekali teratur dan jayanya. Terharu dengan kesungguhan kedua mereka, bertuah anak-anaknya kerana mempunyai orang tua seperti mereka. Lebih menggembirakan kami, idea kami diterima dan kerjasama yang baik diberikan. Kami anak-anak buah sebolehnya memberikan yang terbaik supaya majlis gilang-gemilangnya nanti berjalan lancar. Walaupun didalam perbincangan kami disulam dengan usik-mengusik namun perkara penting adalah kejayaan majlis dan keriangan para petugas yang sudah diamanahkan pada majlis itu nanti. Didalam pembahagian tugas di khemah mengendalikan hidangan dan tetamu diserahkan kepada Wanita Massupi bersama saudara-saudara disebelah Cik Odah dan jiran tetangga mereka seperti di majlis yang lalu. Maknanya wanita Massupi diminta supaya memainkan peranan didalam penyediaan hidangan untuk tetamu dan penyediaan tempat duduk yang selesa ketika majlis itu. Menu sebanyak 7 main dish dijangka akan disajikan.... hebatnya menu ! nyummy3x... kalau nak tahu apa menunya... jom kita tengok ni.... (Ayam panggang golek, daging palembang, kari dalca, sayur tumisan, udang berlada cili padi, otak-otak ikan, filet ikan, rojak buah, kuih-muih dan ada lagi yang aku mungkin dah terlupa ni.... wahhh hebatkan? Mungkin ada yang beranggapan ianya pembaziran, namun sebenarnya bagi aku, ini adalah seperti penghargaan bagi tuan rumah kepada pasangan pengantin yang diraikan, kepada teman-teman, sahabat-handai dan saudara-mara yang sudi datang dari jauh dan dekat dan meluangkan masa untuk memeriahkan majlis gilang-gemilang. Dipihak pengantin yang datang bertandang pastinya akan merasai dihargai bila kehadiran mereka di rumah saudara mertua disambut dengan ramah mesra dan di hidangkan dengan hidangan yang istimewa. Inilah satu-satunya kekuatan Massupi, menghargai dan melayan setiap tetamu dengan sebaik dan semesra mungkin. Yang pasti setiap upacara dibuat bukan sekadar batuk ditangga.

Amanat dan tugas penting untuk akak, Mastura, Malia, Nor, Umi, Ros, Ana, Ju, Ela, Kina, Safa dan Zana agak berat.... no ponteng to all of this ladies ya.... kalau nak ponteng baju yang disponsor oleh Cik Odah akan ditarik balik!! hahahahaha..... gurau jer ya, akak memang tau you all ni memang tahan lasak kena usik.... love u all muuuuahhhh..... Bagi nama anak-anak buah yang tidak dinyatakan mereka juga amat diharapkan di bahagian depan, menyambut tetamu, memberikan goodies beg, mengenalpasti tetamu yang yang belum makan supaya tidak pulang dengan perut kosong. Juga kepada ahli Massupi yang berbaby kelonggaran diberikan kepada mereka kerana dikhuatiri nanti ada anak-anak yang mungkin terbiar tanpa pengawasan ibubapa kerana sibuk 'rewang' tapi walaubagaimana kehadiran anda amat dialu-alukan di harapkan demi kemeriahan majlis nanti. Diharap tiada perasaan terpinggir, kerana majlis memerlukan penyertaan kalian.

Harus diingatkan lagi Wanita Massupi akan mengadakan perbincangan pada 17hb April 2011 di rumah Mastura pada jam 5.00ptg. Isu yang akan dibincangkan adalah tentang baju yang sedia ditaja oleh Cik Odah, memandangkan ada beberapa pendapat maka adalah dengan moleknya kita berjumpa sambil kita buat ukuran baju pada hari yang sama untuk menjimatkan masa dan kos yang kita bakal belanjakan. Penaja hanya akan menaja material sahaja dan apron seperti yang dicadangkan. So ladies kita jumpa nanti dan bersedialah dengan idea-idea kalian untuk kita memberikan yang terbaik untuk majlis itu nanti. Kepada others ladies and girls, always welcome to share with us.... please do come and joint us ya...... jangan lupa setiap pekerjaan yang dibuat dengan iklas dan niat yang baik pasti akan memberikan keberkataan dan kepuasan. Berpandukan kepada budaya "hidup muafakat membawa berkat, yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing..." InsaAllah... kita akan berjaya biar pun banyak pengorbanan masa dan tenaga bakal dilaburkan. Kepada bakal pengantin, kita berdoa semuga banyakkan berbincang dan bertolak-ansur supaya perjalanan majlis disana dan disini dapat berjalan lancar. Sememangnya akan ada banyak dugaan yang mendatang yang menguji kesabaran kita, namun ia merupakan latihan anda sebelum bergelar isteri atau suami dalam menangani hubungan kekeluargaan. Dan berkat doa dari orang tua, saudara-mara dan teman-teman akan sentiasa mengiringi kesejahteraan kalian....InsaAllah....

21 March 2011

Kongsi hadiah untuk Baby Nur Dini Diyana

Pink box yang mengandungi set dingin beku dan pump susu juga baju untuk little Dini..

Cooler beg, storage bottle, brest pump, ice beg dan a set of pyjamas

Persatuan Wanita Massupi telah bersepakat untuk membuat kutipan bagi memberi cenderahati kepada Puan Suriya Binti Haji Kasim atas kelahiran puterinya Nur Dini Dayana. Kutipan sebanyak RM20.00 seorang kepada yang berminat menyertai PWM diadakan dan telah berjaya membeli peralatan dingin beku bagi penyusuan baby Dini. Menariknya peralatan lengkap ini merupakan sumbangan yang membantu Suriya didalam proses penyusuan susu ibu kepada baby Dini yang dilahirkan awal dari jangka masa yang sepatutnya. InsaAllah dengan berkat permuafakatan ini, baby Dini akan dapat membesar dengan penyusuan susu ibu sepenuhnya sehingga tempoh masa yang sepatutnya. Secara tak langsung PWM membantu kerajaan didalam kempen susu ibu ! Syabas kepada semua ahli Persatuan Wanita Massupi yang menyumbang untuk kali ini.

Kepada ahli yang tidak dapat atau berkesempatan untuk menyertai program PWM, adalah dimaklumkan kami akan terus mengadakan kutipan sedemikian untuk ahli yang melahirkan sebagai program Massupi. Semuga dengan ini kita dapat menjalinkan hubungan yang lebih erat dan mesra dikalangan semua ahli. Ini merupakan kejayaan PWM yang ke 2 didalam program kongsi hadiah kami dan hadiah telah pun disampaikan pada 19.3.2011 (Sabtu)

22 February 2011

Aqiqah dan majlis cukur jambul...

Aleesya bersama Wak Nena dan Wak Nor.....
Sibuk membungkus selepas majlis tamat.....

Sembang didapur.......

Safia sedang memberikan bunga telur kepada semua yang hadir dikelilingi ahli Massupi di dapur...

Bunga Telur sempena majlis Aqiqah dan cukur jambul Nurul Taqiah Aleesya....

Tanggal 20hb February 2011, majlis Aqiqah dan cukur jambul cucunda Haji Sujai dan Hajjah Saodah yang ke 7, iaitu Nurul Taqiah Aleeysa diadakan di kediaman Haji Sujai dan Hajah Saodah. Majlis berlangsung selepas solat isyak berjalan seperti mana yang dirancang. Ramai saudara-mara, handai dan taulan yang turut sama meraikan majlis. Ramai ahli Massupi yang tidak dapat hadir, namun majlis tetap meriah dengan kehadiran ahli-ahli yang muda. Angkatan muda Massupi kini begitu perihatin dan bersungguh didalam menjayakan setiap majlis walimatul dan silatulrahim..... Alhamdulillah... ianya merupakan contoh yang baik kepada generasi yang lebih muda.
Dikesempatan ini ahli mengambil kesempatan bertemu dan beramah mesra sesama sendiri. Ianya seperti bak kata pepatah "yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita rapat-rapatkan" konsep ini menjadi amalan dan budaya Massupi. Gembira dengan kehadiran ramai, namun suasana usik mengusik tidak dapat dielakkan apabila saudara-saudara sepupu dan makcik-makcik berkumpul, ada saja yang menjadi guruan dan usikkan. Namun begitu alhamdulillah diantara ahli tiada menyimpan hati atas usikkan yang dikenakan, kami bahagia bersama dan ianya menjadi bualan ketika bersama semula. Banyak yang dibincangkan dan dikesempatan itu juga perbincangan tentang majlis walimatul urus anakda Suhaimi turut dikisahkan. Untuk makluman selanjutnya kita tunggu nanti majlis kenduri sempena pernikahan Suhaimi pada 1hb Mei 2011 dan majlis resepsi di Klang pada 21 Mei 2011.

13 February 2011

Ahli Baru lagi dan ziarah...

Di Wad 7A, menziara Sidah, jiran Mastura selepas beberapa pembedahan di kakinya... semuga cepat sembuh

Di wad 2A, Hospital Ampuan Rahimah menziarah Ella dan baby yang baru lahir melalui pembedahan..

Nurul Taqiah Aleesya....
Baby born 4.1 kg... semasa gambar diambil belum lagi bernama...... :)

Tanggal 11.02.2011(Jumaat) lahir seorang lagi ahli baru Massupi. Bayi perempuan seberat 4.1kg dilahirkan secara pembedahan di Hospital Ampuan Rahimah, Klang adalah puteri kepada Nur Zulaika (Ella) dan Mohd Yasni (kecik), puteri ke empat pasangan ini. Wanita Massupi yang terdiri dari Sunaina, Norabeah, Mastura dan Jamaliah telah meziarahi ibu dan bayi ini di Hospital Ampuan Rahimah. Perjalanan keempat-empat wanita Massupi ini merupakan perjalanan ziarah bermula seawal jam 11.00 pagi. Ziarah pertama ke kediaman Hajah Sarifah Suboh, tujuan untuk menziarah Puan Mariam yang telah dimaklumkan baru saja mendapat rawatan di Hospital Sri Kota, Klang. Beliau dimaklumkan telah dimasukkan ke unit ICU kerana masaalah kencing manis dan jantung. Rombongan yang telah sampai di kediaman agak hampa kerana Puan Mariam tiada dirumah. Walau bagaimanapun rombongan terus ke Hospital Ampuan Rahimah di wad 2B dimana Ella dan baby ditempatkan. Gembira melihat kedua ibu dan anak dalam keadaan sihat dan diberitakan mungkin akan pulang pada esok harinya. Dikesempatan itu kami sempat meluangkan masa ke wad 7A, dimana seorang jiran di Taman Sri Cheeding sedang mendapat rawatan dan baru sahaja menjalani pembedahan dikaki semalam dan diberitakan mengalami pendarahan. Sidah kelihatan bertambah baik dan pulih, kami doakan semuga beliau akan kuat dan tabah menghadapi dugaan Allah ini.

Tujuan asal perjalanan ini adalah untuk menziarah Baby Aleesya dan menyampaikan sumbangan 'Stroller' dari wanita Massupi. Ini merupakan aktiviti wanita Massupi bersempena kelahiran setiap ahli Massupi. Baby yang comel dan manis ini merupakan program pertama aktiviti wanita Massupi 2011. Mudah-mudahan dengan ini wanita Massupi akan lebih berkerjasama dan berganding bahu untuk mengiratkan lagi silatulrahim.... seperti kata pepatah, yang jauh didekatkan yang dekat kita rapat-rapatkan... InsaAllah....