19 November 2009

UPSR 2009

Keputusan UPSR 2009 telah diumumkan pada 19.11.2009, bagi cicit-cicit Massupi seramai 3 orang yang terlibat telah menduduki peperiksaan ini. Natasha Binti Hanafi @Nicholas Barry, mendapat 3A2B, Mohd Azri Bin Ismail mendapat 3A2B dan Mohd Syahmi Bin Haji Kasim mendapat 1A4B. Kepada mereka ini diucapkan tahniah kerana di atas kejayaan cemerlang mereka dan ini merupakan titik mula bagi mereka untuk pergi lebih jauh lagi. Ucapan tahniah kepada Azri kerana beliau turut mendapat 'Mumtaz' untuk keputusan PSRA baru-baru ini. Semuga dengan keputusan ini membolehkan beliau untuk mendapat tempat di mana-man Sekolah Menengah Agama yang diiktiraf. Insa Allah.....

4 comments:

  1. terima kasih kpd sesiapa yg mendoakn natashah
    ejaan berry 2 salah ye.ejean yg sebenarnye BARRY ok jangan salah eja laen kali ye. ok bubye

    ReplyDelete
  2. Pembetulan telah pun dibuat ke atas nama.... harap maaf dan maklum.... boleh berhubung terus dengan penulis.... Terima kasih...

    ReplyDelete
  3. Memang sedih kisah anak yang kehilangan ibu dihari bahagianya kerana panggilan Ilahi. Kepada anak yang ditinggalkan ibu yang masih hidup, tabahkan hati, kuatkan semangat. Banyak cerita yang kita baca di dada akhbar ibu yang meninggalkan anak mereka tanpa berita kerana mengikut kata hati. Ibu ini lebih mementingkan perasaan hati mereka daripada keperitan hati anak mereka. sepatutnya sebagai seorang ibu dia perlu melebihkan perasaan anaknya apabila membuat keputusan bukannya kehendak hati. Demi mengejar cita-cita sesetengah ibu lupa akan naluri hati anak-anak mereka. Kepada ibu bapa diluar sana, fikirkanlah perasaan anak-anak apabila membuat keputusan supaya tidak melebur hati anak-anak yang sedang membesar. Sama -sama kita berdoa untuk dijauhkan perkara seperti ini terjadi dikalangan ahli keluarga MASSUPI.

    ReplyDelete
  4. Tahniah buat cucu Massupi. Yang penting, semoga Syami, Natasya dan Azri kuatkan azam untuk mengorak langkah seterusnya di alam remaja sekolah menengah nanti supaya lebih cemerlang!

    ReplyDelete