17 October 2009

Nenda Tersayang


Masih ingatkah lagi ahli-ahli Massupi dengan wajah di atas. Kepada ahli Massupi yang baru, inilah dia wajah idola kita Allahyarhamah Hajjah Supiah Binti Haji Yusof, nenda kita. Telah lama kami simpan gambar ini setelah ianya diperbaiki daripada kekotoran oleh saudara Johan Bokhari, barulah dapat saya menguploadkan gambar ini untuk kenangan kita bersama. Menatap wajah ini terkenang saya kepada nenda tercinta yang begitu rajin and particular tentang tatasusila. Saya amat bertuah kerana dapat membesar disamping nenda tercinta kerana banyak tatacara hidup dan pekerti melayu yang diserap ke dalam kehidupan harian saya paling tidak lupa tunjuk ajar agama yang diberi. Nenda banyak membantu saya belajar sembahyang semasa saya kecil. Ingat lagi saya dengan rutin hariannya yang begitu teratur. Dipesannya kepada kami supaya bangun tidur sebelum subuh dan seawalnya membuka tingkap supaya rezeki mudah masuk. Selepas sebahyang subuh ingat lagi pesannya sebelum ke sekolah cium tangan ibu dan ayah untuk mendapat restunya supaya berkat ilmu dikumpul. Ingat lagi pantunnya selepas makan "Buah durian, pulau emas, siapa kendian, dia kemas". Ingat lagi larangannya ketika makan jangan disulam dengan air, jangan goyangkan kaki ketika makan. Ingat lagi saya akan bau bunga tanjung dan melur yang disisir disanggulnya setiap kali selepas mandi menjadi signature bauannya. Tapi sayang, kini hanya tinggal kenangan. Kepada pembaca mari sama-sama kita sedekah Al-Fatihah kepada Arwahyarhammah semuga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan digolongan hamba-hambanya yang mukmin dan soleha, Amin....

2 comments:

  1. Terharu dan gembira menatap seraut wajah yang sangat dirindui. Kenangan lama bersama ketika hayatnya menggamit. Dialah ikon dan mentor kami cucu2nya yang sempat merasakan belaian dan kasih seorang nenek. Arwahyarham sememangnya terkenal dengan sikap yang kuat dengan pegangan ugama dan berdisplin tinggi. Maka tidak hairanlah sekiranya hampir kesemua anak2 Arwahyarham sangat menitikberatkan soal2 agama dan displin. Perginya tiada ganti kerana paggilan Illahi.... semuga rohnya ditempatkan disisi hamba2 yang soleha, Insaallah.... Amin....

    ReplyDelete
  2. Ribuan terima kasih kepada Suhaila dan Johan kerana atas usaha mereka menyediakan photo dan artikel arwah nenek untuk tatapan Massupi.......

    ReplyDelete