22 February 2011

Aqiqah dan majlis cukur jambul...

Aleesya bersama Wak Nena dan Wak Nor.....
Sibuk membungkus selepas majlis tamat.....

Sembang didapur.......

Safia sedang memberikan bunga telur kepada semua yang hadir dikelilingi ahli Massupi di dapur...

Bunga Telur sempena majlis Aqiqah dan cukur jambul Nurul Taqiah Aleesya....

Tanggal 20hb February 2011, majlis Aqiqah dan cukur jambul cucunda Haji Sujai dan Hajjah Saodah yang ke 7, iaitu Nurul Taqiah Aleeysa diadakan di kediaman Haji Sujai dan Hajah Saodah. Majlis berlangsung selepas solat isyak berjalan seperti mana yang dirancang. Ramai saudara-mara, handai dan taulan yang turut sama meraikan majlis. Ramai ahli Massupi yang tidak dapat hadir, namun majlis tetap meriah dengan kehadiran ahli-ahli yang muda. Angkatan muda Massupi kini begitu perihatin dan bersungguh didalam menjayakan setiap majlis walimatul dan silatulrahim..... Alhamdulillah... ianya merupakan contoh yang baik kepada generasi yang lebih muda.
Dikesempatan ini ahli mengambil kesempatan bertemu dan beramah mesra sesama sendiri. Ianya seperti bak kata pepatah "yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita rapat-rapatkan" konsep ini menjadi amalan dan budaya Massupi. Gembira dengan kehadiran ramai, namun suasana usik mengusik tidak dapat dielakkan apabila saudara-saudara sepupu dan makcik-makcik berkumpul, ada saja yang menjadi guruan dan usikkan. Namun begitu alhamdulillah diantara ahli tiada menyimpan hati atas usikkan yang dikenakan, kami bahagia bersama dan ianya menjadi bualan ketika bersama semula. Banyak yang dibincangkan dan dikesempatan itu juga perbincangan tentang majlis walimatul urus anakda Suhaimi turut dikisahkan. Untuk makluman selanjutnya kita tunggu nanti majlis kenduri sempena pernikahan Suhaimi pada 1hb Mei 2011 dan majlis resepsi di Klang pada 21 Mei 2011.

13 February 2011

Ahli Baru lagi dan ziarah...

Di Wad 7A, menziara Sidah, jiran Mastura selepas beberapa pembedahan di kakinya... semuga cepat sembuh

Di wad 2A, Hospital Ampuan Rahimah menziarah Ella dan baby yang baru lahir melalui pembedahan..

Nurul Taqiah Aleesya....
Baby born 4.1 kg... semasa gambar diambil belum lagi bernama...... :)

Tanggal 11.02.2011(Jumaat) lahir seorang lagi ahli baru Massupi. Bayi perempuan seberat 4.1kg dilahirkan secara pembedahan di Hospital Ampuan Rahimah, Klang adalah puteri kepada Nur Zulaika (Ella) dan Mohd Yasni (kecik), puteri ke empat pasangan ini. Wanita Massupi yang terdiri dari Sunaina, Norabeah, Mastura dan Jamaliah telah meziarahi ibu dan bayi ini di Hospital Ampuan Rahimah. Perjalanan keempat-empat wanita Massupi ini merupakan perjalanan ziarah bermula seawal jam 11.00 pagi. Ziarah pertama ke kediaman Hajah Sarifah Suboh, tujuan untuk menziarah Puan Mariam yang telah dimaklumkan baru saja mendapat rawatan di Hospital Sri Kota, Klang. Beliau dimaklumkan telah dimasukkan ke unit ICU kerana masaalah kencing manis dan jantung. Rombongan yang telah sampai di kediaman agak hampa kerana Puan Mariam tiada dirumah. Walau bagaimanapun rombongan terus ke Hospital Ampuan Rahimah di wad 2B dimana Ella dan baby ditempatkan. Gembira melihat kedua ibu dan anak dalam keadaan sihat dan diberitakan mungkin akan pulang pada esok harinya. Dikesempatan itu kami sempat meluangkan masa ke wad 7A, dimana seorang jiran di Taman Sri Cheeding sedang mendapat rawatan dan baru sahaja menjalani pembedahan dikaki semalam dan diberitakan mengalami pendarahan. Sidah kelihatan bertambah baik dan pulih, kami doakan semuga beliau akan kuat dan tabah menghadapi dugaan Allah ini.

Tujuan asal perjalanan ini adalah untuk menziarah Baby Aleesya dan menyampaikan sumbangan 'Stroller' dari wanita Massupi. Ini merupakan aktiviti wanita Massupi bersempena kelahiran setiap ahli Massupi. Baby yang comel dan manis ini merupakan program pertama aktiviti wanita Massupi 2011. Mudah-mudahan dengan ini wanita Massupi akan lebih berkerjasama dan berganding bahu untuk mengiratkan lagi silatulrahim.... seperti kata pepatah, yang jauh didekatkan yang dekat kita rapat-rapatkan... InsaAllah....