27 September 2009

Hari Keluarga yang ke 16

The Hot Mama's menerima hadiah acara sukan berkumpulan tempat ke 2 dari Puan Rizayah....

The Diva's menerima hadiah dari Puan Rizayah..... acara berkumpulan wanita tempat ke 3.....

Pemandangan diwaktu malam di perkarangan rumah induk
Tetamu dan ahli Massupi sedang menikmati hidangan makan malam

Sambutan ulang tahun Aqila yang ke 18 & Shami yang ke 12 semasa minum petang, selepas acara sukaneka

Berbaris untuk mengambil nombor tikam-tikam (acara baru)

Permainan tradisional 'Segentel lewe2' , hanya Abang Hadi dan Kakak Ana yang expert dengan permainan ini, tanpa mereka tiada yang pandai mendendangkan lagu klasik tradisional ini..... muga ada yang akan mewarisi dendangan ini nanti.....


Acara 'Bumble Bee' wanita berkumplan, kumpulan Umi Nazrah leading nampaknya..... hebat betul kumpulan ini.....

Kerusi beracun - peserta yang hebat2 belaka... semua perserta yang 'brutal' tinggal untuk merebut tempat 1, 2 & 3. Ada kerusi yang patah petang tu dan ada juga tangan yang terseliuh...... untuk tahun depan akan disediakan khidmat Pasukan Palang Merah untuk membantu peserta yang cedera...
Pertandingan makan pisang untuk lelaki

Pertandingan makan biskut utk kanak-kanak dibawah 12 tahun.

Bermula acara sukan, seperti biasa para Ibu-ibu yang kecoh selalu.....

26.09.2009 (sabtu) bersamaan 6 Syawal 1430H merupakan majlis hari keluarga Massupi yang ke 16. Majlis diadakan di rumah induk, Kanchong Darat, Banting. Majlis berjalan lancar dengan pelbagai program yang dirancang oleh ahli-ahli Massupi dan mendapat kerjasama penuh dan sambutan baik dari warga Massupi sendiri. Sungguh menghiburkan pada malam itu, kami dihiburkan dengan persembahan karaoke hari raya. Masing-masing dengan gaya dan persembahan tersendiri.... Johan karaoke kita malam itu, Kurin tunang Nazreen dengan lagu 'Bila Takbir Bergema' dari Rafeah Buang tempat ke2, Rafidah adik ipar Rosyatimah dan tempat ke 3 Suhaila Kasim dengan lenggang yang memang menawan dan tak sangka diantara sepupu kami ada yang berbakat sebagai penghibur....... hahahaha..... :)
Sambutan yang baik dari para jemputan dan ahli-ahli sehingga makanan yang dihidangkan cukup-cukup untuk semua yang hadir. Hidangan malam itu agak lain dari Jamuan Hari Raya yang biasa kerana tiada hidangan lemang, ketupat dan rendang. AJK makanan telah menyediakan makanan lauk kampung, gulai nenas ikan masin, sambal sotong, sayur campur, ayam goreng berempah, nasi putih, buah2an dan air oren. Manakala menu makan tengahari pula Cik Odah dan Cik Wok telah menyediakan sup tulang, dalca daging, sambal tempoyak, ikan masin jeruk dan ulam-ulaman. Setelah kami penat bersukan, kami telah dihidangkan dengan minum petang bubur kacang durian dan kuih bingka suji menjadi hidangan kami dengan teh O panas... Boleh dikatakan makan memang cukup kenyang dan sempurna pada hari itu. Kebanyakan kami yang memang tidak cerewet tentang makan... apa lagi betul-betul makan.... naknya sup tulang tu memang powerla.....

Majlis kali ini agak lewat memandangkan penyertaan karaoke yang mendapat sambutan ramai. Majlis penyampaian anugerah dan hadiah agak lewat namun berjalan lancar. Walaubagaimana pun semua yang hadir berpuas hati dan gembira dengan hadiah yang diterima. Majlis bersurai pada jam 11.30 mlm setelah kami berkemas sedikit sebanyak. Bagi yang tidu tidur di rumah induk memanglah menjadi tugas mereka untuk menyudahkan mengemas esok pagi. Setelah bersalaman dan berpeluk-cium seperti biasa kami berundur diri....... diharap majlis akan berjumpa lagi di 2010 dengan majlis yang lebih meriah dan sempurna, Insaallah...............

3 comments:

  1. memng best sebab dada karaoke. Abang Mael boleh jadi main singer backup by all nieces and nephews. '
    Pada semua ahli keluarga Massupi " Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan batin di atas segala terlanjur perbuatan, terkasar bahasa dan terhutang budi, semoga kita berjumpa lagi pada tahun hadapa" Janagan marah kalau saya tak sampai rumah beraya yang penting kita dah berjumpa di "Family Day Massupi". Cherio!

    ReplyDelete
  2. malulah macam ni pic lelaki paling macho kene tayang jangan buat lagi tau BERDOSA

    ReplyDelete
  3. lawa betol mama helmi ni. lastly GO GO GO HOT MAMA kasi geger itu dunia. next year mesty mng tau.

    ReplyDelete