07 December 2010

Berehat di Hospital Putrajaya


Suriya Haji Kasim, yang sedang berbadan dua kini sedang mendapat rawatan dan istirehat di Hospital Putrajaya. Atas nasihat Doctor beliau kini ditempatkan di Wad 2A O&G sehingga kelahiran bayi pada tahun hadapan sekitar bulan February 2011. Menurut beliau kelahiran bayi akan dijalankan secara pembedahan kerana faktor 'placenta previa' stage 3 yang dialami oleh kandungannya. Kita doakan semuga Ibu dan bayi selamat sehingga tempoh yang ditetapkan untuk kelahiran. InsaAllah..... Kepada yang berkesempatan untuk menziarah, kehadiran kalian amat dialu-alukan oleh beliau yang sentiasa merindui, tapi harus diingatkan supaya elakkan dari lawak yang terlalu kerana ketawa yang terlalu akan memberikan tekanan kepada kandungan. Ini adalah melalui pengalaman kami (sunaina dan jamalia) yang tersilap membuatkan suriya banyak ketawa semasa kunjungan kami. Anyway we had a good day and we cheers up her day....!!! happy.. happy... hingga kami diingatkan waktu lawatan telah pun melebihi dari yang sepatutnya.

Rancangan lawatan anda, supaya Suriya sentiasa mendapat kunjungan dari sanak-saudara yang berada berhampiran dan willing to spent some times together. See you all there and dont forget the 'buah tangan' sebab mummy tu selalu jer lapar.... hahahahaha.... jangan marah ya Suriya...

Kelahiran Puteri pasangan Muhammad Talha dan Azlina...

Nurul Taqiyah Aleesya

Beberapa minggu sebelum kelahiran puteri mereka, pasangan Talha & Azlina bersama Nor sempat menghadiri Majlis Sahabat, di Dewan AIM Point, Banting.

Tanggal 2hb December 2010 (Khamis) lahirnya seorang puteri dari pasanagan Muhammad Talha dan Azlina. Bayi yang seberat 3.4kg akan telah diberi nama Nurul Taqiyah Aleesya, cantik nama itu...:) Semuga dengan kehadiran cahayamata ini akan menambahkan kecerian dan penyeri dalam rumahtangga mereka... InsaAllah. Kepada semua ahli Massupi, yang punya kelapangan mari kita 'Muyi' orang baru. Buat masa ini ibu baru dan bayinya berpantang dirumah mereka sebelum pulang ke kampung di Sikh, Kedah.

02 December 2010

Majlis perkahwinan Nazrin & Kureen

Pasangan pengantin disinggahsana persandingan


Majlis santapan beradap pengantin bersama keluarga dari Pahang

30hb Oktober 2010 merupakan hari bersejarah bagi pasangan Nazrin dan Kureen dimana pasangan telah diijabkabulkan dan disaksikan ramai ahli keluarga dan saudara-mara dikedua-dua belah pihak. Majlis menyambut menantu di Banting telah diadakan pada 6hb November 2010 bersamaan hari Sabtu di Dewan AIM, Sungai Emas, Banting. Pada malam Sabtu majlis berkhatam Al-Quran cucuda Helmi Arif Hanafi diperdengarkan dan diraikan di kediaman Hajjah Aliah dan Haji Basri di Taman Seri. Majlis berlangsung dengan gilang gemilang di saksikan oleh kariah Masjid Taman Seri dan kumpulan berzanji oleh ahli-ahli kaum ibu di Taman Seri.

Majlis persandingan di Dewan AIM berjalan seperti yang dirancang oleh pihak keluarga Hajjah Aliah dan Haji Basri. Walaupun ada beberapa kekurangan diantara pihak katering dan tuan rumah atas penyediaan makanan namun majlis berjalan sebagaimana yang dirancang. Bagi tetamu yang tidak mendapat layanan sempurna dan terkurang dari segi hidangan, kami mohon berbanyak-banyak kemaafan atas kekurangan yang berlaku. Bagi keluarga Massupi ini merupakan pengalaman pertama menggunakan khidmat Katering tersebut. Walau bagaimana jua ianya menjadi pengajaran dan pengalaman dalam mengurus dan mengendalikan majlis bagi kami. Doa kami semuga pasangan pengantin akan dikurniakan kesejahteraan dan keberkatan Allah didalam menhadapi kehidupan berumahtangga. Bermulanya sebuah perjalanan yang dipenuhi berbagai pengalaman hidup. Walau apapun setiap dugaan berumahtangga adalah lumrah kehidupan, bak kata pepatah "muafakat membawa berkat" maka jadikanlah ianya panduan dan amalan.... InsaAllah akan rukun dan damailah rumahtangga.