20 May 2009

Aqilah Binti Haji Kasim ke Kolej Teknologi Timur, Sepang


Anak ke 5 pasangan Haji Kasim dan Hajah Rezayah (Cik Wok), Siti Aqilah gadis mungil ini akan melanjutkan pelajarannya ke Kolej Teknologi Timur, Sepang, kolej yang berusahasama dengan University Teknology Malaysia (UITM). Aqilah yang menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2008 bersama-sama dengan sepupunya Siti Aisyah, dan anak-anak saudaranya Norman Ibrahim, Muhammad Shafiq dan Muhammad Azaharudin Shafiq telah mendapat pendidikan menengahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan, Teluk Datuk, Banting. Siti Aqilah yang meminati bidang Grafik ini telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang memang amat diminati iaitu Diploma Grafik Design, pengajian ini akan mengambil masa selama 3 tahun. Dan Insaallah pada tahun 2012 Siti Aqilah akan menamatkan pengajiannya dengan segulung Diploma yang bakal menjadi kebanggaan keluarganya dan Keluarga Massupi keseluruhannya.

Pendaftaran Aqilah adalah pada 26.06.2009 (Jumaat) di Kolej Teknologi Timur, Sepang ini akan merubah diari gadis ini kepada kehidupan seorang yang bergelar Mahasiswi. Semuga Aqilah akan berjaya kita doakan dan bakal mewarnai dunia Grafik tanah air dan membanggakan kita (Keluarga Massupi)..... Insaallah..... Amin

17 May 2009

Siti Aisyah ke UITM Sri Iskandar, Perak


Siti Aisyah puteri kepada pasangan Hj. Jamjuri dan Hajah Latipah telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke UITM Sri Iskandar, Perak. Aisyah yang telah ditawarkan untuk melanjutkan Pengajian di dalam bidang Diploma Sains Geografi yang akan melapurkan dirinya pada 26.05.2009 (Selasa). Kepada Siti Aisyah kita ucapakan Tahniah! diatas kejayaan sebagai bakal graduan dan kita doakan semuga Siti Aisyah akan berjaya didalam bidang yang dipilih and bakal menjadi Ahli Sains Geografi yang berjaya memandangkan bidang ini merupakan bidang yang mencabar!!!

Kita doakan Siti Aisyah akan menjadi yang pertama dalam keluarga Massupi mendapat Diploma Sains Geografi pada 2011.... Insaallah..... Kepada Aisyah kita mengharapkan supaya peluang yang diberi ini tidak dipersia-siakan dan buktikan kemampuan tubuh yang kecil itu bukan ukuran tapi sebaliknya azam itu sebenarnya yang akan membawa harapan menjadi kejayaan......

Shafiq Terima Tawaran Ke UPNM





Setelah melalui tempoh 8 hari temuduga di Kem Terendak Melaka pada 8.04.2009 -16.04.2009 yang begitu mencabar untuk sampai kehari terakhir yang mana dia dikehendaki mendapat point yang terbaik supaya tidak tersingkir selepas setiap ujian yang dihadapi, akhirnya Shafiq telah diterima untuk melanjutkan pelajaran ke University Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur. Keputusan yang keluar di Internet pada 3.5.2009 sebenarnya mengundang seribu kesyukuran kami sekeluarga atas perkenannya doa kami, Alhamdulillah..... Memandangkan dia telah ditawarkan sebagai Kadet Laut dan mendapat tajaan sepenuhnya dari Kementerian Pertahanan Malaysia, program akan bermula pada 16.05.2009 (Sabtu) yang mana bakal kadet dikehendaki melapurkan diri untuk Program Tunas Wira yang akan mengambil masa selama 6 minggu bertempat di Kem Sungai Besi. Sebenarnya ini adalah tawaran yang terbaik, dengan ini tawaran pengajian Matrikulasi ke Seberang Prai dan UITM ke Permatang Pauh (Chemical Engineering) diketepikan.....

Bermula dari saat temuduga sehingga mendaftar ke Tunas Wira, perjalanan program begitu lancar dan mengikuti masa yang tepat. Bagi kami yang sememangnya terbiasa dengan ketepatan dan penyusunan agenda yang begitu teratur (well organised), kami merasa sangat selesa sepanjang perjalanan proses ini sama ada semasa di Kem Terendak juga di Kem Sungai Besi. Tahun pertama merupakan tahun Matrik Shafiq di UPNM, seandainya dia berjaya pengajiannya akan terus ke peringkat Ijazah dengan penghususan Sains Asasi dan Teknologi Pertahanan. Shafiq akan menjadi perintis Massupi ke UPNM semuga adik-adik Massupi yang lain akan mengikuti jejak langkah Abang Shafiq atau lebih berjaya lagi dari Abang Shafiq. Kita doakan semuga pada 2014 Shafiq akan berjaya menggengam Ijazah Sains Teknologi Pertahanan dan gelaran Kapten Muhammad Azaharudin Shafiq bersamanya, Insaallah.... Keluarga Massupi akan bakal menceburi segala bidang yang sedia ada dan merebut peluang yang ada setanding dengan kemampuan anak-anak lain yang seangkatan mereka........


Penting: Sekiranya diketahuai anak2 atau cucu2 massupi yang telah, sedang dan akan melanjutkan atau sudah berjaya, sila berikan maklumat penting itu untuk dikongsi bersama ahli-ahli Massupi yang lain. Kerana mereka ini adalah kebanggaan kita....

03 May 2009

Gadis Taekwando dengan Pingat Gangsa MSSD


Hani Hazirah, gadis taekwando Massupi telah berjaya mendapat Pingat Gangsa di kejuaraan Taekwando Majlis Sukan-sukan Daerah Kuala Langat (MSSD) pada 2hb Mei 2009 bertempat di Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Rahimah (SAMTAR). Dia yang merupakan peserta Middle Lights telah menunjukan peningkatan yang baik menurut komen jurulatih Encik Ari dari Saujana Taekwando Centre (STC). Dia yang juga telah berjaya dalam ujian 'Gradding' pada 12.4.2009 di ILP, Jugra. Hani kini adalah pemegang tali pinggang Merah.

Sebenarnya kami sering menjadikan Cik Lina anak arwah Hj Khailani sebagai icon untuk dia maju dibidang Taekwando ini, memandangkan Cik Lina merupakan salah seorang jurulatih Taekwando di ATM Kem Terendak Melaka (dan pemegang tali pinggang Hitam). Mungkin Hani boleh mengikut jejak langkah Cik Lina satu hari nanti. Sebenarnya ada ramai lagi cucu-cucu Massupi yang menyerlah dibidang Sukan dan Kokurikulam, oleh yang demikian kami amat mengalu-alukan sekiranya dapat diberitahu akan perkembangan terkini untuk kami wartakan. Jadi oleh yang demikian dapat kita mengiktiraf kejayaan dan pencapaian mereka ini untuk dijadikan contoh kepada cucu-cucu yang lain. Kepada yang telah maklum diharapkan dimasa akan datang dapat memaklumkan kepada kami untuk kebaikan bersama......Selamat maju jaya, maju sukan untuk Negara...