30 June 2009

Majlis Penutup Tunas Wira & Pendaftaran Hala Siswa UPNM








27 June 2009 (Sabtu) merupakan upacara penutup majlis Tunas Wira, program yang mengambil masa selama 6 minggu bermula pada 16 May 2009 (Sabtu). Shafiq atau nama panggilan di rumah 'Abang' telah didedahkan kepada kehidupan ketenteraan, dari seorang awam Shafiq bersama 285 kadet-kadet telah diubah menjadi seorang anggota tentera yang penuh berdisiplin dan bersemangat kental. Program Harimau Jempol yang disertai semasa di Kem Kongkoi, Ulu Jempol, Negeri Sembilan selama 3 hari 2 malam telah mereka lalui seperti mana anggota-anggota tentera sebenar. Program ini telah mededahkan mereka meredah hutan-belantara yang sebenar tidak mengira waktu siang atau malam, membaca peta, makan makanan yang ada di hutan (spt monyet & ular menjadi hidangan) dan pelbagai lagi. Mendengar ucapan dari wakil UPNM (tak ingat pulak siapa namanya) berkenaan perjalanan program dan kejayaan semua Pegawai Kadet Batilion Lekiu 2009 ini, begitu mengusik benak ku. Sekiranya pihak UPNM begitu berbangga dengan kejayaan semua Kadet-kadet dengan program yang julung-julung kali diadakan ini, mengapa kami para ibubapa tidak merasakan kegembiraan itu? Betapa getirnya hari-hari yang telah mereka lalui untuk bergelar Pegawai Kadet ini.... Subhanallah... kami bersyukur dan berbangga dengan kemampuan Shafiq bersama teman kadetnya.

Kami telah disajikan dengan persembahan dari Batilion Lekiu ini, lakunan bagaimana anggota Tentera dalam menjalankan tugas mereka di sempadan dengan misi pengintipan, serangan dan kawalan musuh. Kami teruja dengan persembahan yang menarik dari kadet-kadet, mereka sememangnya harus menerima tepukkan yang gemuruh dari semua hadirin dan para ibubapa yang menyaksikan persembahan mereka itu. Dengan muka mereka yang berconteng-conteng kami tidak dapat mengenalpasti Shafiq ketika itu. Setelah selesai upacara, kami telah diminta untuk ke kawasan kolam renang dimana hidangan ringan telah disediakan, dan Pegawai Kadet diminta supaya tinggal dipadang untuk sessi gambar, biarpun sebenarnya kami lapar memandangkan meninggalkan rumah seawal subuh dan dikehendaki sampai sebelum jam 8.00 pagi namun kami tidak punya selera untuk makan atau minum selagi belum berjumpa dengan Shafiq. Bayangkan selama 6 minggu terpisah dari anak-anak, hampir semua Pegawai Kadet telah berlari mendapatkan ibubapa masing-masing, hampir 10 minit kami mencari Shafiq kami tidak dapat mengesannya sehingga dia menalipon ku memberitahu akan kedudukan dia. Kami terpana takala berjumpa Shafiq, dia ku lihat lebih kurus dan nampak semangkin matang! namun pertemuan itu sebenarnya begitu menggembirakan dan mengharukan kami sesungguhnya..... Pegawai kadet hanya diberikan masa semalam untuk bermalam bersama keluarga, tempoh masa yang begitu singkat sebenarnya turut menguji ketahanan dan kesabaran ibubapa secara tidak langsung, kerana beberapa barang keperluan yang diperlukan untuk mereka terpaksa dicari dan disediakan sebelum waktu melapur semula esok... sememangnya istilah 'Masa itu Emas' tiba-tiba menerpa dan mengimbas kebenarannya.
28.06.2009 (Ahad) Shafiq telah dikehendaki melapurkan diri sebelum jam 1600 hrs (4.00 ptg), maka dengan itu, majlis kenduri kesyukuran dan bacaan yasin dan tahlil untuk arwah mak dan bapa tidak dapat dihadiri. Biarpun terkilan dengan ketiadaannya namun hajat kami telah dapat dilaksanakan, dan terasa begitu lega sekali. Mudah-mudahan berkat dari doa para hadirin semua semuga Shafiq akan dapat melalui waktu pengajian dengan baik dan lancar sehingga tamat tempoh pengajiannya di UPNM dan bergelar geraduan. Insaallah.....

25 June 2009

Kenduri Arwah & Kesyukuran Keluarga Haminudin/Sunaina


Pada 28.06.2009 bersamaan dengan hari Ahad malam Isnin selepas solat Maghrib majlis bacaan Yasin dan Tahlil untuk Arwah Hj Salim dan Hjh Noriah serta semua arwah dan arwahamah saudara-saudara kita yang telah pulang kerahmatullah. Turut serta majlis kesyukuran di atas kejayaan anakda Muhammad Azaharudin Shafiq yang telah berjaya di dalam peperiksaan SPM pada tahun 2008 dan telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajarannya ke Peringkat Ijazah di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di Kem Sg Besi, Kuala Lumpur di dalam bidang Asasi Sains dan Teknologi Pertahanan selama 5 tahun dengan tajaan penuh dari Kementerian Pertahanan Malaysia. Majlis kesyukuran ini juga bersempena dengan pengesahan jawatan Juruteknik Kanan dan kepulangan Haminudin semula dari cawangan Klang ke Shah Alam yang mana beliau kini ditugaskan memantau tugas-tugas JKR di tapak pembinaan Politeknik Jugra, Kuala Langat.

Dengan itu semua warga Massupi adalah dijemput hadir untuk sama-sama mengimarahkan majlis Yasin Tahlil juga Kesyukuran tersebut, semuga dengan kehadiran semua ahli akan memperbanyakkan lagi kiriman doa kita kepada arwah-arwah yang telah pergi menemuai Penciptanya dan semuga anakda Muhammad Azaharudin Shafiq akan berjaya didalam pengajian beliau dengan cemerlang, Insaallah.....

01 June 2009

Ladies of Massupies will Meets @ Banting Bowling Square





























Pada 6hb June 2009 (Sabtu) bersempena dengan cuti Keputeraan Yang Dipertuan Agung, bertempat di Banting Bowling Square pada jam 5.00 ptg. Semua 'Ladies of Massupi' yang ingin turut serta dalam program 'Ladies Meet Ladies' boleh berhubung dengan Jamalia atau Suria. Bayaran yang dikenakan sebanyak RM30.00 ini adalah termasuk Bowling dan minum petang kita. Kita akan berjumpa di Mc Donald atau Mamak Corner kasi Teh Tarik!!, bergantung kepada persetujuan ramai nanti. Tujuan utama diadakan perjumpaan ini sebenarnya adalah untuk lebih merapatkan lagi hubungan silatulrahim diantara para wanita-wanita juga gadis-gadis di Massupi. Peluang ini akan digunakan untuk berkongsi dan bertukar pengalaman dan cerita-cerita yang boleh dijadikan iktibar juga panduan kita..... Semuga niat baik 'Ladies of Massupi' ini akan berjaya dan mencapai matlamat kami... Jumpa disana!!!

Perjumpaan yang dikirakan berjaya, dimana 6 ladies managed to meet petang itu, walaupun ada yang agak terlewat... tapi kami seronok berbowling. Kemudian kami telah ke McDonald untuk membasahkan tekak dan mengalas perut sambil berbincang tentang perancangan perjumpaan akan datang, yang mana Nor mencadangkan permainan paintball di Star Cruz dan bowling lagi sebelum bulan Ramadan nanti.... kepada yang tidak dapat bersama, bolehlah joint kami masa akan datang... dan ini adalah photo program Massupi Ladies Day......