19 April 2009

Aqiqah si kembar Usman dan Umar





01.05.2009 (Jumaat) - Pasangan subur kita (jangan marah yer dik!) Yasri dan Zana berhajat untuk mengadakan Majlis Aqiqah bayi kembar mereka, majlis akan diadakan di kediaman peninggalan arwah Cik Saiyah dan Cik Mat. Semua ahli Massupi adalah dijemput hadir untuk meraikan majlis hari ini nanti. Semua ahli Massupi sebenarnya dijemput seawal pagi Jumaat untuk sama-sama melapah 2 ekor kambing biri-biri yang akan menjadi hidangan malam itu, jadi kepada saudara2 Massupi datanglah seawal mungkin untuk 'Rewang'. Sebenarnya selepas kenduri pengantin Talha dan Ina baby kembar diserang demam panas dan telah dimasukkan ke Hospital Daerah Banting selama 1 minggu, sejak dari itu sikembar seiris ini ditukar namanya kepada Osman dan Umar. Untuk mengetahui lebih lanjut lagi kenapa sikembar Mohd Imran Najmi dan Mohd Iman Nazmi ini ditukar namanya? Nanti kita tanyakan kepada Ibu Zana ya... jumpa di sana !!!
Memang hebat kenduri Usman dan Umar.... mau taknya kambing 2 ekor tumbang! berpeluh-peluh dibuatnya depan periuk untuk menggulai kambing 2 ekor. Dengan khidmat dan warga kerja Massupi yang sememangnya sangat berkerjasama segalanya siap dimasak mengikut masa! Daging kambingnya lembut dan sedap :) kita tengoklah siapa pulak chef-chef yang bertugas memasaknya..... memang menjilat jari !!! Kalau tak caya tanya Suria dia makan berapa pinggan (jangan marah ya Suria)

2 comments:

  1. Wah... baby kembar dah tukar nama glamerr. Umar dan Usman. Sedap juga nama tu. Semoga Allah melindungimu anakkku. Love, W. Malia.

    ReplyDelete
  2. nama sahabat rasulullah kan tu?. Baguslah, insyaalah serasi mereka dengan nama baru.

    ReplyDelete