18 April 2009

Trip to Kota Kinabalu




Isnin yang lepas saya berada di Kota Kinabalu selama dua hari kerana urusan kerja. Ini adalah kali pertama saya ke Kota Kinabalu. Saya bertolak dari LCCT lebih kurang pukul 9.30a.m dan tiba di Kota Kinabalu lebih kurang 12.30 tengah hari. Setiba di sana cuaca seolah-olah menyambut kedatangan kami. Rombongan kerja kami terus ke hotel Promenade untuk check-in. Selepas check-in kami terus mengisi perut degan makan tengah hari di hotel. Selesai makan kami terus ke Banguan KWSP untuk urusan kerja sehingga lewat petang. Sampai di hotel kami bersiap untuk makan malam, mujur salah seorang rombongan kerja sudah familiar dengan Kota Kinabalu. Malam tu kami dihidangkan dengan makan malam yang enak dan paling mahal pernah aku nikmati.
Keesokan hari 8 pagi kami sudah perlu ke KWSP, tapi mata ni biasalah 6.00a.m dah terjaga rasanya awal sangat untuk breakfast. Kubuka jendela, masyaallah, dah terang macam 8.00a.m. Jam aku yang salah ke? tapi tak sorangpun rakan kerjaku menelefonku untuk breakfast. Lebih kurang 7.15a.m rakan kerjaku mengajakku untuk bersarapan. Setelah selesai berasrapan kami terus ke KWSP KK untuk menjalankan tugas kami. Kami selesai lebih kurang 11.10a.m. Sesampai di hotel, kami terus berkemas dan terus check-out lebih kurang 12.30a.m. Kami tinggal beg-beg kami di concierge dan terus menempah kenderaan untuk pulang pada lebih kurang 3.30a.m. Setelah selesai check-out, kami ke tempat makan yang sama seperti malam sebelumnya memandangkan jaraknya hanya berjalan kaki sahaja. Hari ini kami dihidangkan dengan seafood lagi, tapi dari jenis yang berlainan. memang puas betul kami makan seafood di KK. Dengan masa yang agak suntuk kami terus ke tempat untuk membeli udang. Not bad, saya dapat beli udang "flower prawn" sebesar-besar saucer plate sekilo RM48. Kalau kat Cold storage, 100gm harganya RM28 kalau beli 4 -5 ekot dah kena RM30 -RM40. Ini dapat lebih kurang 13 -15 ekor. Puaslah kiranya makan udang kat rumah.



2 comments:

  1. Wah2 sedap betul food u tu... ada tak bawa balik udang mentah untuk Shakira & Johan tu...

    ReplyDelete
  2. pasti ada. Ada kemungkinan kena pergi lagi.

    ReplyDelete