19 April 2009

Majlis Doa Selamat Hj Sujai & Hjh Saodah

26.4.2009 (Ahad) - Majlis doa selamat (perkahwinan Talha & Ina) dan cukur jambul baby baru Hjh Norain & Najif akan diadakan, semua ahli Massupi adalah dijemput hadir untuk meraikan majlis ini. Kenduri akan diadakan selepas solat isyak. Jadi jangan lupa untuk luangkan masa pada hari ahad nanti dan berkumpul di Batu Belah, Klang. Semuga dengan ini ikatan silatulrahim kita akan berkekalan. Jangan lupa hari itu nanti kita boleh makan 'Bubur som-som'.
Majlis kenduri yang memang meriah, tapi kesian Cik Odah & Paman sebab anak-anak buah ramai yang tak dapat rewang dari awal lagi, mujur Ros dan familynya datang awal. Bagi Sunaina, Mastura, Ana & Norabeah yang memangnya lewat, kami korbankan diri untuk menjadi pencuci pinggan mangkuk dan periuk belanga. Kami dibantu oleh Sakinah berlima memang cuci habis semua pinggan mangkuk yang ada...... Malah pasangan pengantin baru Talha dan Ina habis kami usik, usik-usik bawa bahagia kata orang tu..... biarpun kami basah namun kami memang berpuas hati...... kita tunggu gambar kemudian ya..

No comments:

Post a Comment