03 May 2009

Gadis Taekwando dengan Pingat Gangsa MSSD


Hani Hazirah, gadis taekwando Massupi telah berjaya mendapat Pingat Gangsa di kejuaraan Taekwando Majlis Sukan-sukan Daerah Kuala Langat (MSSD) pada 2hb Mei 2009 bertempat di Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Rahimah (SAMTAR). Dia yang merupakan peserta Middle Lights telah menunjukan peningkatan yang baik menurut komen jurulatih Encik Ari dari Saujana Taekwando Centre (STC). Dia yang juga telah berjaya dalam ujian 'Gradding' pada 12.4.2009 di ILP, Jugra. Hani kini adalah pemegang tali pinggang Merah.

Sebenarnya kami sering menjadikan Cik Lina anak arwah Hj Khailani sebagai icon untuk dia maju dibidang Taekwando ini, memandangkan Cik Lina merupakan salah seorang jurulatih Taekwando di ATM Kem Terendak Melaka (dan pemegang tali pinggang Hitam). Mungkin Hani boleh mengikut jejak langkah Cik Lina satu hari nanti. Sebenarnya ada ramai lagi cucu-cucu Massupi yang menyerlah dibidang Sukan dan Kokurikulam, oleh yang demikian kami amat mengalu-alukan sekiranya dapat diberitahu akan perkembangan terkini untuk kami wartakan. Jadi oleh yang demikian dapat kita mengiktiraf kejayaan dan pencapaian mereka ini untuk dijadikan contoh kepada cucu-cucu yang lain. Kepada yang telah maklum diharapkan dimasa akan datang dapat memaklumkan kepada kami untuk kebaikan bersama......Selamat maju jaya, maju sukan untuk Negara...

1 comment:

  1. Wah! hani sekarang dah jadi iron lady. Seram nak dekat la sbb takut kena flying kick.. huhuhu

    ReplyDelete