03 April 2009

Lagi Cucu Massupi Menyahut Panggilan PLKN

Tanggal 19.03.2009 bertempat di Stadium Jugra, Norman Ibrahim Berry putra kepada pasangan Norabeah dan Hanafi telah dipanggil untuk ke Temasya Rimber Templer Camp, Rawang. Berhimpun dan mendaftar di Stadium Jugra dan menaiki coach yang disediakan oleh pihak PLKN. Beliau merupakan pelatih bagi sessi 2 7/2009 dan akan menamatkan latihan pada 08.06.2009. Memandangkan terdapat 9 pusat PLKN ditutup, maka kebanyakkan kem agak padat dan pelatih agak kurang selesa. Kita lihat nanti perkembangan dari Norman.... Kita doakan semuga dia akan mendapat menafaat dari penglibatan ini. Selama 2 minggu di PLKN, Norman telah diserang demam panas dan telah dimasukkan ke Hospital Rawang selama 2 hari bersama beberapa pelatih2 yang lain. Mummy and Daddy telah melawat Norman setelah dia balik ke kem dengan juadah istimewa... maklumlah selera orang baik demam.... Nasi Ayam Special, Kek Kelapa (Wak Nena) dan Roti Canai (Nenek) menjadi bekalan dan santapan semasa lawatan hujung minggu.... sampai tak larat makan lah nampak gayanya mudah2an dia akan sihat sehingga 8.6.2009 nanti.

1 comment:

  1. Good luck Norman, semoga berjaya. Nampaknya ramai putra massupi yang menyahut cabaran negara.

    ReplyDelete