20 May 2009

Aqilah Binti Haji Kasim ke Kolej Teknologi Timur, Sepang


Anak ke 5 pasangan Haji Kasim dan Hajah Rezayah (Cik Wok), Siti Aqilah gadis mungil ini akan melanjutkan pelajarannya ke Kolej Teknologi Timur, Sepang, kolej yang berusahasama dengan University Teknology Malaysia (UITM). Aqilah yang menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2008 bersama-sama dengan sepupunya Siti Aisyah, dan anak-anak saudaranya Norman Ibrahim, Muhammad Shafiq dan Muhammad Azaharudin Shafiq telah mendapat pendidikan menengahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan, Teluk Datuk, Banting. Siti Aqilah yang meminati bidang Grafik ini telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang memang amat diminati iaitu Diploma Grafik Design, pengajian ini akan mengambil masa selama 3 tahun. Dan Insaallah pada tahun 2012 Siti Aqilah akan menamatkan pengajiannya dengan segulung Diploma yang bakal menjadi kebanggaan keluarganya dan Keluarga Massupi keseluruhannya.

Pendaftaran Aqilah adalah pada 26.06.2009 (Jumaat) di Kolej Teknologi Timur, Sepang ini akan merubah diari gadis ini kepada kehidupan seorang yang bergelar Mahasiswi. Semuga Aqilah akan berjaya kita doakan dan bakal mewarnai dunia Grafik tanah air dan membanggakan kita (Keluarga Massupi)..... Insaallah..... Amin

1 comment:

  1. harap-harap dia tidak mengecewakan kedua orang tua dan juga kakaknya. kami sebagai kaka mendoakan yang terbaik tetapi Aqila kena menentukan arah tuju hidupnya sendiri. Semoga dia berjaya mencorak kehidupannya di masa akan datang. Tiada orang lain yang boleh mencorak kehidupannya kecuali dirinya sendiri. Semoga dia mendapat iktibar dan teladan daripada orang-orang yang berjaya.

    ReplyDelete