29 March 2009

Tabung Warisan Anak Selangor


Tabung Warisan Anak Selangor atau singkatnya TAWAS, merupakan antara projek penting dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). TAWAS berserta logonya selamat dilancarkan secara resmi bersempena dengan Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Negeri Selangor pada 30 Ogos 2008. Sebagai usaha berterusan membawa manfaat TAWAS kepada rakyat Negeri Selangor, kempen penyebaran maklumat dan pendaftaran diadakan di setiap kawasan wakil rakyat di seluruh Selangor. Risalah dan borang pendaftaran TAWAS juga diedarkan di semua Jabatan/Agensi Negeri, termasuk semua Pejabat Daerah dan Tanah, dan semua Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor

1. Faedah Perlaksanaan: Kerajaan Negeri Selangor akan menghadiahkan tabung simpanan
sebanyak RM100.00 bagai setiap pendaftaran TAWAS yang berjaya. Pada usia 18 tahun,
anak-anak ini berpeluang menerima RM1,500.00 seorang hasil daripada pelaburan dalam
TAWAS.
2. Syarat permohonan : Permohonan adalah terbuka kepada 'Anak Selangor' yang bermaksud
rakyat D.Y.M.M Sultan Selangor yang memenuhi kriteria seperti berikut:
. Warganegara Malaysia DAN
. Lahir di Negeri Selangor atau di luar Negeri Selangor mulai 1 January 2008 DAN
. Sama ada : Ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor atau Ibu atau bapa lahir di
Kuala Lumpur sebelum 1 February 1974.
. Setiap pendaftaran hendaklah dibuat oleh bapa atau ibu atau penjaga dengan
menyertai salinan dokument sokongan seperti berikut:
1. Sijil kelahiran dan MyKid anak
2. Kad Pengenalan IbuBapa/Penjaga

Kepada yang layak jangan tunggu lagi, Telefon 03-5510 3498/3499 untuk sebarang keterangan lanjut. Jangan ketinggalan, maklumat ini saya perolehi dari kawan di pejabat yang baru memohon. Maaf sekiranya maklumat ini agak lewat disampaikan.

No comments:

Post a Comment