29 August 2010

Majlis iftar....

Anak-anak Janjori sedang berbincang berkenaan sumbangan yg akan diberikan untuk majlis walimatul urus Nazren.
Norman dengan Kek ulang tahun yang ke 19

Orang veteren Massupi ketika mesyuarat berlangsung....

Ahli Massupi yang sedang khusyuk mendengar perbincangan dari satu topik ke satu topik

Massupies sedang menikmati juadah iftar...

Seperti yang dirancang, majlis berbuka Massupi berjalan dengan baik dan lancar. Kehadiran dari semua ahli adalah amat menggalakkan dan membanggakan. Rumah pasangan Haji Basri dan Hajjah Aliah penuh dengan semua ahli, sanak saudara, anak buah dan anak cucu Massupi yang hadir. Hidangan yang disediakan dengan juadah yang dibawa oleh ahli cukup banyak dan begitu membuatkan keinginan untuk menikmati semua hidangan yang terhidang. Dikesempatan ini, tuan rumah, mengambil kesempatan menyambut ulang tahun cucudanya, Norman Ibrahim yang ke 19.

Selesai solat magrib acara mesyuarat dimulakan dengan perbincangan sambutan Hari Raya dan Hari Keluarga Massupi pada 18.09.2010 (Sabtu) dan diikuti dengan perbincangan majlis walimatul urus Nazrin pada 31.10.2010 di Pahang dan Majlis di Banting pada 5hb & 6hb November 2010. Segala yang perlu dibincangkan dan dibentangkan jelas dan dapat disampaikan dengan baik walaupun seperti biasa ahli Massupi ini memangnya kecoh-kecoh belaka namun, mereka inilah yang memberikan keceriaan dan kemeriahan ketika kami bermesyuarat. Teguran dan pujian seperti biasanya akan kami dengari ketika bermesyuarat..... namun hakikatnya Massupi adalah persatuan keluarga yang serba kekurangan dan menerima baik setiap teguran bagi mempertingkatkan kemajuan persatuan dan semua ahli.

Selain itu berita tentang keuzuran Hajah Ropeah menjadi topik perbualan Massupi pada malam itu dan ianya menarik perhatian semua ahli. Rancangan untuk menziarah beliau yang kini berada di Melaka menjadi agenda pada Hari Raya yang bakal menjelang, InsaAllah..... panggilan khas dibuat kepada Roslina, anakda beliau yang menjaga beliau kini. Perkembangan positif Hajjah Ropeah melegakan kesemua ahli Massupi dan ahli mendoakan semuga beliau sentiasa berada didalam sejahtera dengan lindungan Allah yang Maha Esa.... InsaAllah.....


l

24 August 2010

Jamuan berbuka puasa Massupi

Tanggal 28.8.2010 bersamaan hari Sabtu telah ditetapkan sebagai hari berbuka puasa Massupi di kediaman Hajjah Aliah dan Haji Basri di Taman Seri. Semua ahli Massupi dijemput hadir di majlis ini. Majlis ini juga bertujuan membincangkan rancangan walimatul urus Nazrin putera bongsu pasangan Hajjah Aliah dan Haji Basri pada bulan Oktober nanti.
Oleh yang demikian semua ahli Massupi jangan lupa untuk hadir bersama juadah berbuka supaya kita sama-sama dapat memeriahkan majlis berbuka sambil membincangkan majlis sambutan Hari Raya dan Hari Keluarga Massupi pada 18.9.2010 (Sabtu) nanti.
Menurut tuan rumah, menu istimewa sop tulang rusuk, ayam masak lemak cili padi dengan cekur, ikan bakar, sambal belacan dan ulam-ulaman akan disajikan. Kuah asam cicah ikan bakar dan pineapple cheese cake akan disumbangkan oleh sunaina, dan sambal belacan istimewa Cik Wok menjadi pembuka selera.... jumpa disana ya... pada yang berhajat membawa juadah... anda sangat-sangat dialu-alukan.

Makcik yang Gering...

Makcik ku yang sedang gering... semuga dia sihat dan sembuh..... amin...

Beliau merupakan menantu ke2 Massupi, Hajah Ropeah isteri kepada Haji Khailani yang kini tinggal bersama anak bongsu dan cucu-cucunya di rumah mereka di Kampung Sri Cheeding. Telah dikejarkan ke Hospital Daerah Banting pada hari Jumaat 20.08.2010 dan dimasukkan di wad 3 (Kenanga) kerana faktor kesihatannya yang kurang memuaskan. Aku mendapat maklumat dari Tulila, saudara duapupu yang tinggal berjiran dengan Cik Tiah tentang keadaannya. Takkala mendapat berita tersebut aku lantas ke hospital ke hospital dan memaklumkan kepada semua ahli Massupi tentang kegeringan Cik Tiah. Berada dihospital sedari jam 2.00ptg dan melihat keadaan beliau yang lemah......:( Dia ditiub dari hidung hingga ke perut dan telah diberikan ubat supaya beliau dapat berehat. Adik-adik sepupuku, Lilah, Ait dan Lina bergilir-gilir menjaga beliau pada setiap waktu. Melihat keadaannya aku terkenang akan arwah mak, Hajjah Noriah disaat-saat akhirnya. Terkejut aku bila dipertengahan sembang-sembang kami.... beliau terjaga dan bertanya "Siapa yang datang tu....?" aku lantas menghampiri tubuhnya dan mengusap lengannya dan menunjukkan muka ku dihadapannya dan tersenyum sambil memaklumkan bahawa "aku" yang datang untuk melawatnya. "Nena la cik..... cik rehat ya..." kataku padanya. Di kelopak matanya yang penuh bertakung air tumpah kesisi... dia mungkin sedih dengan keadaannya atau mungkin hiba dengan kehadiran ku di situ..... Inilah saat yang paling sukar ku rasa bila situasi ini menyelinap di sudut hati....... perasaan yang tidak dapat untuk dihuraikan...... sayu... hiba.... sedih..... kasih... sayang.... semuanya menjadi satu. Aku sememangnya agak rapat dengan makcik ku ini memandangkan jarak rumah kami yang tersangat hampir, dialah tempat arwah mak mengadu dan dialah juga yang banyak membantu kedua orang tua ku ketika arwah mak sering sakit-sakitan. Jasa Cik Tiah, sentiasa aku kenang dan tak akan ku lupa...... Tindakbalas segera dan baik dari ahli Massupi sangat membanggakan kerana dihari yang sama Paman Jai, Cik Odah, Talha dan isterinya, Mastura, Mak Uda dan Paman Jam, Paman Asim dan Cik Wok datang menziarah Cik Tiah. Keesokkan harinya Malia dan Adi, Nor, Cik Lil dan Cikgu Basri turut hadir menziarah Cik Tiah.....

Di hati kami yang hadir mendoakan semuaa dia akan sembuh atau seandainya telah tiba waktunya dia dijemput oleh Penciptanya..... kau ambillah dia dalam keadaan hamba-hamba mu yang soleha dan beriman. Dan kau permudahkanlah segala urusannya...... Amin....

Tapi apa yang sedikit menggembirakan apabila Doctor memaklumkan bahawa dia mempunyai 'fighting sprit' yang tinggi untuk melawan penyakitnya....Seandainya situasi kritikalnya dapat dilalui dia mungkin akan diizinkan pulang dengan pengawasan dan penjagaan yang baik. Pesan ku kepada sepupu ku "jagalah dia sebaik mungkin.... selagi kita terdaya dan termampu.... betapa bertuahnya kalian yang masih punya ibu..... dialah syurga kita..." semuga mereka menerima apa yang aku perkatakan demi kebaikan si Ibu juga si anak..... Aku yakin saudara sepupu ku akan memberikan penjagaan yang baik untuk Cik Tiah.....

Doa kami..... semuga Cik Tiah sembuh dengan baik..... InsaAllah....