24 August 2010

Makcik yang Gering...

Makcik ku yang sedang gering... semuga dia sihat dan sembuh..... amin...

Beliau merupakan menantu ke2 Massupi, Hajah Ropeah isteri kepada Haji Khailani yang kini tinggal bersama anak bongsu dan cucu-cucunya di rumah mereka di Kampung Sri Cheeding. Telah dikejarkan ke Hospital Daerah Banting pada hari Jumaat 20.08.2010 dan dimasukkan di wad 3 (Kenanga) kerana faktor kesihatannya yang kurang memuaskan. Aku mendapat maklumat dari Tulila, saudara duapupu yang tinggal berjiran dengan Cik Tiah tentang keadaannya. Takkala mendapat berita tersebut aku lantas ke hospital ke hospital dan memaklumkan kepada semua ahli Massupi tentang kegeringan Cik Tiah. Berada dihospital sedari jam 2.00ptg dan melihat keadaan beliau yang lemah......:( Dia ditiub dari hidung hingga ke perut dan telah diberikan ubat supaya beliau dapat berehat. Adik-adik sepupuku, Lilah, Ait dan Lina bergilir-gilir menjaga beliau pada setiap waktu. Melihat keadaannya aku terkenang akan arwah mak, Hajjah Noriah disaat-saat akhirnya. Terkejut aku bila dipertengahan sembang-sembang kami.... beliau terjaga dan bertanya "Siapa yang datang tu....?" aku lantas menghampiri tubuhnya dan mengusap lengannya dan menunjukkan muka ku dihadapannya dan tersenyum sambil memaklumkan bahawa "aku" yang datang untuk melawatnya. "Nena la cik..... cik rehat ya..." kataku padanya. Di kelopak matanya yang penuh bertakung air tumpah kesisi... dia mungkin sedih dengan keadaannya atau mungkin hiba dengan kehadiran ku di situ..... Inilah saat yang paling sukar ku rasa bila situasi ini menyelinap di sudut hati....... perasaan yang tidak dapat untuk dihuraikan...... sayu... hiba.... sedih..... kasih... sayang.... semuanya menjadi satu. Aku sememangnya agak rapat dengan makcik ku ini memandangkan jarak rumah kami yang tersangat hampir, dialah tempat arwah mak mengadu dan dialah juga yang banyak membantu kedua orang tua ku ketika arwah mak sering sakit-sakitan. Jasa Cik Tiah, sentiasa aku kenang dan tak akan ku lupa...... Tindakbalas segera dan baik dari ahli Massupi sangat membanggakan kerana dihari yang sama Paman Jai, Cik Odah, Talha dan isterinya, Mastura, Mak Uda dan Paman Jam, Paman Asim dan Cik Wok datang menziarah Cik Tiah. Keesokkan harinya Malia dan Adi, Nor, Cik Lil dan Cikgu Basri turut hadir menziarah Cik Tiah.....

Di hati kami yang hadir mendoakan semuaa dia akan sembuh atau seandainya telah tiba waktunya dia dijemput oleh Penciptanya..... kau ambillah dia dalam keadaan hamba-hamba mu yang soleha dan beriman. Dan kau permudahkanlah segala urusannya...... Amin....

Tapi apa yang sedikit menggembirakan apabila Doctor memaklumkan bahawa dia mempunyai 'fighting sprit' yang tinggi untuk melawan penyakitnya....Seandainya situasi kritikalnya dapat dilalui dia mungkin akan diizinkan pulang dengan pengawasan dan penjagaan yang baik. Pesan ku kepada sepupu ku "jagalah dia sebaik mungkin.... selagi kita terdaya dan termampu.... betapa bertuahnya kalian yang masih punya ibu..... dialah syurga kita..." semuga mereka menerima apa yang aku perkatakan demi kebaikan si Ibu juga si anak..... Aku yakin saudara sepupu ku akan memberikan penjagaan yang baik untuk Cik Tiah.....

Doa kami..... semuga Cik Tiah sembuh dengan baik..... InsaAllah....

1 comment:

  1. Lama sangat saya tak berjumpa Cik Tiah...betapa saya terasa jauh dari keluarga...

    ReplyDelete