19 July 2009

Pre Massupi Meeting - Sambutan Hari Keluarga Massupi


Seperti kebiasaannya, Keluarga besar Massupi akan berjumpa dan bermesyuarat untuk membincangkan sambutan Hari Keluarga Tahunan Massupi seperti tarikh, masa, jamuan, acara dan berbagai lagi sempena sambutan Hari Keluarga Massupi 2009. Untuk tujuan ini, setakat ini belum ada lagi tarikh yang telah ditetapkan untuk perjumpaan ini. Tuan Pengurusi dan Bendahari telah pun dimaklumkan dan kita masih tunggu dan bersedialah nanti bila agaknya tarikh ini. Kepada ahli-ahli Massupi yang rajin masuk ke dalam blog ini, harap maklum dan bersedia dengan idea-idea yang boleh kita ketengahkan untuk menjadikan Perjumpaan kita tahun 2009 ini lebih baik dan meriah dari tahun-tahun yang lalu. Sebagai Setiausaha Keluarga Massupi rasanya, ahli-ahli juga seharusnya boleh memikirkan calun-calun yang boleh diketengahkan untuk menggantikan calun-calun yang telah sekian lama memegang jawatan ini, atau sekiranya anda merasakan yang anda boleh menyumbang kepada Massupi anda adalah amat dialu-alukan, kerana kami sememangnya memerlukan wajah-wajah baru untuk memegang dan menyokong tampuk pimpinan sekarang.

No comments:

Post a Comment