08 August 2011

Majlis Berbuka Puasa 2011

Majlis berbuka puasa Massupi ditetapkan ketika majlis kenduri doa selamat dan arwah menyambut bulan puasa di rumah Hj Sujai/Hjh Saodah. Ianya merupakan kesinambungan kekurangan kehadiran ahli majlis untuk diadakan mesyuarat sambutan Hari Raya dan Keluarga 2011. Maka dengan itu Pn. Sunaina dengan berbesar hati mengundang supaya diadakan majlis jamuan berbuka puasa di kediaman beliau pada minggu pertama puasa iaitu 06.08.2011 bersamaan hari Sabtu. Semasa majlis gotong-royong membersih kubur, menu jamuan telah dibincangkan dan dipersetujui oleh ahli yang hadir. Nasi ayam dengan ayam kukus hainan dan ayam kukus amperor juga ayam goreng (menu ayam kukus hainan dan emperor adalah sumbangan Norabeah). Bermacam-macam, kuih-muih akan dibawa oleh ahli seperti kebiasaan. Walaubagaimana pun tuan rumah juga menyediakan pulut kuning bersama kari tetel, pulut dan serawa durian, juga kuih putri salad durian. Cik Wok telah pun sedari awal datang membantu, beliau juga turut menyumbang juadah bubur caca istimewa untuk hidangan berbuka yang dimasak bersama didapur Sunaina. Boleh dikatakan banyaknya makanan malam itu. Kami dijamu dengan Ayam tempayan (Abg Hadi), Kuih Kasui (Ros), Pulut urap (Mastura), Popia goreng (Suria), Satay bonet (Rohid), Buah tembikai (Yasri/Zana), Pengat pisang raja (Malia), karipap dan macam-macam lagi yang sudah pun tidak diingati lagi di sini..... maaf ya kalau juadah yang anda bawa tidak dapat saya nyatakan disini...:)

Program berbuka memangnya meriah dan selepas solat isyak, mesyuarat untuk majlis sambutan hari raya dan hari keluarga dijalankan.

Mesyuarat berjalan lancar, walaupun kami telah dikejutkan dengan kenyataan penarikkan diri Hj. Sujai dari jawatan Pengurusi. Tiada komen yang kedengaran, ahli menghormati hasrat beliau dan memahami. Walaubagaimanapun itu adalah pilihan beliau dan kami menghormati. Massupi akan diteruskan dan kami akan memilih Pengerusi baru pada majlis makan malam Hari Raya nanti. Mudah-mudahan calun yang terpilih akan dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik dan berwibawa. Massupi memerlukan banyak idea baru dan pembaharuan untuk menarik lebih ramai lagi minat ahli untuk menyertainya. Idea yang diberikan haruslah didengar dan diperhalusi, demi menghargai pandangan dan minat ahli untuk turut serta. Tidak ada salahnya kita membuat perubahan kerana ahli juga yang akan menjalankan dan menikmati segala yang dirancang. Sikap terbuka dan positive itu perlu untuk pembangunan dan kesejahteraan warga Massupi... InsaAllah.....

No comments:

Post a Comment