21 September 2010

Eid Mubarak Massupi 1431H









Generasi ke 2, merupakan cucu dan suami kepada cucu2 Massupi.... terima kasih kerana memberikan sokongan yang padu kepada Massupi....

sessi memberi 'angpau raya' oleh Suhaila, cucu Massupi yang sudah berumah tangga kepada adik2 sepupu and anak2 saudara yang kecil2....

upacara bermaaf-maafan.... terharu dan tersentuh hati ketika sessi ini, airmata tidak dapat ditahan ketika tangan dijabat dan kata dilafaz demi sebuah kemaafan.... keindahan ugama dan adat menjadi pegangan yang cukup kukuh and harus diteruskan demi menjaga keharmonian dan silatulrahim........

Generasi ke2, cucu dan cicit Massupi....

Menikmati hidangan makan malam.... Menu tahun ini, lontong, kuah lodeh, rendang kerang, lemak cilipadi telur itek, ayam goreng berempah, pecal, tapai pulut, pisang, dragon fruits, kopi O dan sirap

'Banner' "Selamat Datang Massupi dan Jamuan Hari Raya Massupi 2010/1431H di pintu masuk halaman kediaman Haji Kasim yang merupakan rumah induk Massupi

Majlis yang menjadi acara tahunan Massupi kembali pada tanggal 18.09.2010 hari Sabtu hingga ke malam Ahad. Majlis yang dipenuhi dengan upacara gotong royong memasak, sukaneka, penyampaian hadiah kemenangan, anugerah kecermelangan, cenderehati warga massupi, solat berjemaah maghrib dan isyak dan acara baru untuk tahun ini adalah upacara bermaaf-maafan yang dimulakan oleh warga tua dan diikuti oleh anak-anak dan seterusnya cucu-cucu mengikut turutan. Majlis kemuncak ialah jamuan makan malam yang disediakan oleh semua warga massupi yang telah menghadirkan diri bergotong-royong seawal malam sabtu. Segala pengorbanan mereka untuk bersama menjayakan majlis dan komitmen tinggi dari ahli amat-amat dihargai. Kepada yang tidak dapat bersama pada tahun ini, kami mengharapkan kehadiran kalian di tahun akan datang. "Buang yang keruh ambil yang jernih" yang berlalu biarkan dia berlalu yang mendatang kita lalui dengan lebih baik dari yang lepas.... segala kesilapan silam kita lupakan dan jadikan dia sebagai pengajaran. "Tidak ada bumi yang ditimpa hujan" begitu juga tiada manusia yang tidak malakukan kesilapan.

Dari pengamatan kehadiran agak mengecewakan, namun kemeriah tetap terlukis disetiap aktiviti dan mendapat sokongan padu dari ahli yang hadir. Kepada ahli-ahli yang berjaya menghadirkan diri, syabas!!! you are the best! you make it happen..... and love you soo much.... hahahahaha..... Idea-idea baru dan bernas untuk menjayakan majlis dan persatuan dimasa akan datang amat-amat dihargai. Kepada semua ahli diharapkan semuga berfikiran terbuka semasa kita membincangkan kelemahan-kelemahan persatuan kita demi untuk menbangunkan persatuan ini dan menarik lebih ramai minat ahli lama dan baru untuk terus bergiat sambil kita mengiratkan lagi silatulrahim.... sekiranya ada kekurangan marilah kita sama-sama memperbaiki dan teguran-teguran yang membina amat-amat kami hargai. Bertemu kembali di tahun 2011/1432H dengan semangat dan jiwa baru untuk sama-sama memertabatkan Massupi ke era yang lebih gemilang......InsaAllah...

No comments:

Post a Comment