07 February 2010

Arwahyarham Saayah dalam kenangan

Arwah Saayah bersama suami arwah Ahmad dan cucu-cucu mereka pada perjumpaan Massupi 2001

Arwahyarhamah Saayah Binti Haji Abdul Munir dilahirkan pada 7hb November 1935. Merupakan anak yang ke 3 pasangan Hajjah Supiah dan Haji Abdul Munir. Bernikah dengan Arwahyarham Maripin Bin Awalludin pada 15hb October 1962 dan mereka ini telah dikurniakan 4 orang cahayamata yang kesemuanya lelaki. Putera pertama mereka Mohd Yazid dan isterinya Samsiah mereka telah dikurniakan 6 orang cahayamata. Putera kedua Mohd Yasri dan isterinya kini Marjanah Mustar mereka juga telah dikurniakan 3 orang cahayamata (seorang perempuan dan kembar lelaki). Manakala hasil perkahwinan yang pertama Yasri telah dikurniakan 4 orang cahayamata (2 lelaki dan 2 perempuan). Putera ketiga Yasri dan isterinya Ella dikurniakan 3 orang cahayamata. Manakala putera bongsu Mohd Yasin dan isterinya Ana hanya dikurniakan seorang cahayamata lelaki.

Arwahyarhamah Saayah telah menemuai penciptanya pada 14hb Januari 2006 dalam usia beliau 70 tahun. Manakala Arwahyarham suaminya pula telah lebih dahulu dipanggil penciptannya pada 02hb Februari 2004 dalam usia 66 tahun. Merupakan pasangan yang romantis semasa hayat beliau, memandangkan arwah Cik Saayah menghidap penyakit 'Asthma' maka beliau agak berhati-hati didalam banyak perkara. Arwah merupakan insan yang dikenali sebagai wanita yang lembut dan mudah diajak berbincang. Mudah tersenyum dan ketawa juga begitu menyayangi keluarganya. Pasangan ini yang lama berkhidmat di Highland Estate Klang dan membesarkan anak-anaknya di Klang telah pulang ke Kanchung Darat, Banting selepas tamat perkhidmatannya di Highland Estate. Untuk mengisi masanya yang terluang Arwah dengan Haji Kasim bersepakat menjalankan perniagaan kedai makan secara kecil-kecilan didepan rumah. Arwah Saayah turut menyediakan hidangan nasi lemak untuk dijual setiap hari bagi menyokong suami dan adiknya diwarong. Masakan arwah turut menjadi kegemaran saudara-saudara dan anak-anak buah.

Arwahyarhamah merupakan seorang wanita yang tabah, dalam usia emasnya arwah sering berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan penyakitnya. Penyakit Asthma dan tulang punggungnya yang rosak menyebabkan dia sering ke hospital untuk mendapat rawatan. Namun beliau redha dengan segala dugaan Allah. Mengimbas kembali bagaimana beliau menanggung penyakit tulang punggungnya boleh dijadikan iktibar begitu kuatnya wanita yang bertubuh kecil dan comel ini menghadapinya. Hospital menjadi rumah keduanya, memandangkan jarak diantara rumah dan hospital yang berdekatan memudahkan beliau untuk mendapatkan rawatan segera. Arwahyarhamah yang telah hampir 4 tahun meninggalkan kita dan pemergian arwah masih dapat dirasai, saudara ku marilah kita sama-sama mendoakan semuga roh kedua-dua pasangan ini akan sentiasa dirahmati dan ditempatkan dikalangan hamba-hambanya yang soleh dan soleha serta diampun segala dosa-dosa mereka dan mereka ini ditempatkan ditempat orang-orang yang mulia disisi Allah. InsaAllah..... Amin......

No comments:

Post a Comment