21 September 2010

Ziarah Hajjah Rafeah di Melaka dan beraya di Seremban

Paman Asim membacakan doa untuk birthday Papa....

Masing2 sedang menjamu selera...

Sessi bergambar kaum adam...

Birthday Papa memotong kek ulang tahunnya...

Kaum hawa bergambar bersama.....

14.09.2010 hari raya ke 5 bersamaan hari Rabu, konvoi Massupi yang terdiri dari Haji Kassim dan keluarga, Sunaina dan keluarga, Rosyatimah dan keluarga, Norabeah dan keluarga, Mastura dan anaknya telah bersama-sama ke Masjid Tanah, Melaka. Konvoi berkumpul di rumah Haji Kassim pada jam 10.00pagi. Dan kami selamat sampai ke destinasi di kediaman Puan Roslina anak ke3 pasangan Arwah Haji Khailani dan Hajjah Rafeah pada jam 1.30 petang. Kegembiraan jelas terpancar di wajah Hajjah Rafeah menerima kedatangan kami ipar dan anak-anak saudaranya yang ramai. Beliau kelihatan bertambah sihat dan lebih terurus bersama anak perempuan dan cucu-cucu yang sentiasa menjaga dan memantau kesihatan beliau. Kami dijamu dengan hidangan makan tengahari berlaukkan asam pedas ikan mayong, rendang daging, tumisan tempe dan kacang panjang yang istimewa. Ribuan terima kasih kepada sepupu ku Lina atas layanan kepada kami semua semasa kami berada disana. Namun sayangnya tidak ada pula yang teringat untuk merakamkan moment-moment bersama mereka kerana leka dan teruja bersama Makcik dan tuan rumah....

Kami kemudiannya meninggalkan bumi Melaka dan sempat juga singgah di beberapa gerai didalam perjalanan ke Seremban untuk singgah berhari raya di rumah anak saudara Cik Wok di Taman Pinggiran Golf, Seremban. Yang menarik kehadiran kami hari itu jatuh pada hari ulang tahun Azhar, suami Laili. Dan dikesempaan itu kami sempat Haji Kassim membacakan doa kesyukuran dan kami doakan kesejahteraan dan keberkatan ke atas Encik Azhar dan keluarga.

29 August 2010

Majlis iftar....

Anak-anak Janjori sedang berbincang berkenaan sumbangan yg akan diberikan untuk majlis walimatul urus Nazren.
Norman dengan Kek ulang tahun yang ke 19

Orang veteren Massupi ketika mesyuarat berlangsung....

Ahli Massupi yang sedang khusyuk mendengar perbincangan dari satu topik ke satu topik

Massupies sedang menikmati juadah iftar...

Seperti yang dirancang, majlis berbuka Massupi berjalan dengan baik dan lancar. Kehadiran dari semua ahli adalah amat menggalakkan dan membanggakan. Rumah pasangan Haji Basri dan Hajjah Aliah penuh dengan semua ahli, sanak saudara, anak buah dan anak cucu Massupi yang hadir. Hidangan yang disediakan dengan juadah yang dibawa oleh ahli cukup banyak dan begitu membuatkan keinginan untuk menikmati semua hidangan yang terhidang. Dikesempatan ini, tuan rumah, mengambil kesempatan menyambut ulang tahun cucudanya, Norman Ibrahim yang ke 19.

Selesai solat magrib acara mesyuarat dimulakan dengan perbincangan sambutan Hari Raya dan Hari Keluarga Massupi pada 18.09.2010 (Sabtu) dan diikuti dengan perbincangan majlis walimatul urus Nazrin pada 31.10.2010 di Pahang dan Majlis di Banting pada 5hb & 6hb November 2010. Segala yang perlu dibincangkan dan dibentangkan jelas dan dapat disampaikan dengan baik walaupun seperti biasa ahli Massupi ini memangnya kecoh-kecoh belaka namun, mereka inilah yang memberikan keceriaan dan kemeriahan ketika kami bermesyuarat. Teguran dan pujian seperti biasanya akan kami dengari ketika bermesyuarat..... namun hakikatnya Massupi adalah persatuan keluarga yang serba kekurangan dan menerima baik setiap teguran bagi mempertingkatkan kemajuan persatuan dan semua ahli.

Selain itu berita tentang keuzuran Hajah Ropeah menjadi topik perbualan Massupi pada malam itu dan ianya menarik perhatian semua ahli. Rancangan untuk menziarah beliau yang kini berada di Melaka menjadi agenda pada Hari Raya yang bakal menjelang, InsaAllah..... panggilan khas dibuat kepada Roslina, anakda beliau yang menjaga beliau kini. Perkembangan positif Hajjah Ropeah melegakan kesemua ahli Massupi dan ahli mendoakan semuga beliau sentiasa berada didalam sejahtera dengan lindungan Allah yang Maha Esa.... InsaAllah.....


l

24 August 2010

Jamuan berbuka puasa Massupi

Tanggal 28.8.2010 bersamaan hari Sabtu telah ditetapkan sebagai hari berbuka puasa Massupi di kediaman Hajjah Aliah dan Haji Basri di Taman Seri. Semua ahli Massupi dijemput hadir di majlis ini. Majlis ini juga bertujuan membincangkan rancangan walimatul urus Nazrin putera bongsu pasangan Hajjah Aliah dan Haji Basri pada bulan Oktober nanti.
Oleh yang demikian semua ahli Massupi jangan lupa untuk hadir bersama juadah berbuka supaya kita sama-sama dapat memeriahkan majlis berbuka sambil membincangkan majlis sambutan Hari Raya dan Hari Keluarga Massupi pada 18.9.2010 (Sabtu) nanti.
Menurut tuan rumah, menu istimewa sop tulang rusuk, ayam masak lemak cili padi dengan cekur, ikan bakar, sambal belacan dan ulam-ulaman akan disajikan. Kuah asam cicah ikan bakar dan pineapple cheese cake akan disumbangkan oleh sunaina, dan sambal belacan istimewa Cik Wok menjadi pembuka selera.... jumpa disana ya... pada yang berhajat membawa juadah... anda sangat-sangat dialu-alukan.

Makcik yang Gering...

Makcik ku yang sedang gering... semuga dia sihat dan sembuh..... amin...

Beliau merupakan menantu ke2 Massupi, Hajah Ropeah isteri kepada Haji Khailani yang kini tinggal bersama anak bongsu dan cucu-cucunya di rumah mereka di Kampung Sri Cheeding. Telah dikejarkan ke Hospital Daerah Banting pada hari Jumaat 20.08.2010 dan dimasukkan di wad 3 (Kenanga) kerana faktor kesihatannya yang kurang memuaskan. Aku mendapat maklumat dari Tulila, saudara duapupu yang tinggal berjiran dengan Cik Tiah tentang keadaannya. Takkala mendapat berita tersebut aku lantas ke hospital ke hospital dan memaklumkan kepada semua ahli Massupi tentang kegeringan Cik Tiah. Berada dihospital sedari jam 2.00ptg dan melihat keadaan beliau yang lemah......:( Dia ditiub dari hidung hingga ke perut dan telah diberikan ubat supaya beliau dapat berehat. Adik-adik sepupuku, Lilah, Ait dan Lina bergilir-gilir menjaga beliau pada setiap waktu. Melihat keadaannya aku terkenang akan arwah mak, Hajjah Noriah disaat-saat akhirnya. Terkejut aku bila dipertengahan sembang-sembang kami.... beliau terjaga dan bertanya "Siapa yang datang tu....?" aku lantas menghampiri tubuhnya dan mengusap lengannya dan menunjukkan muka ku dihadapannya dan tersenyum sambil memaklumkan bahawa "aku" yang datang untuk melawatnya. "Nena la cik..... cik rehat ya..." kataku padanya. Di kelopak matanya yang penuh bertakung air tumpah kesisi... dia mungkin sedih dengan keadaannya atau mungkin hiba dengan kehadiran ku di situ..... Inilah saat yang paling sukar ku rasa bila situasi ini menyelinap di sudut hati....... perasaan yang tidak dapat untuk dihuraikan...... sayu... hiba.... sedih..... kasih... sayang.... semuanya menjadi satu. Aku sememangnya agak rapat dengan makcik ku ini memandangkan jarak rumah kami yang tersangat hampir, dialah tempat arwah mak mengadu dan dialah juga yang banyak membantu kedua orang tua ku ketika arwah mak sering sakit-sakitan. Jasa Cik Tiah, sentiasa aku kenang dan tak akan ku lupa...... Tindakbalas segera dan baik dari ahli Massupi sangat membanggakan kerana dihari yang sama Paman Jai, Cik Odah, Talha dan isterinya, Mastura, Mak Uda dan Paman Jam, Paman Asim dan Cik Wok datang menziarah Cik Tiah. Keesokkan harinya Malia dan Adi, Nor, Cik Lil dan Cikgu Basri turut hadir menziarah Cik Tiah.....

Di hati kami yang hadir mendoakan semuaa dia akan sembuh atau seandainya telah tiba waktunya dia dijemput oleh Penciptanya..... kau ambillah dia dalam keadaan hamba-hamba mu yang soleha dan beriman. Dan kau permudahkanlah segala urusannya...... Amin....

Tapi apa yang sedikit menggembirakan apabila Doctor memaklumkan bahawa dia mempunyai 'fighting sprit' yang tinggi untuk melawan penyakitnya....Seandainya situasi kritikalnya dapat dilalui dia mungkin akan diizinkan pulang dengan pengawasan dan penjagaan yang baik. Pesan ku kepada sepupu ku "jagalah dia sebaik mungkin.... selagi kita terdaya dan termampu.... betapa bertuahnya kalian yang masih punya ibu..... dialah syurga kita..." semuga mereka menerima apa yang aku perkatakan demi kebaikan si Ibu juga si anak..... Aku yakin saudara sepupu ku akan memberikan penjagaan yang baik untuk Cik Tiah.....

Doa kami..... semuga Cik Tiah sembuh dengan baik..... InsaAllah....

31 July 2010

Perjumpaan

Tanggal 24.07.2010 majlis tahlil/yasin dan kenduri arwah sempena menyambut Ramadhan diadakan dikediaman Paman Jai dan Cik Odah. Dikesempatan itu kami gunakan untuk bermesyuarat sempena sambutan Jamuan Hari Raya Massupi 2010. Kehadiran seawal pagi sungguh menggalakkan dari warga Massupi sendiri. Berbangga dan seronok aku rasa, kerana akulah yang mencadangkan dan memaklumkan kepada mereka-mereka ini...... :) Rasanya tuan rumah juga teruja dengan kehadiran sanak-saudara yang ramai dan meriah dimajlis mereka. Segala yang dirancang berjalan dengan baik, dari proses masak-memasak, mesyuarat dan kenduri itu sendiri. Riuh rumah Paman dan Cik Odah, almaklumlah dengan kami anak-anak saudara yang semuanya kecoh-kecoh belaka. Walaupun kami kecoh namun segala tugasan selesai dari A hingga Z. Satu kebanggaan kami yang sedia maklum dengan tanggungjawab masing-masing. Bagi yang tidak dapat menghadirkan diri seawal mungkin, mereka ini akan pulang lewat selepas tugasan mencuci dan membersih selesai. Well done my dear cousins..... you all are very good! Usik-mengusik sememangnya sudah menjadi perkara biasa bagi kami, kalau tak mengusik memang tidak lengkap pertemuan kami. Berbagai cerita yang keluar dan mengimbau kisah silam juga ada..... terbahak-bahak lah kami ketawa dengan segala peristiwa dan cerita lama...... macam-macam cerita yang keluar, kalau nak diceritakan memang tak cukup mukasurat nanti, tapi boleh juga la aku ceritakan sedikit di sini...... kisah Rohid disodok angsa waktu dia kecil ketika dia membuang air... ops! air apa? tak boleh nak cerita kat sini la.... , kisah Nor tinggalkan Norain di bas stand Banting..... kerana nak pergi dating! Kisah aku dan Nor yang kesekolah naik lori tanah dengan skirt! hahahahah..... memang banyak ceritanya tak boleh nak kata..... kami ketawa mengekek-ngekek dibilik belakang, sampai kena warning dengan Amy. Mana taknya, orang bertahlil kami ketawa pulak! Aku sebenarnya penat mengingatkan adik-adik sepupu ku, tapi suara Norain dan Ros memang lantang dan sukar dikawal. Aku ni yang tertua menjadi tenungan tetamu diluar.... aduhhai!
Dari keputusan mesyuarat telah pun dimaklumkan bahawa perjumpaan Jamuan Hari Raya pada 18.8.2010 bersamaan hari Sabtu. Dan pada 28.8.2010 jamuan berbuka puasa dikediaman Cik Lil di Taman Seri, Teluk Datuk telah ditetapkan. So... jangan lupa jumpa disana dan kita akan sambung semula cerita kita nanti. Semuga perjumpaan kita akan lebih mengiratkan lagi hubungan silatulrahim.... InsaAllah.

03 July 2010

ladies meet @ sayang manis...

3hb July 2010, massupi ladies meet at sayang manis @5.0pm...... for a high tea..:) Majlis disertai oleh sebilangan kecil kaum hawa sahaja. Ianya hanya sekadar program ligh n easy and updating para ladies. Disamping membincangkan program yang akan diadakan bersempena dengan Hari Raya yang akan datang.

22 June 2010

Kepulangan.... Alfatiha...

Tanggal 14hb July 2010, pulangnya arwah Abdul Rahim Bin Sidik ke rahmatullah (bapa mertua Mastura). Arwahyarham yang telah koma selama 2 minggu meninggal dunia di Hospital Daerah Banting dalam usia 96 tahun. Alfatihah kepada arwah dan keluarga, semuga roh arwah ditempatkan di sisi hamba-hamba yang soleh.... InsaAllah.....

Demi kerana itu, ramailah ahli Massupi yang turut memberikan penghormatan terakhir dan sama-sama menjayakan bacaan Yasin dan Tahlil sehingga hari ke 2. Dikesempatan itu dapatlah kami semula mengiratkan silatulrahim setelah sekian lama tidak bertemu.