31 July 2010

Perjumpaan

Tanggal 24.07.2010 majlis tahlil/yasin dan kenduri arwah sempena menyambut Ramadhan diadakan dikediaman Paman Jai dan Cik Odah. Dikesempatan itu kami gunakan untuk bermesyuarat sempena sambutan Jamuan Hari Raya Massupi 2010. Kehadiran seawal pagi sungguh menggalakkan dari warga Massupi sendiri. Berbangga dan seronok aku rasa, kerana akulah yang mencadangkan dan memaklumkan kepada mereka-mereka ini...... :) Rasanya tuan rumah juga teruja dengan kehadiran sanak-saudara yang ramai dan meriah dimajlis mereka. Segala yang dirancang berjalan dengan baik, dari proses masak-memasak, mesyuarat dan kenduri itu sendiri. Riuh rumah Paman dan Cik Odah, almaklumlah dengan kami anak-anak saudara yang semuanya kecoh-kecoh belaka. Walaupun kami kecoh namun segala tugasan selesai dari A hingga Z. Satu kebanggaan kami yang sedia maklum dengan tanggungjawab masing-masing. Bagi yang tidak dapat menghadirkan diri seawal mungkin, mereka ini akan pulang lewat selepas tugasan mencuci dan membersih selesai. Well done my dear cousins..... you all are very good! Usik-mengusik sememangnya sudah menjadi perkara biasa bagi kami, kalau tak mengusik memang tidak lengkap pertemuan kami. Berbagai cerita yang keluar dan mengimbau kisah silam juga ada..... terbahak-bahak lah kami ketawa dengan segala peristiwa dan cerita lama...... macam-macam cerita yang keluar, kalau nak diceritakan memang tak cukup mukasurat nanti, tapi boleh juga la aku ceritakan sedikit di sini...... kisah Rohid disodok angsa waktu dia kecil ketika dia membuang air... ops! air apa? tak boleh nak cerita kat sini la.... , kisah Nor tinggalkan Norain di bas stand Banting..... kerana nak pergi dating! Kisah aku dan Nor yang kesekolah naik lori tanah dengan skirt! hahahahah..... memang banyak ceritanya tak boleh nak kata..... kami ketawa mengekek-ngekek dibilik belakang, sampai kena warning dengan Amy. Mana taknya, orang bertahlil kami ketawa pulak! Aku sebenarnya penat mengingatkan adik-adik sepupu ku, tapi suara Norain dan Ros memang lantang dan sukar dikawal. Aku ni yang tertua menjadi tenungan tetamu diluar.... aduhhai!
Dari keputusan mesyuarat telah pun dimaklumkan bahawa perjumpaan Jamuan Hari Raya pada 18.8.2010 bersamaan hari Sabtu. Dan pada 28.8.2010 jamuan berbuka puasa dikediaman Cik Lil di Taman Seri, Teluk Datuk telah ditetapkan. So... jangan lupa jumpa disana dan kita akan sambung semula cerita kita nanti. Semuga perjumpaan kita akan lebih mengiratkan lagi hubungan silatulrahim.... InsaAllah.

03 July 2010

ladies meet @ sayang manis...

3hb July 2010, massupi ladies meet at sayang manis @5.0pm...... for a high tea..:) Majlis disertai oleh sebilangan kecil kaum hawa sahaja. Ianya hanya sekadar program ligh n easy and updating para ladies. Disamping membincangkan program yang akan diadakan bersempena dengan Hari Raya yang akan datang.

22 June 2010

Kepulangan.... Alfatiha...

Tanggal 14hb July 2010, pulangnya arwah Abdul Rahim Bin Sidik ke rahmatullah (bapa mertua Mastura). Arwahyarham yang telah koma selama 2 minggu meninggal dunia di Hospital Daerah Banting dalam usia 96 tahun. Alfatihah kepada arwah dan keluarga, semuga roh arwah ditempatkan di sisi hamba-hamba yang soleh.... InsaAllah.....

Demi kerana itu, ramailah ahli Massupi yang turut memberikan penghormatan terakhir dan sama-sama menjayakan bacaan Yasin dan Tahlil sehingga hari ke 2. Dikesempatan itu dapatlah kami semula mengiratkan silatulrahim setelah sekian lama tidak bertemu.

22 March 2010

Haji Sujai Bin Haji Abdul Munir @ Masdol

Kumpulan sandiwara yang disertainya.....

Kumpulan musiknya.....

Gambar hari bahagia dan zaman bujang beliau....

Haji Sujai bersama isteri, anak-anak dan cucu pada perjumpaan Massupi 2001

Putera ke 5 dari 9 orang adik beradik. Dilahirkan pada 14.06.1936 di Kanchung Darat, Banting. Mendapat pendidikan di Methodist English School, Teluk Datuk dan meneruskan pengajian tingginya di Technical Trade School, Kuala Lumpur. Setelah tamat pengajian beliau telah berkhidmat sebagai Juruteknik di PKNS (Perbadanan Kerajaan Negeri Selangor) bermula pada tahun 1969 sehingga 1991.

Telah mendirikan rumahtangga pada usia 31 tahun dengan pasangannya Saodah Binti Haji Tahir. Pasangan ini telah dikurniakan 4 orang cahaya mata (3 putera dan seorang puteri). Anak sulung pasangan ini, Mohd Khalid berusia 39 tahun, Mohd Talha 38 tahun, Mohd Suhaimi 36 tahun dan Norain berusia 30 tahun. Dari 4 orang cahayamata Haji Sujai telah dikurniakan 5 orang cucu perempuan dan seorang cucu lelaki.

Haji Sujai merupakan anak yang gigih sedari zaman persekolahannya, beliau yang pernah berjalan kaki semata-mata untuk kesekolah sambil menjual kuih semata-mata untuk membantu ibunya dan meringankan bebanan orang tua. Perjalanan dari rumah Kanchung ke Teluk Datuk merupakan jarak yang agak jauh diwaktu itu dengan keadaan infrastructur yang masih belum membangun. Ini merupakan kenangan terindah yang dapat diimbas kembali kini dan menjadi kebanggaan beliau untuk diceritakan kepada anak dan cucunya.

Ketika usia beliau 18 tahun, Haji Sujai telah bergiat didalam bidang kesenian dan kebudayaan di Daerah Kuala Langat. Selain bermain musik beliau juga berminat dengan bidang pementasan dan pernah menjadi Pengarah sandiwara dizamannya.

Pada tahun 2000 Haji Sujai dengan ditemani oleh isteri dan anak perempuannya Norain dan adiknya Haji Kasim dan isteri telah berangkat ke tanah suci untuk menunaikan rukun islam yang ke 5. Beliau yang menetap di Lorong Haji Sirat, Kelang (Batu Belah) menjalani routin seorang warga emas yang telah bersara dari jawatan dengan berkebun dan membuat kerja-kerja sambilan untuk menafaatkan masa yang terluang sambil kerja-kerja amal di kampung.

Kenduri Kesyukuran di Rumah Najif & Norain

Suhaila dan Rohana bersembang2.. selepas makan

Sakinah dan Cik Wok.....

Norain bersama puteri bongsu, sibirthday girl... Atlia

Tuan rumah baru sempat menjamu selera., setelah tetamu semua pulang....

Warga Massupi yang hadir....

21.03.2010 pasangan Najif dan Norain telah mengadakan kenduri kesyukuran dan arwah. Dengan itu sudah semestinya warga Massupi dijemput hadir. Tetamu yang datang silih berganti seawal jam 12.00 tengahari hingga ke petang dimana majlis doa selamat diadakan selepas solar Asar. Majlis ulang tahum Atlia, putri bongsu pasangan ini yang pertama. Tarikh lahir Atlia sebenarnya jatuh pada 17.03.2010, ianya disekalikan dengan majlis doa selamat dan arwah pada petang Ahad.

Aku juga beberapa warga Massupi yang hadir agak kecewa dengan kehadiran yang sedikit dari ahli-ahli Massupi. Dimanakah sebenarnya kalian?? Nak kata dijemput sudah pun dijemput dan dimaklumkan... kesibukan dan agenda keluarga mungkin menjadi penghalang... namun ianya bukanlah alasan yang kukuh untuk mengiratkan hubungan silatulrahim yang sekian lama terjalin dan seakan menjauh kini.... kepada warga Massupi yang melayari blog ini, diharap dapatlah kita sama-sama menanganinya sebelum yang retak menjadi belah kerana haluan dan diri sendiri......

11 February 2010

Rindu..........

Rindu sungguh hati ini untuk berjumpa dengan semua warga Massupi....... rasanya bukan aku seorang saja yang merasakan kerinduan ini, malah hampir ramai yang berperasaan begitu aku pasti. Berani aku katakan begitu sebab yang aku ingat Paman Jai dan Cik Odah 2 kali call hanya semata-mata bertanyakan kalau Massupi ada apa-apa program untuk Raya Haji and kalau ada siapa-siapa ahli Massupi yang akan buat kenduri or apa-apa perjumpaan. Anak bongsu ku sendiri, Dania baru-baru ni bertanya bila lagi Hari Raya? bila ditanya kenapa tanya Hari Raya... katanya "bestlah nanti ada macam-macam bila hari keluarga Massupi, boleh main dengan Pia, Paman Ami, Shakira, Shafiqah..... dapat hadiah...... macam2 lagi lah..." terkejut ?????? juga aku..... sedangkan budak yang baru 8 tahun pun sudah tau merasakan hubungan kekeluargaan yang rasanya agak menjauh ini kan pulak kita yang dah dewasa atau tua ini? Adik-adik sepupu ku (Nor, Malia, Ela dan Suria) pun tak putus harap untuk organised 2nd time Ladies Days kami. Rasanya macam perlu begitu untuk berjumpa, kalau tak dapat nak kumpul semua ahli Massupi dapat kumpul yang kita-kita ni dulupun jadilah.... just to get closer and to keep in-touch amongst us and refresh jer and bikin gilaaaaaaa.... hahahahaha...
Ok la be serious sikit la ya... sebenarnya setiap kali berjumpa kami sememangnya akan banyak bertukar-tukar informasi yang ada... tapi bukan lah memburuk-burukkan sesiapa, perkara buruk memang tak ada kami amalkan malah setiap keburukkan diantara ahli akan ditegur dengan baik. Kalau ada yang bermasaalah pun biasanya akan cuba dibantu dengan mendengar dan memberikan pandangan yang bernas dan iklas tanpa memihak dimana-mana, lebih tepat lagi kami biasanya akan telus dan mulus seperti mana yang dikira wajar.
Tetapi sesungguhnya kesibukkan dengan kehidupan harian sememangnya tidak dapat untuk dinafikan. Malah tanggungjawab kepada keluarga, suami, anak-anak juga tidak boleh diabaikan hanya untuk bersama amongst us the ladies. Maka dengan itulah terjadinya penangguhan-penangguhan yang berpanjangan. Mudah-mudahan niat baik kami akan terlaksana juga nanti dan rindu akan terlerai jua, InsaAllah.......

07 February 2010

Arwahyarham Saayah dalam kenangan

Arwah Saayah bersama suami arwah Ahmad dan cucu-cucu mereka pada perjumpaan Massupi 2001

Arwahyarhamah Saayah Binti Haji Abdul Munir dilahirkan pada 7hb November 1935. Merupakan anak yang ke 3 pasangan Hajjah Supiah dan Haji Abdul Munir. Bernikah dengan Arwahyarham Maripin Bin Awalludin pada 15hb October 1962 dan mereka ini telah dikurniakan 4 orang cahayamata yang kesemuanya lelaki. Putera pertama mereka Mohd Yazid dan isterinya Samsiah mereka telah dikurniakan 6 orang cahayamata. Putera kedua Mohd Yasri dan isterinya kini Marjanah Mustar mereka juga telah dikurniakan 3 orang cahayamata (seorang perempuan dan kembar lelaki). Manakala hasil perkahwinan yang pertama Yasri telah dikurniakan 4 orang cahayamata (2 lelaki dan 2 perempuan). Putera ketiga Yasri dan isterinya Ella dikurniakan 3 orang cahayamata. Manakala putera bongsu Mohd Yasin dan isterinya Ana hanya dikurniakan seorang cahayamata lelaki.

Arwahyarhamah Saayah telah menemuai penciptanya pada 14hb Januari 2006 dalam usia beliau 70 tahun. Manakala Arwahyarham suaminya pula telah lebih dahulu dipanggil penciptannya pada 02hb Februari 2004 dalam usia 66 tahun. Merupakan pasangan yang romantis semasa hayat beliau, memandangkan arwah Cik Saayah menghidap penyakit 'Asthma' maka beliau agak berhati-hati didalam banyak perkara. Arwah merupakan insan yang dikenali sebagai wanita yang lembut dan mudah diajak berbincang. Mudah tersenyum dan ketawa juga begitu menyayangi keluarganya. Pasangan ini yang lama berkhidmat di Highland Estate Klang dan membesarkan anak-anaknya di Klang telah pulang ke Kanchung Darat, Banting selepas tamat perkhidmatannya di Highland Estate. Untuk mengisi masanya yang terluang Arwah dengan Haji Kasim bersepakat menjalankan perniagaan kedai makan secara kecil-kecilan didepan rumah. Arwah Saayah turut menyediakan hidangan nasi lemak untuk dijual setiap hari bagi menyokong suami dan adiknya diwarong. Masakan arwah turut menjadi kegemaran saudara-saudara dan anak-anak buah.

Arwahyarhamah merupakan seorang wanita yang tabah, dalam usia emasnya arwah sering berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan penyakitnya. Penyakit Asthma dan tulang punggungnya yang rosak menyebabkan dia sering ke hospital untuk mendapat rawatan. Namun beliau redha dengan segala dugaan Allah. Mengimbas kembali bagaimana beliau menanggung penyakit tulang punggungnya boleh dijadikan iktibar begitu kuatnya wanita yang bertubuh kecil dan comel ini menghadapinya. Hospital menjadi rumah keduanya, memandangkan jarak diantara rumah dan hospital yang berdekatan memudahkan beliau untuk mendapatkan rawatan segera. Arwahyarhamah yang telah hampir 4 tahun meninggalkan kita dan pemergian arwah masih dapat dirasai, saudara ku marilah kita sama-sama mendoakan semuga roh kedua-dua pasangan ini akan sentiasa dirahmati dan ditempatkan dikalangan hamba-hambanya yang soleh dan soleha serta diampun segala dosa-dosa mereka dan mereka ini ditempatkan ditempat orang-orang yang mulia disisi Allah. InsaAllah..... Amin......