24 March 2009

Arwah Hajah Noriah


Alfatiha...

Alarm hp aku berbunyi, bila ku lihat.... hati aku betul2 sayu... hari ni (25.03.2009) rupa2nya hari ulang tahun Arwah Mak yang ke 82! Sememangnya dalam hp ku sudah aku programkan untuk mengingati tarikh-tarikh penting dan istemewa... termasuk tarikh lahir orang tua ku. Sungguh agung kebesaran Tuhan yang maha esa, kerana malam tadi aku ditemukan dengan arwah dalam tidur ku..... dalam pakaian yang serba putih dan dalam suasana yang sungguh dingin aku dipertemukan dengan insan kesayangan ku ini.... aku sebenarnya menggigil sejuk dan takut berhadapan dengan mak ketika itu, pelik betul kerana dalam mimpi ku itu, setelah aku berwuduk baru aku bisa berhadapan dan berkata-kata dengannya.... Dia memohon supaya aku menyampaikan hajatnya supaya bersedekah dan menyampaikan hajatnya bagi pihaknya.... bila terjaga dari mimpi aku terus melihat jam didinding tepat 4.30 pagi aku langsung tidak dapat melelapkan mata, kedingan itu masih ku rasai .... aku cari dia biar aku tahu aku bermimpi tapi lidah ku terus saja membaca Alfatiha untuk mak..... Wajah itu ku rindu, aku bertemu hanya keketika cuma, tapi sungguh mengesankan. Insaallah aku sebolehnya tidak pernah lupa untuk bersedekah bagi pihaknya dan arwah Bapa atas apa yang telah ditinggalkan kepada ku dan anak-anak selama ini. Pusakanya akan aku jagai dengan sebaik yang termampu.

Untuk saudara-saudara ku yang mengikuti kisah ini.... jangan lupa untuk bersedekah kepada kedua orang tua kita juga saudara-saudara kita yang telah pergi lebih dulu dari kita.... dan kepada yang masih punya kedua orang tua pesana ku supaya sayangi, hormati dan hargailah mereka selagi mereka bernyawa..... Kerana aku yang sudah merasi kehilangan kedua-dua orang tua ini, begitu rindu akan kehadiran mereka, kalau bisa aku putar waktu kembali, aku akan jadi anak yang terbaik untuk mereka..... Untuk mak/bapa dan semua saudara-saudara yang telah pulang kerahmatullah..... Alfatiha......

22 March 2009

Taekwando





Menceburi diri dalam sukan Taekwando sedari usia 11 tahun, dengan tujuan utama sukan ini baik untuk kesihatan disamping mempertahankan diri bagi anak-anak gadis. Disamping menambahkan aktiviti kokurikulum sekolah, atas berkat ketekunan mengikuti latihan setiap minggu Hani Hazirah Binti Haminudin sekarang memakai tali pinggang biru 2 dan insaallah sekiranya diizinkan Tuhan "Gradding" bulan May 2009 sekiranya beliau berjaya dia akan mendapat tali pinggan Merah pula!. Semasa pertandingan Taekwando Rakan Muda di Banting pada 2008 Hani telah berjaya mendapat pingat Gangsa.

Mengikut jejak langkah Hani, Dania Batrisyia juga turut menceburi diri dalam sukan Taekwando ini, kerana routine setiap minggu watch and sand kakak ke kelas Taekwando, Dania pernah angkat kaki sampai ke kepala kawan semasa di Tadika Bistari, mama pening bila cikgu mengadu hal Dania. Dengan insiden ini Dania dilarang dari angkat kaki di tempat sembarangan hanya dibolehkan di Saujana Teakwando Centre sahaja. Dania akan menduduki "Gradding" pertamanya pada mulam May 2009 sekiranya berjaya akan memakai tali pinggang Kuning 1... Kita akan saksikan mereka ini bertaruh soon.... kita akan cuba masukkan video perlawanan dan gambar mereka berlatih untuk tatapan Massupies.....

Meminang Ke Pahang - Nazreen & Kurren








21.3.2009 - Sebanyak 4 buah kereta telah berlepas ke Kuantan, Pahang untuk menyunting bunga di taman kerabat Diraja Pahang. Tengku Nur Shazreen Binti Tengku Zainul Hisham, iaitu ayahda Tengku Nur Shazreen atau lebih senang dengan panggilan 'Kurin' merupakan sepupu kepada Sultan Pahang, maka dengan itu istiadat peminangan tersebut mengikut istiadat peminangan istana Pahang. Mungkin bagi rombongan dari Banting merupakan pengalaman pertama kita melalui istiadat sedemikian, tapi insaAllah dengan izin Allah segalanya berjalan lancar dan tertunai hasrat anakda Mohd Nazreen putera bongsu Hajjah Aliah dan Haji Mohd Basri untuk menyunting bunga idaman hati. Rombangan telah singgah dan bermalam di Jaya Gading selama 1 malam di kediaman Pak Ngah, adik kepada Haji Basri.

Dengan kesempatan ini rombangan dari Banting mengembalikan nostalgia lama kerana telah lama tidak berjumpa dengan Pak Ngah, especially Paman Asim dan Paman Jai... mereka telah ke dusun mengutip buah jering, dan ole-oleh benih pokok limau nipis dari Pak Ngah dibawa balik ke Banting. Semua seronok nampaknya!!
Selepas tugas besar menyunting bunga di taman selesai Paman Asim dan Cik Wok dengan ditemani olih Nor dan Hanafi mengambil kesempatan menziarahi anakda Safawati yang menuntut di tahun akhir di Kolej Shahputra, Kuantan. Safawati yang akan menamatkan pengajian akhir pada bulan June 2009 telah dibawa ke rumah Pak Ngah untuk makan malam.... amboi memang seronok malam la tu... kita tengok gambarnya kemudian ya....

20 March 2009

Hari Persandingan Talha Sujai



Pada 15 & 16 Mac 2009 yang lalu telah berlangsung majlis persandingan sepupu kami, Abang Talha Sujai dengan pasangannya. Persandingan merupakan the most waiting event dalam kalender MASSUPI. Maklumlah Wedding of the year MASSUPI, makanya majlis menjadi begitu meriah dan unik sekali apataknya dah jadi real garden wedding bila khemah tak cukup terpaksa kami mencari meja dan kerusi tambahan untuk ditempatkan di lokasi-lokasi yang sesuai supaya jemputan selesa menikmati hidangan majlis pengantin. Memang meriah. Majlis dialunkan dengan naynyian penyanyi-penyanyi veteran yang tak kurang hebatnya. Nak tengok gambar?















Sebenarnya semua ahli Massupi begitu sepakat dalam menjayakan majlis hari tu... kesemuanya tak menang tangan dalam melayan tetamu yang begitu ramai!! Kepada tetamu yang datang dan seandainya ada tidak dapat menjamah juadah yang dihidangkan dan tidak mendapat kerusi untuk duduk kami dari wargakerja Massupi mohon ribuan kemaafan. Segala yang buruk adalah atas kecuian kami sendiri dan segala yang baik itu adalah dari yang maha Esa. InsaAllah seandainya diizinkan dimajlis-majlis Massupi yang akan datang perkara-perkara ini pasti tidak akan berulang lagi. Inilah wajah-wajah cucu-cucu massupi yang baru hendak menjamah makanan selepas majlis usai. Tanpa sokongan tenaga muda ini majlis kita pasti akan kekurangan. Kesian betul 2 gadis yang kepenatan ini....














Cucu Massupi Manyahut Seruan PLKN



Muhammad Azaharudin Shafiq merupakan pelatih dari sesi 1 6/2009, mendaftar sebagai wira pada 27.12.2008 dan telah berjaya menamatkan latihan pada 11.3.2009. Semasa menjalani latihan shafiq merupakan wira bagi Company Alfa yang mana berjaya merebut gelaran juara dalam acara kawat pada acara pertandingan kawat di Kem Geo Kosmo Kuala Kubu. Wira Muhammad Azaharudin Shafiq turut terlibat dalam pertandingan perbahasan kenegaraan yang dianjurkan oleh PLKN Geo Kosmo Kuala Kubu, merupakan salah seorang pembangkang dalam acara perbahasan yang bertajuk 'Kecergasan Fizikal dan Mental yang Maksima menjamin Kedaulatan Negara' dan mendapat tempat pertama... Muga program PLKN akan dapat disertai oleh lebih ramai lagi cucu-cucu Massupi dimasa-masa akan datang dan akan mendapat manafaatnya... InsaAllah.

13 February 2009

Rombongan Meminang Ke Johor

Hari ini rombongan meminang bertolak ke Johor selepas subuh. Kepada sepupu-sepupu yang memandu, berhati-hati di jalan raya. Memandulah dengan berhemah dan ingat orang-orang yang di sayang. yang paling penting ingat misi ke Johor untuk melunaskan tanggungjawab menjalin silaturahim dan membina keluarga baru. Kepada Suhaimi Sujai, tahniah!. Kami doakan rombongan ke Johor selamat pergi dan pulang.

Kepada sesiapa yang mengambil gambar bersejarah ini silalah uploadkan gambar ye

11 February 2009

Meniti Hari-hari Bahagia

Balasan hantaran dari pihak perempuan :
Hantaran dari pihak lelaki :
Pasanga selepas upacara pertungangan:Rombongan pihak lelaki menuju ke rumah bakal menantu :

Rombongan dari Klang telah ke Sikh, Kedah pada 15 march 2008.
Untuk pengetahuan ahli keluarga MASSUPI hari Sabtu ni seorang sepupu kita akan mengikat tali pertunangan. Semakin berkembanglah keluarga Hj. Sujai. Tahniah! Keluarga Hj. Sujai juga nampaknya semakin sibuk kerana hari bahagia anak terunanya akan tiba tidak lama lagi, kerana the most senior bachelor in Hj. Sujai's family akan menamatkan zaman bujangnya pada bulan tiga nanti. Sesiapa yang free dan nak contribute tenaga sekarang ni adalah dialu-alukan. Tahniah! jangan lupa ke rumah Hj. Sujai bulan 3 (14 & 15hb March 2009) nanti ... kita makan nasi minyak.