31 July 2011

Nenek Sartiah


Berita kegeringan Nenek Sartiah (Balu Arwah Datuk Haji Abol) mendapat reaksi sepontan warga Massupi yang perihatin. Rombongan bergegas ke Hospital Daerah Banting untuk melawat beliau. Kehadiran kami menjadi kejutan yang manis buat Cik Esah..... :) Beliau amat berterima kasih dan terharu dengan kehadiran kami yang ramai. Masing-masing mengambil giliran menyuapkan makan dan minum untuk nenek. Sekurang-kurangnya nenek berselera dan seronok untuk makan. Nenek Sartiah merupakan seorang wanita yang lemah lembut dan tabah. Kalau dilihat dari raut wajahnya, dia memiliki kecantikan anugerah Illahi, ianya jelas kelihatan walaupun diusia yang sudah mencecah 92 tahun. Ingatannya mula kurang dan dia sering bertanyakan siapa dan siapakah kami ini. Maklumlah kami hanya menziarahi beliau ketika Hari Raya, dan sudah pastinya beliau tidak mengingati kami dan anak-anak yang cepat membesar. Kepada Nenek Sartiah, kami doakan semuga dia akan segera sembuh.... InsaAllah...


Warga Massupi - ziarah & membersih kubur

Persemadian arwah Dato Haji Abdul Munir....

Bacaan Al-Fatiha dihadiahkan kepada yang bersemadi oleh yang menziarah....
Rombongan menuju ke persemadian waris, beginilah suasana di perkuburan Jalan Aman
terjaga dengan baik....

Bunga rampai dan air mawar ditabur oleh Hjh Aliah dipusara Pakcik Ahmad (menantu)




Rombongan bersusun-susun berjalan ditepian perkuburan.... menjejak dan menjejak....

Tanggal 31.07.2011 jam 9.00 pagi, hanya di ruang FB kami merancang untuk mengadakan program ziarah dan membersih kubur di Kanchong Darat dan Sri Cheeding. Alhamdulillah rancangan berjalan dengan baik dan mendapat sambutan ahli yang perihatin dan supportive!. Kami berkumpul di Kanchong jam 9.00 pagi, dan bergerak ke perkuburan Jalan Aman pada lebih kurang jam 10.00 pagi. Hampir semua persemadian Arwah dan Arwahyarhamah warga Massupi diziarahi dan dibersihkan. Rombongan mengesan persemadian Arwah Hjh Supiah, Haji Abdul Munir, Cik Saiyah, Pakcik Ahmad, Cik Dasinem, Hjh Halimah (Mak kepada Cik Wok), Datok Sirat (Bapa kepada Cik Wok) yang sempat diziarahi. Suasana diperkuburan Jalan Aman begitu ramai dengan kehadiran sanak saudara kepada waris-waris yang menziarahi pusara keluarga masing-masing. Rombongan selepas itu menuju ke Kampung Sri Cheeding untuk meziarah persemadian Hj. Khailani (anak ke 2), Hjh Noriah (anak sulung), Hj Salim (menantu), Hjh Hasliah (menantu), Haji Azahari (cucu), Datuk Buyung (mertua Hjh Hasliah) dan Datuk Rahim (bekas mertua Mastura). Cuaca yang panas seperti memberikan kami keselesaan untuk melakukan sedikit kerja-kerja pembersihan kawasan perkuburan di Kg Sri Cheeding yang agak semak disesetengah bahagian perkuburan. Bagi Hjh Hasliah, beliau telah berjaya mengesan persemadian arwah Datuk Buyung dan memaklumkan kepada anak dan cucuda akan lokasinya. Helmi begitu berkerja keras membersih kubur moyangnya dan bunga siantan yang aku bawa dapat ditanam di perkuburannya sebagai tanda dan doa untuk arwah.

Hampir kesemua kubur dapat kami ziarahi, dan dari pengakuan adik-adik sepupuku mereka sangat berpuas hati dengan program yang dirancang dan mencadangkan supaya program ini menjadi agenda tahunan selain program sambutan Hari Raya Keluarga Massupi. Ianya memberikan kami keinsafan dan mengingati akhirat yang kekal abadi.

Selesai ziarah kami semua menuju ke rumah induk dimana program bacaan Yasin dan Tahlil pula. Selesai membersihkan diri, wanita Massupi bergotong-royang menyediakan juadah makan tenghari. Menu makan tengahari, kerabu, ikan kembong goreng, tempe goreng, bonet goreng tepung (menu istimewa......hahahahaha..) ayam gulai cili padi dengan pisang, tempoyak, budu, ulam2an, jering, sambal goreng hati dan pedal ayam (menu dan sumbangan Hjh Aliah), rojak buah dah aduhai banyak betul makanan. Sarapan pagi juga kami dihidangkan dengan meehon goreng, mee goreng, karipap, ubi rebus, sambal tumis, kelapa manis, kuih keria, pulut dan kuah durian (istimewa dari Cik Odah) dan tidak tersebut lagi disini. Selain tuan rumah yang menyumbang juadah, warga Massupi yang hadir turut membawa pelbagai makanan sebagai hidangan untuk disajikan dan dikongsikan. Boleh dikatakan meja makan dan perut kami penuh dengan makanan yang pelbagai.

Kami turut sama menikmati hidangan minum petang.....sampai tergolek dan tertidur dek penat dan kenyang! Suria dengan senang hati menyediakan Teh tarik, nescafe, ubi goreng dan cempedak goreng, manakala Sakinah pula mempromosikan biskut cornflakes pedasnya.... semuanya habis dan licin disantap oleh anak-anak dan cucu-cucuk Massupi. Kerjasama dan makan bersama, sememangnya menjalinkan ikatan silatulrahim kami. Berita kegeringan Nenek Sartiah (isteri arwah Datuk Abol) mendapat perhatian warga Massupi dan kami semua bergegas ke Hospital Daerah Banting untuk melawat. Sekali lagi warga Massupi yang perihatin ini menjalankan tanggungjawab masyarakat dengan penuh keiklasan walaupun dengan sedikit masa yang terluang. Kepada warga Massupi, "Muafakat membawa berkat" menjadi pegangan dan sikap prihatin dan saling faham memahami adalah kunci kepada permuafakatan kita..... each day we learn and there are lesson's for us, forget and forgive that we are.... live without grudge and hatred for a better person.... that what we should do..... :)



22 July 2011

Program gotong-royong Massupi

31.7.2011 (Ahad) jam 10.30 pagi, telah dirancangkan sebagai hari warga Massupi pergi menziarah dan bergotong-royong membersihkan tanah perkuburan waris-waris Massupi di Kancong Darat dan Sri Cheeding. Majlis akan dimulakan dengan bacaan Yasin di rumah induk sebelum rombongan berangkat ke tapak perkuburan. Tujuan kami adalah untuk menjejak kubur lama waris Massupi. Ramai antara kami cucu dan cicit yang tidak mengetahuai dimana tapak perkuburan arwah Datuk dan Nenek kami, semuga dengan cara ini dapatlah kami mengetahuai dimana tempat kedua orang arwah 'Massupi' ini disemadikan supaya bukan hanya anak cucu mengenal nama malah turut tahu sedikit sebanyak tentang mereka dan tempat dimana mereka disemadikan.


Kepada warga massupi, marilah kita bersama-sama berganding bahu. Lupakan sengketa dan duka sekiranya ada. Ramadan yang bakal tiba kita lalui dengan semangat dan jiwa baru kekeluargaan yang kukuh dan padu demi pembangunan dan perpaduan Massupi.