31 March 2009

Lawak kita

Hai Mak Cik.....
Suatu hari... seorang Makcik menyewakan salah satu biliknya untuk seorang pemuda penyelidik nak buat kajian kat kampungnyer... Penyelidik yang dah bersetuju tu pun menyewa la.... Malam tu... Time penyelidik tu nak mandi... maklum ler bilik air kampung... Dah tu dia tu... hensem lagi... muda lagi... Makcik tu pun "semacam" ler... dia pun nak pi ngendap si anak muda nie mandi... Makcik nie kantoi sekali... oleh pemuda tu... Kali keduanya pun kantoi sekali oleh pemuda tu.. Kali ketiganya.. pemuda tu naik benggang dan bagi warning! "kalau Makcik ngendap saya sekali lagi... saya rogol Makcik!!! Kemudian... Makcik tu keluarkan jari kelingking dan berkata.... "JANJI TAU...!!"
Burung spesel
Pada suatu hari seorang suami baru pulang dari Brazil, membawa burung Kakak Tua yang sangat spesel....
Si ister bertanya... pada si suami.... "Abang... buat aper beli burung tu...?! kan mahal tu....!
Suami menjawab.... "Ala takper... burung ini spesel... tengok ni...."
Suami mengangkat tangan kanan dan memetik jarinya.... burung itu terus menyanyi lagu POP...
Si isteri sangat suka ... dan menyuruh suaminya mengangkat tangan kiri pulak....
Si suami... berbuat demikian dan memetik jarinya dan burung itu terus menyanyi lagu ROCK pulak.... Si isteri pun suka dan bertanya.... "Abang, kalau kita angkat kedua-dua tangan pulak camner...? Suaminya menjawab.... "Awak cuba la buat..."
Si isteri mengantkat kedua-dua tangannya dan memetik jarinya.... lalu... burung itu pun berkata
"SATU SATU LAH, BODOH....!!!"
Mengandung Anak Gajah????
Seorang lelaki yang badannya gendut naik kereta api. Penumpang sangat penuh maka lelaki itu terpaksa berdiri. Dia merasa ada yang menyenggolnya lalu lelaki itupun melihat kebelakang.... Ada seorang ibu hamil yang juga sedang berdiri. Melihat wanita hamil itu maka lelaki bertanya pada wanita itu :
Lelaki : Hi.... kakak hamil ya?
Ibu Hamil : Iya udah tahu tanya lagi (dengan nada kesal)
Lelaki : Isinya orang ya, kak?
Ibu Hamil : Iya (dengan nada kesal lagi) Encik hamil juga ya?
Lelaki : Iya (sambil ketawa)
Ibu Hamil: (kerana merasa jawapan lelaki itu tidak sopan dia melanjutkan pertanyaannya) isinya
orang ya?
Lelaki : Bukan, isinya anak gajah (sambil ketawa lagi)
Ibu Hamil : (terkejut, lalu ketawa)
Lelaki : Laa.... kenapa ketawa? (dengan binggungnya)
Ibu Hamil: Oh isinya anak gajah ya.... patutlah belalainya keluar (sambil menunjuk seluar lelaki
yang lupa dikancing)
Lelaki : ?????
Skandal Doktor
Seorang lelaki yang kebetulan seorang Doktor muda, merasa tidak selesa dengan apa yang telah berlaku. Dia pulang ke rumah dengan wajah yang muram. Setibanya di rumah, dia merebahkan diri di katil dan fikirannya mula melayang.... lalu dia mendengar suara dalam kepalanya berkata "Sudahlah, tidak usah difikirkan... Skandal Doktor buat hubungan intim dengan pesakit terjadi dimana-mana. Jadi kamu jangan risau..." Doktor tersebut cuba untuk setuju, tapi apa yang telah terjadi pagi itu terbayang kembali dan perasaan tidak selesa muncul lagi. Dia membalikkan badan dan mendengar lagi suara dalam kepalanya "Tak perlu bimbang, orang sudah biasa dengan skandal hubungan intim antara doktor dan pesakitnya" Doktor mula merasa tenang dan perasaannya beransur pulih.... Tiba-tiba suara lain dalam kepalanya berkata, "Tapi masaalahnya kamu kan Doktor haiwan"
Note: Harap yang sedang mengantuk akan merasa terhibur dan boleh mencelikkan mata selepas membaca 'Lawak Kita' ni.... Kolum ni bertujuan untuk menghibur para pengikut Massupies so hope you will enjoy this colum ya....!

Business Writing Skills


Ada masaalah dalam penulisan Bahasa Inggeris anda? mari kita masuk ke web ini untuk menambah pengetahuan kita. Ilmu ini bukan hanya sesuai untuk orang yang terlibat dengan penulisan surat-menyurat (letters, memo & reports) di pejabat sahaja ianya juga boleh kita gunapakai untuk berkomunikasi seharian dimana-mana jua. Saya akan cuba untuk melampirkan nota-nota yang saya perolehi dalam simpanan (sunaina) untuk rujukan saudara/saudari bagi melancarkan tugasan dipejabat khususnya, nota-nota tersebut adalah:.

1. 10 Steps To Good Business Writing
2. Essential Communication Skills
3. Business Writing atau layari
http://www.plainenglish.co.uk/elternative.pdf

Suka untuk berkongsi ilmu ini dengan anda semua, ianya saya dapati sangat membantu dalam melaksanakan tugasan yang melibatkan writing skill di pejabat.

30 March 2009

Kelahiran Orang Baru




















Pada 17.03.2009 pukul 10.56 pagi telah lahir seorang bayi mungil dari pasangan Norain dan Najif. Bayi perempuan ini selamat dilahirkan melalui pembedahan di Hospital Ampuan Rahimah, Klang, bayi yang seberat 3.3kg berambut hitam dan lebat sicomel telah dinamakan Nur Athilah Sofea oleh ibu dan ayahnya. Pada yang belum lagi pergi 'muyi' tu lapang-lapangkan masa untuk menilik sibaby dan siibu. Dia pasti gembira untuk menyambut kedatangan tetamu yang ingin berkongsi kegembiraan keluarga mereka ini. Mudah-mudahan akan bertambah lagi ahli kita pada 2009 ini.

Sebenarnya tahun 2008 telah mencatatkan sejarah kelahiran bayi kembar dalam keluarga Massupi. Bayi lelaki kembar ini dari pasangan Zana dan Yasri telah selamat dilahirkan melalui pembedahan di Hospital Ampuan Rahimah, Klang pada 29.10.2008. Bayi-bayi ini telah dinamakan Mohd Imran Najmi dan Mohd Iman Nazmi kini telah bertambah montel dan keletah... Marilah kita berdoa semuga akan bertambah lagi zuriat dari keluarga Massupi yang terdiri dari hamba-hamba yang soleh dan soleha, InsaAllah.

29 March 2009

Tabung Warisan Anak Selangor


Tabung Warisan Anak Selangor atau singkatnya TAWAS, merupakan antara projek penting dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). TAWAS berserta logonya selamat dilancarkan secara resmi bersempena dengan Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Negeri Selangor pada 30 Ogos 2008. Sebagai usaha berterusan membawa manfaat TAWAS kepada rakyat Negeri Selangor, kempen penyebaran maklumat dan pendaftaran diadakan di setiap kawasan wakil rakyat di seluruh Selangor. Risalah dan borang pendaftaran TAWAS juga diedarkan di semua Jabatan/Agensi Negeri, termasuk semua Pejabat Daerah dan Tanah, dan semua Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor

1. Faedah Perlaksanaan: Kerajaan Negeri Selangor akan menghadiahkan tabung simpanan
sebanyak RM100.00 bagai setiap pendaftaran TAWAS yang berjaya. Pada usia 18 tahun,
anak-anak ini berpeluang menerima RM1,500.00 seorang hasil daripada pelaburan dalam
TAWAS.
2. Syarat permohonan : Permohonan adalah terbuka kepada 'Anak Selangor' yang bermaksud
rakyat D.Y.M.M Sultan Selangor yang memenuhi kriteria seperti berikut:
. Warganegara Malaysia DAN
. Lahir di Negeri Selangor atau di luar Negeri Selangor mulai 1 January 2008 DAN
. Sama ada : Ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor atau Ibu atau bapa lahir di
Kuala Lumpur sebelum 1 February 1974.
. Setiap pendaftaran hendaklah dibuat oleh bapa atau ibu atau penjaga dengan
menyertai salinan dokument sokongan seperti berikut:
1. Sijil kelahiran dan MyKid anak
2. Kad Pengenalan IbuBapa/Penjaga

Kepada yang layak jangan tunggu lagi, Telefon 03-5510 3498/3499 untuk sebarang keterangan lanjut. Jangan ketinggalan, maklumat ini saya perolehi dari kawan di pejabat yang baru memohon. Maaf sekiranya maklumat ini agak lewat disampaikan.

27 March 2009

Pakaian Beragam Si Comel
















Jamuan Makan Malam Massupi di Impian Morib pada 4.10.2008 telah berlangsung dengan gilang-gemilangnya. Salah satu acara yang menarik adalah Pakaian Beragam olih cucu-cucu Massupi. Mereka memang berpakaian mengikut Tema 'Pakaian Tradisional Yang Kreatif'. Anak-anak bukan saja kreatif tapi juga berani bergaya.... Ini adalah acara kemuncak pada malam itu. Jom kita tengok ya....

24 March 2009

Arwah Hajah Noriah


Alfatiha...

Alarm hp aku berbunyi, bila ku lihat.... hati aku betul2 sayu... hari ni (25.03.2009) rupa2nya hari ulang tahun Arwah Mak yang ke 82! Sememangnya dalam hp ku sudah aku programkan untuk mengingati tarikh-tarikh penting dan istemewa... termasuk tarikh lahir orang tua ku. Sungguh agung kebesaran Tuhan yang maha esa, kerana malam tadi aku ditemukan dengan arwah dalam tidur ku..... dalam pakaian yang serba putih dan dalam suasana yang sungguh dingin aku dipertemukan dengan insan kesayangan ku ini.... aku sebenarnya menggigil sejuk dan takut berhadapan dengan mak ketika itu, pelik betul kerana dalam mimpi ku itu, setelah aku berwuduk baru aku bisa berhadapan dan berkata-kata dengannya.... Dia memohon supaya aku menyampaikan hajatnya supaya bersedekah dan menyampaikan hajatnya bagi pihaknya.... bila terjaga dari mimpi aku terus melihat jam didinding tepat 4.30 pagi aku langsung tidak dapat melelapkan mata, kedingan itu masih ku rasai .... aku cari dia biar aku tahu aku bermimpi tapi lidah ku terus saja membaca Alfatiha untuk mak..... Wajah itu ku rindu, aku bertemu hanya keketika cuma, tapi sungguh mengesankan. Insaallah aku sebolehnya tidak pernah lupa untuk bersedekah bagi pihaknya dan arwah Bapa atas apa yang telah ditinggalkan kepada ku dan anak-anak selama ini. Pusakanya akan aku jagai dengan sebaik yang termampu.

Untuk saudara-saudara ku yang mengikuti kisah ini.... jangan lupa untuk bersedekah kepada kedua orang tua kita juga saudara-saudara kita yang telah pergi lebih dulu dari kita.... dan kepada yang masih punya kedua orang tua pesana ku supaya sayangi, hormati dan hargailah mereka selagi mereka bernyawa..... Kerana aku yang sudah merasi kehilangan kedua-dua orang tua ini, begitu rindu akan kehadiran mereka, kalau bisa aku putar waktu kembali, aku akan jadi anak yang terbaik untuk mereka..... Untuk mak/bapa dan semua saudara-saudara yang telah pulang kerahmatullah..... Alfatiha......

22 March 2009

Taekwando





Menceburi diri dalam sukan Taekwando sedari usia 11 tahun, dengan tujuan utama sukan ini baik untuk kesihatan disamping mempertahankan diri bagi anak-anak gadis. Disamping menambahkan aktiviti kokurikulum sekolah, atas berkat ketekunan mengikuti latihan setiap minggu Hani Hazirah Binti Haminudin sekarang memakai tali pinggang biru 2 dan insaallah sekiranya diizinkan Tuhan "Gradding" bulan May 2009 sekiranya beliau berjaya dia akan mendapat tali pinggan Merah pula!. Semasa pertandingan Taekwando Rakan Muda di Banting pada 2008 Hani telah berjaya mendapat pingat Gangsa.

Mengikut jejak langkah Hani, Dania Batrisyia juga turut menceburi diri dalam sukan Taekwando ini, kerana routine setiap minggu watch and sand kakak ke kelas Taekwando, Dania pernah angkat kaki sampai ke kepala kawan semasa di Tadika Bistari, mama pening bila cikgu mengadu hal Dania. Dengan insiden ini Dania dilarang dari angkat kaki di tempat sembarangan hanya dibolehkan di Saujana Teakwando Centre sahaja. Dania akan menduduki "Gradding" pertamanya pada mulam May 2009 sekiranya berjaya akan memakai tali pinggang Kuning 1... Kita akan saksikan mereka ini bertaruh soon.... kita akan cuba masukkan video perlawanan dan gambar mereka berlatih untuk tatapan Massupies.....

Meminang Ke Pahang - Nazreen & Kurren








21.3.2009 - Sebanyak 4 buah kereta telah berlepas ke Kuantan, Pahang untuk menyunting bunga di taman kerabat Diraja Pahang. Tengku Nur Shazreen Binti Tengku Zainul Hisham, iaitu ayahda Tengku Nur Shazreen atau lebih senang dengan panggilan 'Kurin' merupakan sepupu kepada Sultan Pahang, maka dengan itu istiadat peminangan tersebut mengikut istiadat peminangan istana Pahang. Mungkin bagi rombongan dari Banting merupakan pengalaman pertama kita melalui istiadat sedemikian, tapi insaAllah dengan izin Allah segalanya berjalan lancar dan tertunai hasrat anakda Mohd Nazreen putera bongsu Hajjah Aliah dan Haji Mohd Basri untuk menyunting bunga idaman hati. Rombangan telah singgah dan bermalam di Jaya Gading selama 1 malam di kediaman Pak Ngah, adik kepada Haji Basri.

Dengan kesempatan ini rombangan dari Banting mengembalikan nostalgia lama kerana telah lama tidak berjumpa dengan Pak Ngah, especially Paman Asim dan Paman Jai... mereka telah ke dusun mengutip buah jering, dan ole-oleh benih pokok limau nipis dari Pak Ngah dibawa balik ke Banting. Semua seronok nampaknya!!
Selepas tugas besar menyunting bunga di taman selesai Paman Asim dan Cik Wok dengan ditemani olih Nor dan Hanafi mengambil kesempatan menziarahi anakda Safawati yang menuntut di tahun akhir di Kolej Shahputra, Kuantan. Safawati yang akan menamatkan pengajian akhir pada bulan June 2009 telah dibawa ke rumah Pak Ngah untuk makan malam.... amboi memang seronok malam la tu... kita tengok gambarnya kemudian ya....

20 March 2009

Hari Persandingan Talha Sujai



Pada 15 & 16 Mac 2009 yang lalu telah berlangsung majlis persandingan sepupu kami, Abang Talha Sujai dengan pasangannya. Persandingan merupakan the most waiting event dalam kalender MASSUPI. Maklumlah Wedding of the year MASSUPI, makanya majlis menjadi begitu meriah dan unik sekali apataknya dah jadi real garden wedding bila khemah tak cukup terpaksa kami mencari meja dan kerusi tambahan untuk ditempatkan di lokasi-lokasi yang sesuai supaya jemputan selesa menikmati hidangan majlis pengantin. Memang meriah. Majlis dialunkan dengan naynyian penyanyi-penyanyi veteran yang tak kurang hebatnya. Nak tengok gambar?















Sebenarnya semua ahli Massupi begitu sepakat dalam menjayakan majlis hari tu... kesemuanya tak menang tangan dalam melayan tetamu yang begitu ramai!! Kepada tetamu yang datang dan seandainya ada tidak dapat menjamah juadah yang dihidangkan dan tidak mendapat kerusi untuk duduk kami dari wargakerja Massupi mohon ribuan kemaafan. Segala yang buruk adalah atas kecuian kami sendiri dan segala yang baik itu adalah dari yang maha Esa. InsaAllah seandainya diizinkan dimajlis-majlis Massupi yang akan datang perkara-perkara ini pasti tidak akan berulang lagi. Inilah wajah-wajah cucu-cucu massupi yang baru hendak menjamah makanan selepas majlis usai. Tanpa sokongan tenaga muda ini majlis kita pasti akan kekurangan. Kesian betul 2 gadis yang kepenatan ini....














Cucu Massupi Manyahut Seruan PLKN



Muhammad Azaharudin Shafiq merupakan pelatih dari sesi 1 6/2009, mendaftar sebagai wira pada 27.12.2008 dan telah berjaya menamatkan latihan pada 11.3.2009. Semasa menjalani latihan shafiq merupakan wira bagi Company Alfa yang mana berjaya merebut gelaran juara dalam acara kawat pada acara pertandingan kawat di Kem Geo Kosmo Kuala Kubu. Wira Muhammad Azaharudin Shafiq turut terlibat dalam pertandingan perbahasan kenegaraan yang dianjurkan oleh PLKN Geo Kosmo Kuala Kubu, merupakan salah seorang pembangkang dalam acara perbahasan yang bertajuk 'Kecergasan Fizikal dan Mental yang Maksima menjamin Kedaulatan Negara' dan mendapat tempat pertama... Muga program PLKN akan dapat disertai oleh lebih ramai lagi cucu-cucu Massupi dimasa-masa akan datang dan akan mendapat manafaatnya... InsaAllah.